Saturday, July 25, 2015

Tips Turunkan Warna Baju Luntur Atau Turun

Tahukah anda pakaian yang hendak dibasuh perlu diasingkan antara pakaian berwarna, pakaian putih dan pakaian jeans? Jika anda basuh semuanya bersama-sama kemungkinan pakaian anda yang luntur warna akan terkena pakaian yang lain. Apa yang perlu anda lakukan jika anda menghadapi situasi ini.

Disini terdapat beberapa tips yang diperolehi dari pengalaman sahabat2 kita diluar sana hasil carian Google dan pengalaman saya sendiri: 

1. Dylon: Cucian Tangan

  1. Penuhkan besin/baldi dengan air panas mengikut suhu tertinggi yang tercatat pada label pakaian yang akan direndam.
  2. Masukkan 1 peket dylon dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan kesemua pakaian yang turun warna (boleh dicampurkan sekali). Pastikan semua pakaian terendam penuh.
  4. Rendam selama 1 jam. Kacau pakaian itu sekali sekala dalam tempoh 1 jam. (note: walaupun instruction tulis rendam 1 jam, jika perlu anda boleh rendam lebih lama jika material pakaian tidak begitu senstive, pernah juga saya rendam sehingga satu hari, periksa sesekali dan tengok jika lunturan warna itu mulai pudar seperti mana yang anda mahukan)
  5. Selepas 1 jam, perah seperti biasa, jemur atau keringkan pakaian anda.
2.Perahan Limau
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas dan dicampurkan dengan perahan asam limau. Berapa biji asam limau depends on the stain, kalau nampak banyak je kotoran tu guna lah banyak sikit. Lepas tu letakkan sedikit sabun basuh baju. Rendamlah dalam sejam macam tu, kalau rasa gelisah resah jenguk jenguk la baju tu.

3.Rebusan Baju
Rebus baju yang terkena warna tu, selagi tak hilang kotoran selagi tu lah rebus. Sehingga hilang. Cara nie pun menjadi mengikut few blogs yang aku lawat tadi, tapi aku tak berani sebab aku ada tengok tag di baju tu yang letak tanda pangkah pada basuh baju tersebut dengan air panas.

4.Clorox Lemon 
  • Letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi. 
  • Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam.
  • Isikan lima penutup botol clorox lemon tuh.
  • Kacau air sabun dan clorox sebati..
  • Kemudian rendamkan baju yang terkena turun warna. Rendaman mesti dua hari berturut-turut untuk baju berwarna.Untuk baju putih sehari semalam dah okey...Masuk hari kedua buang air rendaman hari pertama dan buat air rendaman yang baru. Hari yang ketiga korang boleh tengok baju kembali pada warna asal.
5. Basic H 
Basic H bukanlah agen peluntur seperti clorox. Ianya memang berkesan.Warna shawl pun maintain berseri-seri je lagi.

Apa itu Basic H?
Basic H adalah sesuatu yg anda perlukan untuk membantu memudahkan ribuan kerja di rumah.
Kepekatan yg tinggi, mmpu membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah di campur dgn air
Ia berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luaran. Cara bancuhan ada ditunjukkan pada botol.

☺tak perlu dibilas
☺tiada toksik, selamat untuk anak kecil
☺berasaskan ramuan semulajadi
☺selamat utk alam
☺kepekatan berganda

Tahukah anda ?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan dan kulit atau sistem pernafasan. Sebagai contoh pencuci pakaian, kesannya kulit jadi alergi dan gatal walaupun memakai baju yg br di basuh.

Perbezaan Basic H
Selamat;
Tiada toksik
Tiada gas beracun
Tiada bahan kimia berbahaya
Tanpa bahan pewangi
Lembut pd tangan
pH yg seimbang
Tanpa klorin (agen peluntur)

Berkesan
Berkesan menanggalkan kotoran berminyak

Mesra alam
Ramuan semulajadi drpd jagung dan kelapa
Terbiodegrasi
Bungkusan yg blh dikitar semula
Tanpa bhn pewarna
Selamat utk sistem septik dan pembentungan
Sebotol mampu menggantikan berbotol2 bahan pencuci lain di rumah

Ketahui kegunaan lain Basic H di SINI.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


11 comments:

  1. kopi paste je tau..noob

    ReplyDelete
  2. Boleh tau x, nk gune basic h tu cmne? Kne rendam je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak 2...3 titis dalam baldi yang berisi air. Pastu rendam dalam setengah jam. pastu sental ngan tangan jer insyaAllah akan keluar kesan lunturan tu.

      Delete
  3. Kalau kasut boleh tak? Kasut hitam?

    ReplyDelete
  4. Kalau kasut boleh tak? Kasut hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya rendam kasut sekolah yang putih tu kalo ada kesan kotoran memang nampak kesan kasut jadi putih kembali. Bagi kasut yang warna hitam..saya tak pasti blh nampak kesan ke tidak sebab memang warnya pun dah hitam. Tapi saya andaikan jika ada kesan kotoran..pasti akan keluar juga bila direndam dan dibasuh dengan Basic H.

      Delete
  5. Pakaian berwarna pn bole hilangkan ke kalo terkena kesan lunturan tu??

    ReplyDelete
  6. Klau warna yg turun tu sebab iron ley hilang jgk ke..sbb nk tampal beads iron on dkt shawl..lps tu lapik dgn kain berwarna..ksan wrna kain turun dekat shawl 😭

    ReplyDelete
  7. mana nk dapatkan basic h ni yer?

    ReplyDelete
  8. minta sebut harga bagi dylon dan basic h, tq

    ReplyDelete