Saturday, September 12, 2015

Tips Membersihkan Anak Patung

Ah...kotornya patung ni. Baunya pun masam. Macam mana nak cuci ye? Masuk mesin basuh je?Tentu anda ada banyak patung permainan anak anda yang sudah hitam comot dan berbau masam. Jika di fikir-fikirkan dah lebih setahun malah kadang-kadang dua tahun berturut-turut anak anda main patung ini tetapi tak pernah sekalipun anda basuh. Maka jadilah patung itu patung busuk ala-ala nama bantal busuk.

Tahukah anda patung yang kotor itu juga boleh menjadi punca penyakit. Jadi eloklah bawa diri untuk mencuci mainan anak-anak sekerap mungkin.

Cara mudah untuk mencuci patung mainan anak-anak ialah dengan cara seperti dibawah:
  1.  Pastikan hari benar-benar terang dan cerah. 
  2. Bancuhkan sedikit Basic H Shaklee dengan air, lebih baik air suam. 
  3. Sabunkan patung teddybear atau mainan tu tadi seperti mandikan kucing atau mawas atau orang utan, selat-selatkan bebulunya dengan air sabun tadi. Tak perlu basahkan sangat dengan air, sekadar sabunkan bahagian luaran. 
  4. Berus gigi boleh digunakan untuk menggosok permukaan badan Teddy Bear tadi. Berus gigi tadi perlulah lembut bulunya dan pastikan ketika mengosokknya perlulah dikawal bagi mengelakkan rosak pada strukturnya. 
  5. Siap kemudian bilas dengan air, toskan dan jemur.
 Bagi patung Teddy Bear yang besar anda boleh cuba cara ini.
  1. Masukkan Teddy Bear ke dalam plastik sampah yang baru atau beg plastik yang boleh memuatkan Teddy Bear tersebut. Kemudian ikatkan dengan cara yang longgar.
  2.  Kemudian muncung vakum dimasukkan ke dalam ikatan bag plastik tadi. Hidupkan mesin vakum. 
  3. Semasa sedutan vakum berlaku, semua kotoran akan terkawal iaitu hanya berada di dalam bag plastik tadi, dan vakum tadi berfungsi menyedut semua kotoran tersebut melalui satu arah, iaitu pada ikatan bag plastik tadi. Oleh itu, pastikan ikatan adalah elok bagi mengekalkan ruang vakum ditutup rapat.
  4.  Selepas itu, keluarkan Teddy Bear dari bag plastik tadi.
  5.  Gunakan semburan wangian untuk memberikan kesegaran baru kepada Teddy Bear kesayangan tadi. Jika pada ketika proses pembersihan Teddy Bear tadi menyebabkania remuk sedikit pada bahagian tertentu Teddy Bear itu, bentukkan semula dengan menepuk-nepuk dengan perlahan bahagian itu sehingga kembali kepada bentuk asal. 
Jika mahukan patung nampak seperti baru boleh gunakan cara ini. Elakkan memasukkan patung kedalam mesin basuh jika mahu patung berkeadaan elok dan nampak baru.

Sebenarnya lebih baik kita ajak anak-anak kita membantu kita untuk melakukan tugasan sebegini. Selain mudah dilakukan , ianya dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Seawal umur setahun setengah anak anda sudah boleh faham dan ingin menolong, selain aktiviti yang menggembirakan dan mengajar anak erti kebersihan dan disiplin serta tanggungjawab.
Selamat Mencuba.

Tahukah Anda Apa itu Basic H?
 
Basic H merupakan pencuci Biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda sekarang!
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive