Friday, January 8, 2016

Bahayakah Suntikan dan Ubat Untuk Kuatkan Rahim

Suntikan Proluton - Menguatkan Rahim 

Apa itu Proluton?


Proluton = Hydroxyprogesterone caproate
Merupakan suntikan depot yang mengandungi hormone Progesteron

*Mesti diberi melalui suntikan dalam otot (intramuscular/IM) dengan perlahan-lahan dan kemudian letakkan plaster pada tempat suntikan untuk mengelakkan ubat terkeluar dari celah suntikan.

*Disimpan di tempat kering (30 darjah selsius) dan jauh dari cahaya

Untuk Apakah Suntikan Proluton ini Diberi?
  • Keguguran berulang ('recurrent pregnancy loss') : 250 - 500mg, sekali seminggu 
  • Imminent abortion (hampir keguguran) : 500mg, 2 - 3 kali seminggu, sehingga pendarahan berhenti (dicadangkan agar pesakit 'bed rest'). Rawatan diteruskan 250mg, 2 kali seminggu sehingga pendarahan dipastikan tiada 
  • Infertiliti yg disebabkan oleh kekurangan/ketidakcekapan korpus luteum ('corpus luteum insufficiency') : 250mg, 3 hari berturut2, selepas suhu badan meningkat (dijangka ovulasi berlaku) - tujuan diberi untuk memanjangkan fasa luteal 
  • Amenorrhea (haid tidak muncul atau lewat) : 250mg, hari ke-18 hingga ke-20 kitaran haid
*Untuk 3 dan 4, pastikan rawatan hormon estrogen diberikan sekurang2nya 14 hari sebelum Proluton diberikan untuk 'endometrial priming' (optimumkan lapisan endometrium).

*Oleh kerana Proluton menyebabkan rahim tidak contraction, ada kemungkinan embrio yg tidak survive akan terus berada di dalam rahim. Adalah penting, untuk memastikan kehamilan itu adalah 'viable' sebelum suntikan diteruskan.

Dilarang bagi.
  • Alahan kepada progesteron 
  • 'Venous thromboembolism' - darah beku di kaki (DVT) atau di paru-paru (Pulmonary Embolism)
  • Penyakit yg berkaitan dgn salur darah dan jantung; serangan jantung (Ischemic Heart Disease) atau stroke 
  • Kencing manis yang sudah ada komplikasi 
  • Penyakit hati dgn fungsi hati yang rosak
Mengikut kajian, Proluton tidak akan menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan tetapi akan memberi kesan kepada penghasilan susu. 

Ketahui Rahsia Susu Melimpah Ruah

Kesan Sampingan
  • Alahan kulit 
  • Reaksi pada tempat suntikan (kemerahan, bengkak, sakit)
  • Chloasma (hyperpigmentasi pada kulit disebabkan perubahan hormon) - elak daripada terkena cahaya matahari 
  • Kemurungan (terutamanya bagi pesakit yg sedia didiagnos)

Ubat Duphaston - Menguatkan Rahim

Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.

Ramuan ubat Duphaston
Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.

Fungsi Hormon Progesteron
  • Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
  • Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
  • Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
  • Menolong mengawal kitaran haid wanita
Dos Duphaston yang diperlukan
Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.

Kesan sampingan Duphaston
Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.

Selamat untuk bayi
Bukti saintifik telah menunjukkan tiada kesan sampingan buruk terhadap bayi yang dikandungi oleh wanita yang diberikan Duphaston. Seandainya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak perasan yang anda sebenarnya mengandung serta doktor anda telah memberikan anda ubat Duphaston untuk menurunkan haid anda, ianya tidak akan menyebabkan anda keguguran.

Jika anda mengalami masalah kesuburan anda boleh mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri ini, dengan terus klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment