Wednesday, April 13, 2016

Diet Pemakanan Pesakit Buah Pinggang Kronik


Mengapa plan diet untuk pesakit buah pinggang penting? Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang.
Perkara yang perlu diambil perhatian bagi pesakit buah pinggang adalah Garam, Protein, Kalium(Potassium) dan Fostat. 7 tips pemakanan pesakit buah pinggang adalah:-

1. Kawal Pengambilan Garam

Garam adalah pelengkap rasa bagi setiap makanan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan pengambilan garam, namun penggunaan garam harus dikawal bagi pesakit buah pinggang. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan yang mengandungi garam nyata seperti telur masin, ikan masin, ikan kering, ikan bilis perencah segera. Makanan yang mengandungi garam tidak disedari pula seperti keju, burger dan makanan yang diawet .

2. Kawal Pengambilan Air

Pesakit buah pinggang hendaklah menghadkan penagambilan cecair. Pembengkakan akan berlaku pada anggota badan sekiranya jumlah cecair yang diambil melebihi had. Kesannya pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk bernafas, mempengaruhi tekanan manakala jantung pula terpaksa bekerja keras.

3. Kawal Makanan Yang Yinggi Protein

Pesakit buah pinggang perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi protein seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam (daging putih). Kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang dan mengambilan pritein yang tinggi akan membebankan buah pinggang.

4. Kawal Makanan Yang Tinggi Kalium (Potassium)

Sayur-Sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium adalah seperti kalian, brokoli, bayam, ubi keledek, anggur, pisang, durian dan kurma. Oleh itu, pesakit perlu mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebaliknya memilih sayuran dan buahan yang rendah kandungan kalium sperti taugeh, petola, kangkung, kobis, epal, nenas, dan jambu batu. Rujuk Jadual di bawah:-


Jadual 1: Pengkelasan sayur-sayuran

Jadual 2 : Pengkelasan buah-buahan

Jadual 3 : Pengkelasan minuman

5. Kawal Kandungan Fosfat

Kandungan fostat yang tinggi akan menarik kalsium daripada badan dan menjadikan tubuh lemah, sakit sendi dan tulang rapuh. Contoh makanan dan minuman yang tinggi fosfat ialah:-
  • produk tenusu (keju, susu, yogurt, teh tarik dan kopi susu)
  • produk makanan kering(ikan bilis, ikan kering, cendawan kering)
  • produk bijirin (oat, roti bijirin penuh, beras perang) 
  • daging dan organ dalaman haiwan (hati, limpa).
Manakala makanan dan mimuman yang rendah fosfat ialah putih telur, bihun, kuew tiow, laksa, air tebu, sirap ros dan teh .

6. Mengurangkan Kerja-kerja Berat

Pesakit buah pinggang akan mudah mengalami kelesuan badan akibat proses dialysis. Pesakit disarankan mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan keperluan nutrian yang hilang semasa proses dialysis.

7. Makan pada waktu yang tetap.

Pesakit perlu mengamalkan jadual waktu makan bagi memastikan keperluan kalori setiap hari mencukupi. Makan pada waktu yang tetap penting supaya pesakit kekal bertenaga.
Tahukah anda terdapat supplement yang telah membantu pesakit buah pinggang hingga Trasplant dibatalkan? Nak baca testimoni pesakit buah pinggang Shaklee? baca testimoni pertama ni - Testimoni Vivix - Buah Pinggang Rosak Tahap 4 Menjadi Tahap 2 Lalu Transplant Dibatalkan

Hubungi saya untuk merasai pengalaman kesihatan yang lebih baik dengan Shaklee.   
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment