Monday, April 11, 2016

Kaedah Mudah Dan Pantas Cuci Buah Pinggang

Dalam kehidupan kita yang padat dan dipenuhi dengan tekanan ini, kita terdedah dengan banyak toksin. Kebanyakannya datang daripada pengamalan diet yang tidak sihat, ini termasuklah makanan ringan, peransang seperti minuman berkafein dan lain-lain. Dan apakah yang terpaksa menanggung semua bebanan tersebut?

Buah Pinggang

Satu organ yang berbentuk kacang ini berfungsi sepanjang masa, 24/7 untuk menapis semua toksin yang berbahaya kepada badan kita. Apabila terdapat banyak sangat toksin yang terkumpul di dalam badan kita, ia akan menyukarkannya untuk memproses dan menapis.

Pada masa itu, aktiviti akan semakin merosot dan boleh membawa kepada batu karang (kidney stone), jangkitan kuman, sista (cysts), barah dan akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Jika anda tidak mahu hidup anda bergantung kepada alat dialisis, apa kata anda menyahtoksik ataupun detox buah pinggang anda, agar ia boleh berfungsi dengan jauh lebih baik daripada sekarang.

Semua langkah yang diutarakan di bawah adalah langkah semula jadi, tidak perlukan sebarang ubatan tambahan. Okay, jom bersihkan buah pinggang anda sekarang!

1. Kaedah Cuci Buah Pinggang Serendah RM1

RM1?? Wooww sangat murah ni. Tapi betul ke boleh cuci buah pinggang dengan kos RM1 jer??
Percaya..jangan tak percaya.. bagaimana duit poket boleh dijimatkan dan kesihatan buah pinggang boleh dijaga dari sekarang, saya bongkarkan dalam entri kali ini :)


Pernah beli daun sup? Mesti pernah kan? Daun sup penambah perasa dalam banyak hidangan.. Masuk dalam sup sayur, sup ayam dan segala sup mmg sedap.. Buat penyeri hidangan pun cantik dengan taburan daun sup ni. 1 ikat RM1. Haaa... ini rahsia yang mungkin tak ramai yang tahu. Dengan RM1, boleh beli 1 ikat daun sup, blend dan diminum airnya buah pinggang akan bersih. Daun sup dikenali sebagai rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang ... dan ia adalah semula jadi. Daun sup juga  adalah agen detoksifikasi hati, menyediakan tubuh dengan enzim semulajadi, klorofil dan yang paling penting antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan.

Daun sup juga dikenali sebagai diuretik semulajadi, bermakna ia boleh merangsang buah pinggang untuk meningkatkan pengeluaran air kencing. Apabila buah pinggang dapat meningkatkan pengeluaran air kencing ia dapat membersihkan badan daripada toksin dan mikroorganisma berbahaya yang lain juga.

Jadi bagaimana nak cuci buah pinggang dengan daun sup?? 

Ia adalah sangat mudah,
  • Ambil 1 ikat daun sup dan basuh bersih. 
  • Kemudian potong dalam kepingan kecil
  • Masukkannya ke dalam pengisar dengan air bersih atau air kelapa, blend
  • Minum... nak lagi sedap tmabahkan sikit madu
Minum satu gelas setiap hari dan anda akan melihat semua garam dan racun terkumpul  keluar dari buah pinggang anda dengan membuang air kecil. Anda akan dapat melihat perbezaan yang anda pernah dirasai sebelum ini. Jadi selamat mencuba.

Jus daun sup ni hanya untuk mereka yang tidak mengandung sahaja ya :)

2. Banyakkan Minum Air Masak

Salah satu perkara yang paling penting dalam detox buah pinggang adalah bermula dengan pengambilan air bersih, dengan kuantiti yang banyak. Dengan pengambilan 10-12 gelas air masak setiap hari boleh menapis toksin yang terkumpul di dalam badan anda.

Satu petanda yang badan anda bebas toksin adalah apabila air kencing anda tidak terlalu kuning dan tidak berbau. Apabila air kencing anda berwarna kuning yang sangat terang, ini bermaksud ianya terlalu pekat. Air kencing yang berwarna kuning pudar menunjukkan bahawa sistem penapisan badan anda dalam keadaan yang bersih.

Minuman seperti kola dan kopi tidak boleh dijadikan gantian kepada air masak. Namun, terdapat juga beberapa jenis teh dan jus yang boleh membantu anda detox buah pinggang. Tetapi, dari sudut medikal, minuman tersebut bukanlah 100% air bersih, yang disepakati boleh membantu buah pinggang.

Tidak dinafikan bahawa teh dan jus tersebut mengandungi vitamin dan garam mineral, namun perlu diingat bahawa ianya juga mengandungi kandungan bahan tambahan yang lain – secara tidak langsung buah pinggang perlu tapisnya. Ingat, air masak adalah terbaik!

3. Kerapkan Makan Buah

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan potasium boleh membantu membersihkan buah pinggang. Buah-buahan sitrus seperti anggur, limau, pisang, kiwi, aprikot dan lemon mengandungi kadar potasium yang tinggi. Selain itu, susu juga boleh membekalkan anda dengan potasium yang banyak.

Kalau boleh, amalkan makan buah-buahan yang dinyatakan di atas untuk mengawal tahap elektorlit di dalam darah – membolehkan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Satu gelas jus anggur setiap pagi ataupun petang didapati boleh mengurangkan kadar penghasilan asid urik yang berlebihan (hasil penapisan buah pinggang).

Pada masa yang sama, anda juga perlu seimbangkan pengambilan potasium itu – jangan berlebih-lebihan pula. Pengambilan potasium yang berlebihan boleh memudaratkan badan anda pula – dikenali sebagai hyperkalemia yang boleh meragut nyawa. Dan bagi orang yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak boleh mengambil potasium yang banyak.

Bagi orang yang sihat pula, dibenarkan untuk mengambil potasium sebanyak 4.7 gram setiap hari.

4. Buah Beri

Buah beri jarang didapati di Malaysia, namun untuk pengetahuan para pembaca buah ini sangat berkesan untuk mencuci buah pinggang. Cranberry mengandungi nutrisi yang dikenali sebagai quinine yang mana boleh menukarkan dirinya kepada asid hippuric dalam beberapa proses di dalam hati.

Asid hippuric ini boleh membuang penghasilan berlebihan urea dan asid urik di dalam buah pinggang. Satu cawan cranberry setiap hari sudah memadai untuk mencuci buah pinggang anda.

Kajian sains juga membuktikan bahawa cranberry boleh merawat dan mencegah jangkitan pada saluran kencing – kerana sifatnya anti bakteria.

5. Amalkan Air Barli

Barli merupakan salah satu bijirin yang terbaik untuk mencuci dan menghalang kerosakan yang berlaku pada buah pinggang kerana kencing manis. Namun, anda perlu tahu bahawa barli ini bukanlah satu rawatan, tetapi sebagai satu alternatif tambahan untuk mengekalkan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Salah satu cara pengambilan beras barli adalah dengan membuat air barli. Anda boleh merebus beras barli dan minumnya. Ataupun anda boleh merendam semalaman beras barli tersebut, dan minum pada sebelah paginya.

Ini boleh mencuci toksin yang tedapat di dalam buah pinggang. Kajian juga membuktikan bahawa pengamalan air barli boleh membantu anda mengawal tahap kreatinin, ataupun bagi orang yang mempunyai kencing manis, ia boleh mengurangkannya.

6. Jauhi Kafein dan Coklat

Walaupun saintis masih sahkan perkara ini, tetapi ada kemungkinan bahawa kafein dan coklat boleh membebankan buah pinggang, terutama makanan yang diproses. Namun, perlu diingat banyak kafein dan coklat pun ada peranan kepada kesihatan kita.
Oleh itu, senang cerita kalau anda tidak mahu bebankan buah pinggang, anda boleh mengurangkan pengambilan kafein (kopi dan teh) dan coklat.

7. Kurangkan Protein

Makanan yang diyakini boleh memudaratkan buah pinggang adalah makanan yang tinggi kadar proteinnya. Tapi kenapa?
Makanan boleh memudaratkan anda kerana pencernaan dan metabolismanya menghasilkan bahan buangan yang paling banyak. Bahan ini dikenali sebagai kreatinin – oleh sebab itu bahan ini menjadi kayu ukur dalam penyakit buah pinggang.

Jika kadar kreatinin ini banyak di dalam buah pinggang, ini bermaksud terdapat masalah pada penapisan dan fungsi buah pinggang. Untuk mengurangkan penghasilan kreatinin, anda perlu kurangkan pengambilan protein.

Bagi orang dewasa yang mempunyai masalah buah pinggang seperti kegagalan buah pinggang kronik, disarankan untuk menghadkan pengambilan protein kepada 0.8 gram setiap kg berat badan setiap hari – ini bersumberkan daripada KDOQI (National Kidney Foundation Kidney Disease Outcomes Quality Initiative).
Ini membawa maksud jika seseorang dewasa dengan berat badan 60kg, hanya 48gram protein sahaja yang dibenarkan untuk diambil setiap hari.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menukarkan diet pemakanan anda. Protein merupakan satu sumber nutrisi yang sangat penting kepada badan, dan tidak elok ditinggalkan tanpa sebab yang memaksa berbuat demikian.

8. Amalkan Sesudu VIVIX

Vivix memainkan peranan penting untuk melindungi sel badan dari ‘karat’ teruk. Ia mengandungi resveratoral, iaitu sejenis bahan yang mengelakkan AGE atau ‘proses pengkaratan’ sel dalam tubuh.

Jadi, jelas lah Vivix bukan hanya untuk warga emas atau bila dah datang sakit kronik, baru nak ambil. Vivix merupakan suplemen yang membantu kita mencegah kerosakan sel. 

Kesimpulan

Buah pinggang adalah satu organ yang sangat penting untuk mengekalkan sistem keseluruhan badan berfungsi dengan baik. Tanpa buah pinggang, badan kita tidak boleh mengeluarkan bahan toksin yang berbahaya daripada badan – dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.

Oleh itu, adalah terbaik sekiranya kita menjaga kedua-dua buah pinggang kita agar ianya tidak rosak. Dan percayalah, cara penjagaannya tidaklah terlalu ketat dan menyusahkan pun. Banyakkan minum air putih.

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment