TESTIMONI MEI 2016 (MUSIM KEDUA)
Oleh:ZETI HAFIZA ZAKARIA
KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)
Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
Selera Makan Meningkat Tiba-Tiba
Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan
berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya
masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali
hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam.
Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak
menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang
mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan.
Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari.
Jumpa Pakar GDM
Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat
mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya
sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali
pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian.
Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
Paras Gula Normal
Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP
mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang
keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan
darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini
berterusan sehingga saya selamat bersalin.
Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.
Untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment