Wednesday, March 15, 2017

13 Kesan Sampingan Dialisis Kepada Pesakit Buah Pinggang

Kenapa Perlu Hemodialisis?

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Walau bagaimanan pun hemodialisis memerlukan anda untuk mengikuti jadual rawatan yang ketat, mengambil ubat-ubatan secara berkala dan perlu sentiasa membuat perubahan dalam diet anda.

Apakah Kesan Sampingan Menjalani Rawatan Hemodialisis

Cuci buah pinggang baik cuci melalui darah (hemodialisis) ataupun cuci melalui cecair perut (peritonel dialisis) ada kesan sampingannya. Daripada proses nak buat tapak yang memerlukan kulit ditebuk dah tentu ada risiko untuk jangkitan.

Kesan sampingan ini terjadi kerana cara dialisis dilakukan dan dah tentu tak dapat menggantikan fungsi buah pinggang sepenuhnya.

1. Penat & lesu

Pesakit buah pinggang boleh dikatakan mengalami penat & lesu sepanjang hari. Keadaan ini dikatakan kerana:

  • Kehilangan fungsi normal buah pinggang
  • Kesan dialisis terhadap badan
  • Pelbagai makanan yang kena pantang
  • Tekanan yang dihadapi oleh pesakit2 buah pinggang.

2. Tekanan darah rendah (hypotension)

Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.

3. Kekejangan otot

Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.

4. Kulit Kering.

Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatal yang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.

5. Masalah tidur

Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.

6. Anemia

Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.

Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.

7. Penyakit tulang

Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.

8. Tekanan darah tinggi (hipertensi)

Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).

9. Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis). 

Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.

10. Tahap potassium tinggi (hyperkalemia)

Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.

11. Jangkitan

Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.

12. Kemurungan

Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.

13. Amyloidosis

Dialisis berkaitan amyloidosis (DRA) terjadi apabila protein dalam darah yang disimpan pada sendi dan tendon, menyebabkan kesakitan, kekakuan dan bendalir dalam sendi. Keadaan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang telah menerima rawatan hemodialisis selama lebih daripada lima tahun.

Kesan sampingan peritonel dialisis

1. Jangkitan kuman pada bahagian peritoneal.
2. Hernia
3. Berat badan meningkat

Berapakah Kos Perubatan Hemodialisis?

Pesakit perlu mendapatkan rawatan hemodialisis sekurang-kurangnya tiga kali seminggu atau kira-kira 13 kali sebulan. Di hospital-hospital swasta, pesakit memerlukan sehingga RM3,250 sebulan bagi menampung kos bayaran RM250 untuk setiap sesi rawatan hemodialisis.

Dan ini tidak termasuk kos ubat-ubatan dan sumbangan kewangan yang diberikan kepada pesakit buah pinggang yang memerlukannya.

Cara Alternatif Penjagaan Buah Pinggang Yang Berkesan 









Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan.

Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)

www.wasap.my/60134505852
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

0 comments:

Post a Comment