Sunday, April 16, 2017

10 Tanda Awal Anda Sedang Mengalami Sakit Buah Pinggang


Buah pinggang manusia ada dua buah, bentuknya menyerupai kacang merah yang berada di kedua-dua sisi badan bahagian belakang atas, atau di bawah tulang rusuk manusia tepatnya. Fungsi buah pinggang antara lain:

  • Menyahkan sisa metabolik dan cecair berlebihan dari darah.
  • Menjaga keseimbangan kadar garam dan mineral dalam tubuh.
  • Menghasilkan sebatian aktif dari vitamin D untuk menjaga kesihatan tulang.
  • Menghasilkan enzim renin yang membantu mengawal tekanan darah.
  • Menghasilkan sebatian eritropoetin yang berfungsi menstimulasi produksi sel darah merah.
  • Menetapkan kadar kompaun kimia dalam tubuh untuk membantu jantung dan otot-otot berfungsi dengan baik.
Apabila buah pinggang mengalami kerosakan atau gangguan tertentu, maka simptom penyakit buah pinggang boleh muncul akibat sisa-sisa metabolik dan cecair berlebihan terkumpul di dalam tubuh

Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan.

Tanda #
Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing

Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan.
Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang.

Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

Tanda #2
Adakah anda letih sepanjang masa?

Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
Bacaan HB (hemoglobin darah) berada di paras bawah normal (sentiasa rendah)

Tanda #3
Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan?

Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakkan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

Tanda #4
Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan?

Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

Tanda #5
Bagaimana pula dengan selera makan anda?

Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

Tanda #6
Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?

Ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

Tanda #7
Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa?

Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

Tanda #8
Adakah anda merasa sukar untuk bernafas?

Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

Tanda #9
Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda?

Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

Tanda #10
Adakah anda kerap berasa pening kepala?

Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi, ia akan menyebabkan buah pinggang tidak dapat menapis darah dan mengeluarkan lebihan cecair dengan normal, ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah, menyebabkan anemia serta penyakit tulang., perubahan dalam pengeluaran air kencing, kehilangan selera makan, rasa letih, pucat, bengkak di tangan, kaki dan kawasan di sekitar mata.

Bagaimana Vivix shaklee yang mengandungi resveratrol membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada penyakit buah pinggang

Resveratrol dalam Vivix Shaklee banyak kajian telah menunjukkan kesan yang baik termasuk:
  • Berperanan sebagai anti radang
  • Membantu meningkatkan pengeluaran enzim antioksidan
Secara spesifiknya, Vivix dan resveratrol dapat membantu pesakit buah pinggang melalui 7 cara:
  1. Antioksidan: mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  3. Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  7. Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga

 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.  

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. 

0 comments:

Post a Comment