Wednesday, January 3, 2018

Pengambilan Makanan Untuk Memulihkan Ligamen Putus ACL



rawatan ligamen ACL putus tanpa pembedahan

 
Kecederaan kepada ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan) membabitkan ligamen ACL yang tercedera yang terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.

Tanpa ACL, lutut mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut.

Aktiviti seperti bermain bola sepak, bola keranjang, sepak takraw dan berjalan di atas permukaan licin dan berlopak menjadi lebih sukar.

Bagaimana kecederaan ACL berlaku?

  • Terpijak di dalam lopak. 
  • Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba-tiba). 
  • Memusingkan badan sambil kaki terpasak ke tanah, manakala lutut akan terpusing dan terpelecok iaitu apabila hendak menendang bola. 
  • Jatuh dengan kekok dari lompatan sama ada untuk menendang, menanduk bola atau menangkap bola iaitu kurang cermat ketika membuat pendaratan selepas melompat. 
  • Tidak tahu bila dikasari oleh pihak lawan di mana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.

Kesan kecederaan ACL yang tidak menerima rawatan


Selepas beberapa tahun, lutut kerap dan mudah untuk terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik.

Pada waktu ini, pesakit tidak dapat bermain, berjalan jauh, berdiri lama, menaiki tangga atau bersolat dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakan terjejas.

Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini memberi kesan pada lutut kerana terpaksa memikul lebih bebanan manakala masalah kesihatan lain akibat kegemukan mungkin juga timbul.
Sayangnya usia pesakit mungkin hanya 30-an atau 40-an manakala badan dan kemahuan masih ada untuk terus aktif tetapi keadaan lutut tidak mengizinkan.

Mengesan kecederaan ACL

Diagnosis kecederaan ACL dilakukan selepas melakukan pemeriksaan yang teliti ke atas pesakit dan lutut yang tercedera.

Sinaran-X dan MRI atau salah satu daripadanya mungkin dilakukan bagi menyokong diagnosis. Sinaran-X dilakukan untuk menentukan jika ada keretakan atau kepatahan tulang.

Ia tidak dapat menentukan sama ada ligamen ACL sudah terputus. Hanya pemeriksaan MRI (magnetic resonance imaging) dapat menunjukkan ACL dengan jelas.

Rawatan Kecederaan ACL

Rawatan pembedahan:

Doktor mengesyorkan pembedahan rekonstruktif ACL jika:

  1. Pesakit adalah seorang atlet yang mahu meneruskan aktiviti sukan, terutamanya jika sukan itu melibatkan melompat dan larian. 
  2. Lebih daripada satu ligamen atau melibat tulang rawan pada lutut  
  3. Kecederaan yang menghalang pergerakan terutamanya menaiki tangga atau mendaki bukit
  • Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan ke dalam sendi. 
  • Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakan sendi lutut kepada keadaan asal.

Rawatan tanpa pembedahan:

Tetapi tidak semua orang yang mengalami kecederaan ACL memerlukan ACL pembedahan. Orang yang tidak aktif dan sanggup berehat dari melakukan aktiviti sukan selalunya akan pulih dengan rawatan konservatif dan fisioterapi.
  • Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktiviti harian yang dilakukan tidak begitu lasak. 
  • Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas. 
  • Rawatan meliputi atau merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan alat pendakap untuk membantu kestabilan.

Pemakanan Untuk Pemulihan ACL

Untuk pemakanan pengambilan high protein diet dapat membekalkan protein untuk pembinaan semula ACL secara natural. Makan makanan yang mempunyai tulang rawan, seperti sop tulang bagi memperbanyakkan sumber protein dan kolagen.

Selain itu pengambilan suplemen Vit C dan E juga dapat mempercepatkan kesembuhan kecederaan lutut.

Supplement Shaklee Membantu Pemulihan ACL Tanpa Pembedahan

rawatan alternatif ACL putus dengan supplement shaklee

  • Shaklee Collagen Powder 

Bertindak memperbaiki collagen yang sudah rosak dengan optimum. Ini kerana collagen Powder mengandungi protein yang sangat tinggi
  • ESP 

Membantu mempercepatkan pemuliharan otot yang sakit dan terkoyak dengan kandungan proteinnya. Juga membantu memperbaharui tisu otot.
  • Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam sintesis kolagen. Pengambilan viamin c dapat membantu menyokong sintesis kolagen normal dan membantu perbaikan otot dan tendon. Kolagen memberikan sokongan struktural untuk ligamen dan serat otot.. 
  • Vitamin E 

Juga dapat membantu memperbaiki otot dan ligamen, dengan mengatur peradangan, yaitu respons tubuh terhadap cedera, yang membantu penyembuhan pada jaringan yang rosak, termasuk kerosakan otot dan ligamen. Vitamin E memiliki peranan penting dalam mengatur pelepasan sitokin yang bertanggung jawab untuk menentukan kecepatan penyembuhan setelah operasi pada ligamen.

Dengan tip yang mudah ini, dapat membantu anda yang mengalami kecederaan ACL untuk sembuh dengan lebih cepat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Pemulihan ACL, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak mendapatkan konsultansi secara percuma: 


SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 
 
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Setiap testimoni  adalah dari pengguna produk Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. 

0 comments:

Post a Comment