Tidak dinafikan bahawa menjaga kesihatan bahagian sulit bagi kaum wanita sangatlah penting. Apatah lagi ketika “datang bulan”.
Sebagai wanita yang aktif, anda tentunya memerlukan pembalut wanita yang
berdaya serap tinggi, supaya tidak lembap, permukaannya lembut agar
vagina tidak melecet dan tembus!
Pemilihan tuala wanita yang bermutu
sangat penting kerana ia menjadi sahabat karib anda sepanjang tempoh
“datang bulan” atau haid. Keadaan ini akan membuatkan anda berasa lebih
yakin, selesa di saat melakukan pelbagai aktiviti seharian.
Bukanlah sesuatu yang sukar untuk wanita
menjaga kesihatan alat sulitnya kerana sebahagian besar proses menjaga
kebersihan tersebut memang sudah anda lakukan, sekadar menerapkannya
secara konsisten sahaja.
Langkah-Langkah Yang Perlu Anda Ambil:
1. Mandi
Jangan abaikan rutin mandi pagi dan
petang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, membuatkan anda sering
berpeluh, sehingga perlu kerap mandi ketika Datang Bulan Mandi adalah
proses penting untuk jaga kebersihan kawasan alat sulit perempuan.
2. Pakai Deodorant
Ketika Datang Bulan , tubuh akan
mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen. Hormon ini akan mengundang
pengeluaran peluh dan minyak tubuh akan menjadi lebih banyak daripada
biasa. Inilah yang menyebabkan tubuh Mungkin Mengeluarkan bau Yang
tidak sedap , Bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ini,
gunakanlah deodorant setiap kali Selepas mandi.
3. Jaga Kebersihan Kulit
Setelah menggunakan tandas, bilas
bahagian kulit yang terkena pada permukaan tandas ketika anda membuang
air. Perkara ini perlu dilakukan untuk mencegah risiko
Jangkitan bakteria. Berbeza dari kebiasaannya, kulit di sekitar kawasan
alat sulit Lebih Sensitif Dan lebih lembab ketika period, sehingga
risiko Jangkitan bakteria lebih tinggi pada Waktu itu.
4. Cuci Tangan
Tolong Jaga kebersihan tangan anda.
Gunakan sabun untuk mencuci tangan Dengan Bersih dan bilas dengan air
bersih, sebelum dan selepas anda menukar pembalut wanita.
5. Tukar Tuala Wanita/ Cloth Pad Setiap 3-4 Jam
Kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari-hari yang banyak darah. Ini mengelakan ianya menjadi terlalu lembab akibat menampung
terlalu banyak darah dan menjadi media untuk kuman membiak.Ia juga dapat mencegah terjadinya bau
yang tidak menyenangkan dan kegatalan di bahagian alat sulit .
6. Buang Dengan Kemas
Bungkus pembalut Wanita yang baru saja
anda tukar itu dengan kertas, kemas-kemas.Kemudian masukkan ke dalam
tong sampah. Jangan sesekali masukkan pembalut tersebut ke dalam tandas.
Kandungan plastik anti bocor pada pembalut berpotensi menyumbat saluran
tandas.
 |
| # Dengan penggunaan cloth pad anda tak perlu buat semua ini ianya boleh dibasuh dan dipakai semula. Lebih hygiene, Sangat jimat dan mesra alam. |
Petua Tradisional Mencuci Bahagian Alat Sulit Ketik Haid
-
Gunalah air panas suam yang dibancuh dengan sedikit garam setiap kali mencuci bahagian itu.
- Anda juga boleh merebus 3 keping asam gelugur,garam dan daun sirih serta daun inai untuk mengelakkannya dari berbau.
Lakukan setiap hari samaada ketika semasa haid atau pun di masa-masa yang lain.Insyaallah anda akan mendapat manafaatnya.
Tahukah Anda?
- Anda tidak memerlukan produk atau ubat
penjagaan alat kelamin sekiranya anda mengamalkan penjagaan diri yang baik. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan
keputihan yang tidak normal.
- Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih
dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Anda
dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan
sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
- Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa
gatal, pedih, kemerahan, anda dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan
jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
KENAPA WAJIB BERTUKAR KEPADA CLOTH PAD?
Wajib bertukar kepada
Cloth Pad kerana bukan sahaja selesa dan selamat malahan banyak keuntungannya.
- Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang
anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
- Direka untuk melekap dengan baik tanpa
mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk
perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
- Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi
seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih
murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya
jika dimasukkan ke dalam mesin basuh)
- Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk
memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak
dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
- Menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami
juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon
bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan
kepada semua produk.
- Mutu kerja yang berkualiti,
buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
- Menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan menarik.
- Fabrik bercorak yang digunakanadalah kain kapas yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
- Harga yang berpatutan dengan kualiti yang terbaik.
Nota :
Kalau biasa kita gunakan satu bag pad atau pelapik wanita yang
berharga RM7.00 x 12 bulan = RM84.00. Berapakah cost belanja pad sahaja? Namun apakah
yang lebih penting? Ciri2 Keselamtan + Keselesaan + Antibakteria +
dijauhi dari sebarang penyakit puan + jimat dan banyak lagi kebaikan
yang dapat.
Berminat nak dapatkan Cloth pad boleh hubungi saya di 013-4505852 (Soffiah).
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852