Showing posts with label buah pinggang rosak. Show all posts
Showing posts with label buah pinggang rosak. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

Bahaya Jering Mentah Punca Buah Pinggang Rosak

BAHAYA JERING TAK DIREBUS BETUL

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

“Aduh…doktor, tolong..sakitnya..” rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.
Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

“Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!”

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.

Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.
Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.

“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”
“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”
“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.
“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.

Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.

Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.

Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.

“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”

Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.
“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”

Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.

“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.

“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”

Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.

Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.

Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.

Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.

Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.

Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.

Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!

Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.

Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,
  1.  Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
  2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
  3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
  4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
  5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
  6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.
********************************************************************************
“Ha, encik, apa khabar hari ini?
Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.

“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.
“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,
“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”
Lantas kami sama-sama ketawa.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul
Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017
Share:

Monday, August 22, 2016

Rahsia Elak Buah Pinggang Rosak Walaupun Mengambil Ubat Diabetes dan Darah Tinggi.



Rasanya semua orang tahukan bila disahkan mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, doktor mesti akan bagi banyak bekalan ubat untuk dimakan bila dah disahkan mengidap penyakit tersebut.

Saya teringat masa arwah jiran sebelah rumah saya ada dulu, sekali datang appointment kat klinik kerajaan, diberinya terus stok ubat untuk berbulan-bulan terus. Sekali dah makan, seumur hiduplah kena makan tu. Naknya bila tiap kali datang appointment, dipesan berkali-kali jangan lupa makan ubat, nanti. Rasa diugut pun aderr… Yelah.. sapa tak takut mati kan? 

Tapi, yang anehnya…walaupun dah makan ubat hari-hari, penyakit tak baik-baik juga. Malah bertambah-tambah pula dosnya. Lepas tu, bertambah-tambah pula penyakit lain yang dapat. Maka, bertambah-tambah jenislah ubat yang kena dimakan. Orang kata, ibarat makan ubat dah macam makan nasi sama banyaknya. 

Can you imagine? Gilerr..apa? Tu pasal ramai orang yang dah penyakit kronik macam kencing manis atau darah tinggi ni, bila sampai satu masa dapat penyakit buah pinggang pulak. Sebabnya diorang terlalu banyak kena makan ubat sampai buah pinggang pun dah tak larat nak cuci darah yang kotor dengan segala bahan kimia daripada ubat tu. Dan akhirnya kena buat hemodialisis atau cuci buah pinggang sebab buah pinggang dah gagal berfungsi. 

Kesian kan? Sudah jatuh ditimpa tangga. Buah pinggang yang rosak Itu cerita yang biasa kita dengar. Tapi korang tahu tak, tak semua orang bila dah sekali terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi ni, dos ubat mereka akan semakin bertambah tau! Buktinya, saya ada satu kisah benar dari Ida, rakan seperjuangan , yang mana ibunya berjaya buat perkara yang biasanya orang lain tak dapat buat, iaitu… Doktor sendiri kurangkan dos ubat dan insulin ibu Ida setelah sekian lama mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

Haaa…menarik kan? Jarang sungguh kita mendengar kes-kes begini, betul tak? Kalau saya jadi Ida pun, pasti saya akan bersyukur dan gembira kerana ibu kesayangan semakin kurang kebergantungan kepada ubat. Dan ibunya juga pasti semakin sayang dengan anaknya yang solehah atas tindakannya yang mengesyorkan supplemen yang betul dan berkesan untuk mengawal paras gula dan tekanan darahnya. Proud mother and happy daughter – Ida dan ibunya 

Nak tahu macam mana mereka berjaya melakukannya? Nahhh..baca sendiri screenshot pengakuan Ida 



Itulah dia PENANGAN VIVIX yang mak si Ida ni ambil. Lepas 3 botol..Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya telah menjadi semakin normal. 

Kalau dulu ibu Ida kena pergi jumpa doktor tiap-tiap bulan untuk check up, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh datang 4 bulan sekali je… 

Kalau dulu ibu Ida inject insulin tinggi dosnya, lepas konsisten amalkan Vivix, doktor kurangkan dos insulin dia.. 

Dan yang PALING BEST, kalau dulu ibu Ida kena makan ubat sampai 20 biji sehari, lepas 3 botol Vivix, doktor suruh makan 7 biji sehari je!!!

Jadi, semakin kuranglah beban buat buah pinggang mak si Ida ni untuk bekerja untuk cuci darah yang pekat dengan bahan kimia yang terdapat dalam ubat. Alhamdulillah… syukur kepada Allah SWT. Bukan saja dos ubat kencing manis dan darah tinggi semakin berkurang, malah ibu Ida juga semakin kuat dan bertenaga untuk berjalan selepas mengamalkan Vivix. 

Kalau dulu, Ida perlu pimpin ibunya supaya beliau tak jatuh, kini ibunya boleh bergerak sendiri seorang diri dengan bebasnya! Subhanallah…. Anak manalah yang tak gembira melihat ibu menjadi kuat dan sihat semula kan? 

Jadi, itulah rahsia mak Ida untuk jaga buah pinggangnya dari terkena kesan sampingan ubat. Walaupun dia dah ambil Vivix, dia tetap mengambil ubat hospital untuk merawat penyakitnya sehingga doktor sendiri memutuskan untuk mengurangkan dos ubat yang diambilnya setiap hari. 

Siapalah yang tak sayangkan buah pinggangkan? Dan siapa pula yang tak sayangkan mak ayah? Mereka sentiasa berikan kita yang terbaik semasa kita kecil, jadi bila dah dewasa ni, inilah masanya untuk kita berikan yang terbaik kepada mereka pula. 

Macam Ida. Dia dah buktikan kasih sayangnya dengan berikhtiar memberi kesihatan terbaik untuk ibunya melalui pemberian Vivix.

Kalau anda juga ingin selamatkan buah pinggang anda dari terkena kesan sampingan ubat dengan mengamalkan Vivix seperti mak Ida anda boleh hubungi saya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Tuesday, August 2, 2016

Bahaya Penapis Buah Pinggang Bocor Dan Cara Mengatasinya

Nephrotic Syndrome dan Perawatan

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Penyebab Terjadinya Nephrotic Syndrome

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

Pathofisiologi

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. 

Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

Gejala

 
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

Diagnosis

  • Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  • Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  • Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu
  • Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.

Komplikasi

  • Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  • Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  • Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  • Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  • Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  • Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

Rawatan

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan

Diet

Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, April 28, 2016

Kenapa "VISCERAL FAT" Di Gelar The killer fat?

Apakah Visceral Fat dan Mengapa Ia bahaya?


 
“Even if you’re not overweight, belly fat can significantly increase your risk for heart disease, cancer, dementia and diabetes.”   Bill Gavin, MD Providence St. Peter Hospital
Kalau bercakap pasal fat atau lemak, rata-rata kita mesti bersangka bahawa orang gemuk sahaja mesti banyak lemak, terutama visceral fat ini. Tapi tahukah anda visceral fat ini tidak mengenal sesiapa, yang kurus lidi pun boleh ada visceral fat kalau tidak jaga makan.

Jenis Lemak Dalam Badan

Lemak dalam badan terbahagi kepada 2 jenis
  • Lemak bawah kulit (subcutaneous fat) – kawasan yang selalu ada lemak bawah kulit adalah tangan, pinggul, peha.
  • Lemak di sekeliling organ (visceral fat) – lemak yang menyelaputi organ-organ seperti pada hati, usus, jantung, dan lain-lain.
Visceral fat ini akan merosakkan organ anda walaupun ketika anda sedang tidur, ia lebih berbahaya daripada rokok. Visceral fat ini mengeluarkan sejenis toksik yang menyebabkan peradangan pada pembuluh darah terutamanya pembuluh darah ke otak dan jantung.

Radang ini boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit sehingga menyebabkan serangan jantung atau strok jika ia terjadi pada otak.

Visceral fat ini kita perlukan juga dalam badan kita, tetapi pada kuantiti yang kecil.

Carta Visceral Fat 
Carta Visceral Fat
Anda kena jaga-jaga dan bertindak bila visceral fat anda di tahap Tinggi (high) dan bagi yang berada di tahap Sangat Tinggi (Very High) anda seharusnya bertindak segera untuk menurunkan tahap visceral fat anda.

Bahaya Visceral Fat

Lemak visceral fat ini memang sangat bahaya, dalam menurunkan berat badan, menurunkan kadar visceral fat patut menjadi fokus utama anda. Visceral fat merupakan penyumbang utama masalah kesihatan seperti berikut:
  • Penyakit jantung
  • Kanser
  • Strok
  • Arthritis
  • Diabetes type-2
  • Lemah tenaga batin

Bagaimana menurunkan tahap Visceral Fat Dengan Berkesan

Senaman

Anda boleh mengurangkan pertambahan lemak visceral dengan gabungan senaman aerobik. Penyelidik mencadangkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik seperti berjalan pantas atau berjoging sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

Senaman perut, seperti sit-up, membina otot di kawasan itu, tetapi tidak akan mengurangkan jenis lemak. Selain itu, latihan rintangan seperti menggunakan mesin senaman, boleh membantu dengan lemak subkutaneus tetapi tidak lemak di bahagian abdomen.

Melakukan apa-apa jenis senaman aerobik boleh mempunyai kesan yang besar ke atas lemak visceral, yang boleh bertahan sehingga setahun selepas apa-apa kehilangan berat badan berlaku.

Ubah Pemakanan

Pakej makanan perlu lebih diberatkan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, dan daging tanpa lemak boleh membantu dengan kehilangan lemak visceral.

Ia juga akan lebih baik jika dapat mengelakkan minuman manis dan produk yang berat dalam lemak tepu, seperti mentega atau lemak keju, dan menggunakan minyak masak semula jadi yang tinggi mono tak tepu dan poli tak tepu lemak.

Ubah Gaya Hidup

Cubalah berhenti merokok, elakkan alkohol, kawal stress anda dan cuba dapatkan tidur yang mencukupi.
Ketahui suplemen untuk mengatasi masalah visceral fat dengan berkesan di SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels