KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan,Sentiasa Mesra Alam

PELUANG BERSAMA SHAKLEE

Kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

SET KURUS TERHEBAT

Kurus, sihat dan cantik bersama shaklee.

SET KULIT CANTIK HALUS DAN GEBU

Sebaik-baik kecantikan dan seelok-elok keindahan ialah akhlak yang mulia.

SET BERSALIN IDAMAN IBU-IBU

Hubungi saya segera dan dapatkan set hebat ini dengan harga yang istimewa

Friday, September 30, 2016

Tukar ATM/Debit Kad Secara Online

Assalammualaikum...



Tukar ATM/Debit Kad Secara Online bagi pemegang akaun maybank. Mudah dan jimat masa.Tak payah beratur di bank . Taulah kan bank ramai orang. Mula-mula buka Maybank2u..kemudian ikut langkah pertama sampai habis.

Langkah Pertama


Langkah kedua


Langkah ketiga


Langkah keempat



Langkah kelima



Pastikan hp anda ada semasa membuat proses penukaran secara online ini kerana TAC number akan dihantar ke talian hp yang kita daftar untuk maybank 2u ni..

Dah Pun siap



Selepas siap kad akan dihantar dalam tempoh 14 hari berkerja. Dan sepanjang tempoh tersebut kad lama masih boleh digunakan..Sehingga lah kad baru sampai. Dan kad baru juga boleh diaktifkan di maybank2u..

                                    
Jom kita Tukar sekarang...Mudah jer..hujung jari anda.

Punca Bayi Besar Dalam Kandungan Dan Kesannya Semasa Bersalin

Kebiasannya berat bayi normal dalam kandungan di saat-saat akhir kehamilan adalah antara 3.4kg – 3.5kg. Punca bayi besar dalam kandungan selalu dikaitkan dengan masalah ibu semasa hamil seperti kencing manis.

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai :
  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama. 
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Antara Penyebab Bayi Besar Dalam Kandungan

Kebiasannya bayi besar dari usia kandungan disebabkan:
  • faktor genetik-jika ibu yang mengandung dulu lahir saiz yg besar maka bayi dikandung berisiko utk bersaiz besar.
  • Tahap gula dlm darah yg tak dpt dikawal iaitu diabetes.
  • wanita yang berdarah sepanyol
  • obesiti,
  • BMI yg tinggi diawal kandungan
  • Jantina bayi-bayi lelaki lbh berisiko tinggi utk bersaiz besar berbanding perempuan 

 Risiko hamil bayi besar:

  • menyukarkan proses kelahiran
  • berisiko tinggi utk menghadapi komplikasi spt perineum koyak@ kehilangan banyak darah.
  • bahu bayi tersekat ditulang pubik(shoulder dystocia)-jarang berlaku namun serius
  • berkemungkinan caesarean
Kesan selepas kelahiran bayi besar pula ialah shoulder dystocia.bayi mungkin akan melalu beberapa masalah kerana shoulder dystocia mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga memberi kesan kpd saraf lengan & bahu.

Kerosakan saraf berlaku di antra 4% -16& di kalangan bayi yg mengalami shoulder dystocia. Masalah ini lebih cenderung untuk berlaku kepada bayi yang memerlukan banyak bantuan saat dia dilahirkan.Walaubagaimanapun,dlm kes tertentu ia juga boleh disebabkan oleh tekanan kontraksi yg terlalu kuat.

Bayi yg tidak mengalami kerosakan saraf biasanya akan pulih sepenuhnya dgn mejalani rawatan tertentu & tulang selangka yg patah juga boleh sembuh tanpa masalah lain.

    Ada juga mitos yang mengatakan pengambilan vitamin punca kenaikan berat badan bayi dalam kandungan sampaikan para ibu yang hamil takut untuk mengambil sebarang supplement.
    " Ramai wanita yg salah anggap multivitamin spt obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. 
    Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. 
    Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. 
    Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”– Dr Hamis Arshat
    Hmmm…doktor pakar pun menyarankan pengambilan suplemen sejak dari hamil, selepas hamil dan selamanya.

    Jika anda pernah mengandungkan bayi besar di kehamilan sebelumnya,maka anda berisiko tinggi utk mengalami hal yg sama di kehamilan yg seterusnya. Jadi penjagaan dir semasa mengandung amat penting :
    • sentiasa pantau tahap kesihatan
    • segera rawat sebarang jenis penyakit yg dihidapi terutamanya kencing manis
    • Pemantauan ke atas pembesaran bayi kerap dilakukan
    • Pemeriksaan ke atas sebarang kecatatan bayi semasa dlm kandungan perlu dijalankan
    • rancanglah bersama doktor utk melalui proses kelahiran yg selamat
    Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

    Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-


    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    

    Period Kembali Teratur Dan Pregnant Selepas 2 Bulan Mengamalkan Minuman Ini.



    Saya mempunyai seorang customer yang membeli twinpack VIVIX untuk ayahnya. Ayahnya mempunyai masalah jantung. Punca penyakit jantung ayahnya tidak diketahui sebab ayahnya enggan membuat pemeriksaan di hospital dan hanya memdapat rawatan di klinik swasta jer.

    Ayahnya  meminta anaknya utk membelikan vivix untuknya sebab doktor yang merawatnya juga mengamalkan vivix dan menyatakan vivix memang bagus untuk kesihatan jantung. 

    Ayahnya sempat merasa Vivix tu hanya sekali, Allah lebih menyayangi beliau, ayahnya kembali ke rahmatullah akibat kompilasi sakit jantung yang dideritainya selama ini.

    Disebabkan itu Anaknya lah yang meneruskan makan VIVIX yang masih berbaki tersebut. Satu hari semasa saya  COD ESP n Vit C kepada beliau...sempat saya berbual dengan beliau sekejap. Beliau citer, dulu2 beliau ada masalah dengan kitaran haid...kadang-kadang, 2 bulan sekali baru datang. Dan masalah haid ni bukan baru jer tapi dari zaman beliau belum kawin lagi.

    Tapi alhamdulillah lepas beliau consume vivix ni dalam 2 bulan ni period dia teratur jer, dan masih berdebar2 menanti kan period utk bulan ketiga ni plak macam mana.
    So saya pun usik beliau...entah2 pregnant satgi..kot ler dah elok period tu.

    Dan jeng...jeng..jeng...tak lama selepas tu beliau hubungi saya dan bertanyakan set kehamilan Shaklee. Huhuhu makin berdobar hati den ni hah. Alhamdulillah memang betul la beliau dah hamil...sonok nyer yaAllah...saya pun teruja mcm nk nangis dgr...n mcm nk pregnant gak aih sama ngn beliau...hihihi. ohhh sabaq lah hati.



    Jadi kalo anda ada masalah period tak teratur dan sedang menantikan cahaya mata blh lah ikthiar dgn VIVIX. Apa2 pun semuaNya dgn izin Allah... VIVIX ni asbab atas usaha kita jer. Tu iktikad paling wajib kena ingat k.



    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.  
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
    Atau
     
    Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

    Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

    Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

    Thursday, September 29, 2016

    Tips Menambahkan Berat Badan Bayi Dalam Kandungan



    Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil.Tetapi bagaimana kita dapat mengetahui bayi dalam rahem sedang mengalami proses pertumbuhan fizikal yang baik

    Apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound. Beberapa parameter yang membantu doktor untuk menganggarkan berat bayi dalam rahem akan diambil.
    Antara parameter yang diukur ialah ukur lilit abdomen abdominal circumference-AC), panjang tulang femur (femur length), diameter kepala (biparietal diameter), ukur lilit kepala ( head circumference-HC)

    Dari parameter ini, banyak formula yang boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan anggaran berat bayi (BW) dalam rahem. Sebagai contoh, jika umur kehamilan berusia 25 minggu, purata bagi berat bayi adalah 785 gram. Tetapi jika anggaran berat bayi yang diukur ialah 568 gram, ini bermakna bayi mempunyai masalah.

    Punca Kurangnya Berat Bayi Dalam kandungan

    Kekurangan berat badan bayi disebabkan sama ada ibu hamil mengalami masalah kesihatan seperti :
    • hypertensi kronik, 
    • anaemia, 
    • berat badan ibu sebelum hamil, 
    • pertambahan berat badan ketika hamil, 
    • diabetes ketika hamil, 
    • umur ibu ketika hamil. 
    • Pemakanan

    Apa perlunya mengetahui berat badan bayi yang ada dalam rahem?

    Doktor selalunya ingin mengambil langkahberjaga-jaga apabila anggaran berat bayi kurang 2500 gram atau terlalu tinggi melebihi 4000 gram. Ini kerana bayi-bayi sebegini selalunya menghadapi masalah ketika dan selepas dilahirkan.

    Berat optima seorang bayi antara 3000-4000 gram ketika dilahirkan. Bayi yang mempunyai berat kurang dari 2000 gram ketika lahir selalunya akan dimasukkan ke neonatal ICU untuk pemeriksaan selanjutnya.

    Manakala berat bayi yang melebihi 4500 gram atau berat melebihi 4250 gram pada wanita yang mempunyai gestational diabetes, harus dilahirkan dengan cara pembedahan cesarean section untuk mengelakkan risiko ketika melahirkan secara normal. Ini kerana bentuk bahu yang melebar atau kepalanya yang lebih besar menyukarkan bayi dilahirkan. Ramai doktor yang tidak mahu mengambil risiko dengan menyambut kelahiran bayi dengan cara biasa, iaitu normal vaginal delivery.

    Jadi mengetahui berat bayi dalam kandungan adalah sebahagian info yang perlu diketahui sebelum bayi dilahirkan. Bukan itu saja, berat badan bayi melambangkan tahap kesihatan bayi ketika itu dan apabila bayi itu membesar nanti.

    Tips Meningkatkan Berat Badan Janin Dalam Kandungan

    Bagi ibu yang runsing berat baby dalam kandungan kurang dengan kata lain baby kecik tak mengikut perkembangan yang normal... berikut adalah cara menambah berat badan bayi dalam kandungan :
    • Pengambilan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko spina bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect. 

    • Mengambil sarapan pagi yang lengkap dengan nutrisi. Apabila seorang wanita tidak bersarapan, ini akan menyebabkan tubuh badannya mempunyai kurang nutrient yang sepatutnya.Waktu antara pagi dan tengahari yang ‘kosong’ ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrient yang cukup untuk pertumbuhan fizikalnya. Nutrient adalah penting untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika keadaan ini berterusan, risiko untuk kelahiran pramatang dan beberapa kecacatan lagi adalah tinggi.

    • Minumlah susu untuk setiap hari secara rutin pagi dan petang atau malam sebelum tidur. Supplement yang disyorkan ambillah Ostematrix.

    • Perbanyakan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.Supplement yang disyorkan ambillah B-Complex

    • Pengambilan daging ayam atau lembu yang sihat untuk memenuhi keperluan protein tubuh sepanjang tempoh kehamilan. Supplement yang disyorkan ambillah ESP

    • Perbanyak mengambil ikan laut sepeti ikan salmon, ikan tenggiri dan lain sebagianya. Supplement yang disyorkan ambillah Omega Guard

    • Minum suplemen atau multivitamin untuk Ibu hamil. Supplement yang disyorkan ambillah VitaLea

    • Perbanyak minum air putih serta senaman yang seimbang.

    Perkara yang perlu dielakkan adalah:

    • Merokok menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah apabila beratnya kurang dari 2500gm. 
    • Alkohol (arak) meninggikan risiko untuk pertumbuhan fizikal yang negatif pada bayi. ”Fetal Alcohol Syndrome” adalah keadaan yang menyebabkan bayi mengalami mental yang terencat. 
    • Hindari minuman bersoda dan berkafein
    • Hindari makanan yang pedas.
    Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

    Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-


    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    

    Tuesday, September 27, 2016

    Tips Rawatan Luka Melecur Di Rumah


    Kecederaan akibat terkena haba atau api kebiasaannya memerlukan rawatan yang teliti. Dari sudut perubatan, kecederaan ini boleh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

    Kecederaan Gred 1 (melecur)

    Kecederaan ini terhad kepada lapisan paling luar kulit iaitu epidermis. Biasanya seseorang akan merasa sakit dan kawasan kulit terlibat akan berwarna kemerahan seperti terkena ‘sunburn’ dan melepuh (blister). Kecederaan ini biasanya disebabkan oleh terkena minyak atau air panas dan terkena besi yang panas.

    Kecederaan Gred 2

    Kecederaan jenis ini adalah lebih serius daripada kecederaan melecur kerana ianya melibatkan lapisan kulit epidermis dan dermis. Kecederaan ini akan mengakibatkan kawasan kulit yang terlibat berasa sakit, melepuh dan berwarna merah keputihan, dan menyebabkan permukaan luka menjadi kering atau lembab dengan cecair tisu.

    Kecederaan Gred 3

    Kecederaan jenis ini adalah yang paling serius kerana keseluruhan lapisan kulit terlibat. Biasanya kawasan kulit yang tercedera berkeadaan kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap seperti warna beg kulit. Kecederaan jenis ini biasanya disebabkan oleh terkena api, renjatan elektrik atau bahan kimia seperti asid. Jika lambat dirawat, pesakit boleh mengalami dehidrasi dan ‘hypovolemic shock’.

    Tidak semua kecederaan terbakar memerlukan rawatan doktor. Biasanya kecederaan melecur boleh dirawat di rumah sekiranya tahu teknik-teknik pertolongan cemas yang betul. Namun bagi kecederaan Gred 2 dan Gred 3pesakit dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengelak pelbagai komplikasi berbahaya seperti dehidrasi dan jangkitan kuman. Di sini saya akan memberikan cara yang betul untuk merawat luka melecur.

    Teknik-teknik pertolongan cemas untuk merawat luka melecur:

    •  Menghilangkan radang, bengkak dan sakit.

    Untuk menghindar radang dan bengkak kulit daripada melarat, beberapa cara boleh dilakukan.
    1. Cara pertama: Rendamkan atau basahkan kawasan kulit yang tercedera dengan larutan susu selama 15 minit. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih. 

    2. Cara kedua: Tuamkan dengan tuala sejuk pada kulit yang melecur selama 15 minit dan ulangi proses tersebut sekerap yang mampu.
    • Mencegah jangkitan kuman Infeksi

    Boleh mengakibatkan sesuatu luka lambat baik dan berisiko tinggi untuk meninggalkan parut. Dengan itu, ianya harus dielakkan sebaik mungkin. Untuk mencegah infeksi, kawasan kulit yang melecur hendaklah
    1. Disapukan dengan larutan dettol yang telah dicairkan selama seminit. 
    2. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih. 
    3. Lakukan proses ini sebanyak 2-3 kali sehari. 
    4. Sekiranya kawasan kulit melepuh, jangan pecahkannya, sebaliknya biarkan ianya susut sendiri. 
    5. Selepas itu, anda digalakkan menyapu krim antibiotik pada kawasan yang telah dibersihkan.
    Krim antibiotik yang disyorkan adalah fusicort cream. Ianya boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik yang berdekatan.
    Dapatkan Krim Bebas Paraben dan Menyejukkan sesuai untuk Menghilangkan kesan lecur Di SINI
    • Mencegah parut

    Selepas 3 hari, anda bolehlah mencari pokok aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya. Cecair pada pokok ini sangat berguna untuk merawat dan menghindar luka daripada meninggalkan parut. Sapukan cecair aloe vera selepas kawasan melecur tersebut telah dibersihkan, sebaik-baiknya selepas mandi.

    Disamping itu, anda juga digalakkan mengambil Vitamin A, C, E dan zat zinc kerana ianya mengandungi antioksida dan dapat mempercepatkan pembentukkan kolagen pada kulit.
    Sekiranya anda mendapati luka tersebut melarat seperti bernanah, dapatkan nasihat doktor secepat yang mungkin. Kaedah yang diterangkan seperti di atas hanya sesuai untuk luka Gred 1 sahaja.

    Ketahui Kaedah Cepat Pulihkan Luka Dengan Mudah DiSINI 

    Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
     
    SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

    Monday, September 26, 2016

    Kencing Manis: Kesan Negatif Kopi Pada Gula Darah

    Benarkah Kopi Boleh Meningkatkan Paras Gula Dalam Darah? 


    Sekiranya anda seorang yang menghidap kencing manis, anda harus sedar bahawa tak semua kopi adalah sesuai untuk anda. Seperti yang diketahui umum, kopi mengandungi sejenis bahan yang dinamakan kafein. 

    Kekuatan sesuatu jenis kopi bergantung kepada kandungan kafeinnya. Betul tak? Kafein mampu untuk menghilangkan rasa letih dan mengantuk kita. Malahan baru-baru ini, terdapat kajian yang mengatakan bahawa kafein mampu untuk mencegah angin ahmar dan kanser. 

    Namun, di sebalik kebaikan kafein, ia juga boleh memudaratkan kesihatan. Dari aspek kencing manis, kafein boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi. Menurut kajian saintifik, kafein boleh mengurangkan sensitiviti badan kepada insulin. Erti kata lain, walaupun seseorang pesakit mengambil ubat kencing manis termasuk suntikan insulin, gula dalam darah menjadi sukar untuk diturunkan kerana insulin tidakdapat bertindak dengan berkesan.

    Keadaan menjadi lebih teruk apabila, kopi tersebut mempunyai campuran seperti krimer yang boleh meningkatkan lagi paras gula dalam darah.
     
    Untuk mengatasi masalah ini, seseorang penghidap kencing manis dinasihatkan untuk mengambil kopi yang mengandungi kandungan kafein yang rendah atau ‘decaffeinated coffee’. Kopi yang rendah kafein masih dapat mengekalkan rasa segar kopi.

    Selain itu, pesakit kencing manis juga dinasihatkan untuk tidak mengambil kopi campuran atau lebih dikenali sebagai kopi ‘3-in-1’ kerana ia mengandungi campuran gula dan krimer yang mampu meningkatkan paras
    gula darah dengan tinggi dan cepat.

    Pilihan Kafein Terbaik

    Para pesakit kencing manis masih dapat menikmati rasa minuman berkafein yang hebat. Cuma mereka haruslah bijak untuk memilih jenis kafein yang sesuai untuk mereka. Justeru itu pastikan anda ambil kafein yang betul.

    Semulajadi

    Pastikan anda ambil kafein yang disediakan secara semulajadi. Semulajadi ini bermaksud daripada proses penanaman sehingga penyediaan akhirnya adalah tidak melibatkan penggunaan racun yang berbahaya kepada tubuh. Senang cerita ambil yang ditanam secara organik.

    Selamat

    Pastikan kafein yang anda ambil pada dos yang betul, tidak berlebihan dan selamat tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya. Elakkan pengambilan kafein yang diproses 3 in 1 dan sebagainya yang berlambak di pasaran, sebabnya ia terlalu banyak mengandungi gula dan bahan tambahan yang tidak diketahui keselamatannya.

    Berkesan

    Pastikan kafein yang diambil telah diuji dan dikaji keberkesanannya. Kita ambil kafein bukan hanya untuk suka-suka minum, sebaliknya mesti bertujuan untuk kesihatan juga.

    TAPI INGAT YER !!!!!!
    MINUM KOPI ATAU NESCAFE JANGAN TAMBAH GULA.

    Saya ambil Cinch Tea seperti dalam gambar ini. Buat panas atau sejuk memang sedap dan menyihatkan. Cubalah. 




    Cinch Tea menggantikan kopi, teh dan milo. Sedap jugak yang penting berkhasiat

    Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
    Atau     

    Hubungi saya untuk pembelian dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak  untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-

    SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990 
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com   
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/        

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    Bahayanya Masalah Telinga Berdesing Dan Tips Mengatasinya



    Tinnitus adalah satu keadaan di mana seseorang itu akan mengalami bunyi desingan di dalam telinga. Ia boleh berlaku di kedua-dua belah atau sebelah telinga sahaja. Tinnitus boleh mengganggu aktiviti harian anda seperti mengganggu tidur dan emosi. Jika tidak dirawat, bunyi desingan berkemungkinan menjadi lebih kuat pada masa akan datang dan boleh mengganggu pendengaran anda.

    Punca-punca berlakunya tinnitus adalah: 

    • faktor usia yang menyebabkan pendengaran menjadi kurang 
    • terdedah kepada bunyi bising pada jangka masa lama seperti mereka yang bekerja dengan mesin yang bising 
    • telinga tersumbat disebabkan oleh wax 
    • perubahan pada tulang dalaman telinga (otosclerosis) 
    • penyakit Meniere's disease 
    • ketidaknormalan sendi tulang rahang 
    • pernah mengalami kecederaan di kepala 
    • ketumbuhan pada saraf otak 
    • tekanan darah tinggi 
    • pembentukan plak atherosklerosis pada pembuluh darah yang berdekatan dengan telinga 
    • kecacatan salur darah kapilari di dalam otak (arteriovenous malformation) 
    • pengambilan ubat-ubat
      tertentu untuk jangka masa lama seperti aspirin, antibiotik (polymycin B, erythromycin, neomycin dan
      vancomycin), ubat kemoterapi, diuretik, ubat rawatan kemurungan dan
      quinine

    Tanda-tanda berlakunya tinnitus

    • pendengaran menjadi kurang
    • sakit kepala
    • pening kepala (vertigo)

    Tips untuk atasi masalah Tinnitus

    1. Kurangkan pendedahan kepada bunyi yang bising

    Sekiranya anda mudah terdedah kepada bunyi bising seperti bekerja dengan mesin yang bising, dapatkan alat penyumbat telinga seperti plak telinga. Ia dapat membantu untuk menapis bunyi yang berfrekuensi tinggi daripada masuk ke dalam telinga. Plak telinga biasanya dijual di kedai-kedai farmasi

           2. Hentikan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan tinnitus

    Sekiranya anda sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat yang mempunyai kesan sampingan untuk menyebabkan telinga berdesing, bincang dengan doktor peribadi anda untuk mengatasi masalah ini.

           3. Alihkan perhatian anda daripada bunyi desingan telinga

    Kaedah ini sangat berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah untuk tidur disebabkan oleh tinnitus. Menurut Prof. Dr Vernon daripada Jabatan Otolaryngologi di University of Health Science Oregon,
    mengalihkan perhatian daripada bunyi desingan dapat dilakukan dengan mendengar bunyi-bunyi tertentu. 
    Antara bunyi yang disyorkan oleh beliau ialah bunyi desiran ombak, bunyi kipas berputar, bunyi paip hujan dan bunyi persekitaran yang boleh menenangkan fikiran. Ia dapat dilakukan dengan merakam bunyi-bunyi tersebut dengan menggunakan pita perakam.

            4. Berhentikan tabiat merokok.

    Nikotin boleh melambatkan pengaliran darah ke dalam telinga dan menyebabkan berlakunya tinnitus.

            5. Berhenti daripada mengambil minuman keras dan berkafein.

    Alkohol dan kafein boleh menguatkan bunyi tinnitus. Namun saintis masih tidak dapat mengaitkan secara jelas bagaimana ianya berlaku.Secara teori, alkohol dan kafein boleh mengurangkan pengaliran darah ke otak dan telinga, dan ini boleh mewujudkan bunyi desingan di dalam telinga.

            6. Melakukan kaedah pernafasan.

    Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof Dr Robert E. Brummett daripada Oregon Hearing Research Centre, tinnitus boleh disebabkan oleh kekurangan pengaliran oksigen ke telinga dan tekanan emosi. Beliau mendapati kaedah menarik nafas secara dalam dan perlahan-lahan dan diikuti dengan menghembusnya secara perlahan-lahan di tempat yang berangin (seperti di bawah pokok) dapat mengurangkan bunyi desingan tinnitus.

    Rawatan tinnitus atau telinga berdesing

    Terdapat 2 jenis ikhtiar yang boleh dilakukan bagi merawat masalah tinnitus.
    1. merawat menggunakan ubat
    2. rawatan tanpa ubat

    Rawatan menggunakan ubat

    Ubat yang paling biasa diberikan oleh doktor kepada pesakit tinnitus adalah betahistine atau nama lainnya Betaserc. Sesetengah pesakit mengalami kesan sampingan seperti pening kepala apabila mengambil betahistine. Maklumkan kepada doktor kalau dapat kesan sampingan sebegini.

    Rawatan tanpa ubat

    Orang yang mempunyai masalah tinnitus, biasanya susah nak tido. Sebab dalam keadaan senyap, bunyi desingan dalam kepala tu sangat obvious. Jadi, mereka disarankan untuk memasang bunyi yang perlahan seperti muzik atau alunan zikir/ayat Al-Quran. Jadi pesakit akan fokus terhadap bunyi dari lain bukan bunyi desingan tersebut.

    Satu lagi rawatan tanpa ubat yang paling popular adalah dengan mengamalkan supplement yang mengandungi resveratrol seperti Vivix Shaklee.  Di bawah ini merupakan seorang pesakit vertigo + tinnitus yang mengamalkan Vivix. Alhamdulillah. Sangat berkesan untuk dirinya. Dan yang paling penting tiada kesan sampingan yang tidak diingini kerana Vivix Shaklee 100% diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi.

    vivix for tinnitus

    Kajian yang menunjukkan komponen resveratrol digunakan untuk merawat tinnitus. Untuk pengetahuan semua, resveratrol adalah komponen yang terdapat di dalam Vivix.



    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
    Atau
     
    Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma, penjimatan dengan harga Ahli serta konsaltansi Secara Percuma.

    Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya :
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

    Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

    Sunday, September 25, 2016

    Bahaya Suami Merokok Kepada Ibu Hamil Dan Kandungan


    Seringkali wanita mengandung dinasihatkan agar tidak merokok kerana boleh membahayakan kandungan. Tapi sebenarnya kesedaran ini TIDAK sepatutnya ditujukan kepada wanita mengandung saja. Bagaimana sekiranya Suami sendiri merokok, di tambah lagi dengan saudara-mara, rakan-rakan. Mereka ini juga perlu diberi kesedaran bahaya rokok dan segala-galanya yang berkaitan dengan rokok kepada wanita mengandung.

    Kajian megatakan, tidak merokok semata-mata adalah tidak cukup untuk kesihatan ibu dan bayi. Perokok kedua (second hand smoker) boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi lebih teruk dari perokok itu sendiri.

    Bagaimana Asap Rokok Boleh Menjejaskan Kandungan 

    KESAN 1: Kelahiran Bayi Yang Kurang Berat Badan 20 – 30% , Kelahiran Bayi Tidak Cukup Bulan, Kematian Janin Dalam Kandungan, Keguguran Janin

    Kandungan nikotin dan karbon monoksida ini boleh mengurangkan bekalan oksigen yang mencukupi kepada bayi. Nikotin yang terkandung di dalam asap rokok boleh menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida. Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara tak langsung ia akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.

    KESAN 2: Komplikasi Pernafasan Disebabkan Tumbesaran Janin Terencat – 30% Lebih Tinggi

    Selain itu, perkembangan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Ia menyebabkan perkembangan bayi yang tak sempurna dan saiz bayi menjadi terlalu kecil. Paru-paru bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika di awal kelahiran. Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan tanpa menggunakan bantuan, berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti asthma atau Sindrom Kematian Secara Mengejut (SIDS).

    KESAN 3: Jantung Bayi Berlubang

    Meningkatkan risiko bayi untuk dapat jantung berlubang. Menghalang aliran keluar saluran ventrikal dan menyebabkan kecacatan septal atrial.

    KESAN 4: Kesan Sistem Saraf Pusat (CNS Effect)

    Kesan sepanjang hayat pada otak bayi. Gangguan pembelajaran, masalah tingkah laku dan IQ yang rendah. Hyper aktif dan sukar menumpukan perhatian.

    Kesan Selepas Anak Dilahirkan

    Bukan sahaja semasa dalam kandungan bayi akan mengalami pelbagai masalah, malah setelah dilahirkan juga akan mengalami beberapa masalah yang sepatutnya boleh kita elak. Sedih bukan?
    Jika ada orang tersayang yang merokok, mintalah mereka untuk tidak merokok di depan anda atau kalau suami berbuat demikian mungkin boleh memintanya berhenti demi yang tersayang.

    Apa Yang Boleh Kita Buat?


    Jika anda seorang perokok:
    • Ambil langkah untuk berhenti merokok kerana ia memberi kesan buruk kepada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang.
    • Pastikan anda tidak merokok di tempat-tempat dilarang merokok. Sekiranya disabitkan kesalahan, anda boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
    • Jika anda ingin berhenti merokok, dapatkan bantuan daripada Klinik Berhenti Merokok yang terdekat.
    Jika anda bukan seorang perokok:
    • Suarakan hak anda untuk bebas dari asap rokok.
    • Katakan jangan merokok berdekatan anda.
    • Bantah dengan baik apabila orang lain merokok di hadapan anda.
    • Beritahu orang lain bahawa anda tidak suka asap rokok.
    • Beritahu orang lain tentang kawasan larangan merokok.
    • Beritahu orang lain tentang bahaya merokok.
    Anda Mampu Mengubahnya!
    Jom kita tengok video ni.

    Seorang perokok tegar sejak berusia 14 tahun, tahu padah merokok dan berusaha pelbagai cara untuk berhenti daripada merokok. Rupanya tak sesukar yang kita bayangkan!
     
    Dah ikhtiar bermacam cara, tak berhasil juga. Tapi lepas ambil Vivix Shaklee ni cepat dan mudah je boleh berhenti merokok. Salute la brader!

    Suami Anda Seorang perokok???

    Kalau suami anda perokok, dan anda geram dengan janji-janji manis dia yang konon nak berhenti merokok, tapi janji tinggal janji, anda mungkin nak belikan sebotol Vivix buat suami anda.

    Vivix ni dia ada resveratoral yang bersifat untuk membuang ketagihan pada rokok tu sendiri.
    berhenti merokok mendadak

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
    Atau
     
    Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma, penjimatan dengan harga Ahli serta konsaltansi Secara Percuma.

    Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya :
    SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

    Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

    Saturday, September 24, 2016

    Kafein Penyebab Darah Tinggi?

    Disebalik nikmatnya kopi dan kesan kafein 


    Ramai pelajar apabila bakal menghadapi peperiksaan, mereka akan mengulangkaji pelajaran hingga larut malam berbekalkan sekole kopi. Adakah anda mengetahui apakah yang telah membuatkan anda segar dan dapat berjaga hingga ke pagi? Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Jika anda seorang peminat minuman berkafein, fakta ini mungkin akan meranjatkan anda.

    Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

    Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

    Kafein boleh ditemui dalam :
    • biji kopi (Coffea Arabica) , 
    • daun teh (Theasinensis)
    • biji koko (Theobrama cacao)
    • digunakan terutamanya dalam minuman ringan seperti minuman berkarbonat kola yang lebih buruknya kandungan gulanya juga tinggi
    • digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.  

    Kesan Pengambilan Kafein

    Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

    Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

    Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

    Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

    Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

    Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

    Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

    Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

    Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

    Kesan jangka panjang

    Ulser

    Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.

    Masalah Jantung

    Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

    Ketagih

    Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

    Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

    Jenis Makanan & Minuman
    Kandungan Kafein (mg)
    Dos
    Kopi Tapis/Saring
    100 – 150
    satu  cawan
    Kopi Segera
    50 – 70
    satu  cawan
    Teh
    30 – 90
    satu  cawan
    Teh Uncang
    65
    satu  cawan
    Kopi Nyah Kafein
    1 – 6
    satu  cawan
    Minuman Kola
    72
    360g
    Soda Oren Sunkist
    42
    360g
    Minuman Coklat Panas
    5
    satu  cawan
    Kek Coklat
    20 – 30
    satu  potong
    Ubat-ubatan


    Ubat Migrain
    100 mg/dos

    Analgesik
    15 - 40 mg/dos

    Batuk/Selsema
    15 – 125 mg/dos

    * maklumat diatas diperolehi dari www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

    Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
     
    SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

    Friday, September 23, 2016

    Mengatasi Virus Zika Secara Semulajadi

    Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Virus Zika

    virus zika di malaysia

    Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau ‘mikrosefali’ sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

    Virus Zika di Asia pertamanya dikesan di Singapura, memang ramai dah jangka kes Zika akan turut terjadi di Malaysia sebab pergerakan rakyat dari kedua-dua negara ini.

    Namun, yang lebih mengejutkan ialah apabila terdapat penyebaran virus dalam kawasan kita sendiri. Maksudnya bukan dapat dari luar negara pun, bila seorang lelaki dari Sabah dikatakan tak pernah keluar dari Malaysia pun. Lelaki tersebut juga adalah penghidap pelbagai penyakit kronik. Yang mana kita tahu penghidap penyakit kronik mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit.

    Info Virus Zika

    Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
    1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
    2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
    3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
    4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
    5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
    6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

    Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

    Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
    1. Sakit kepala
    2. Ruam pada kulit
    3. Sakit sendi
    4. Mata kemerahan
    Kadang-kadang mungkin tak perasan pun kita kena jangkit virus Zika tapi tiba-tiba dah sihat. Jarang sangat orang sihat perlukan rawatan lanjut dan jarang sangat perlu masuk wad. Tapi, keadaan berbeza kepada wanita hamil dan orang yang mempunyai sistem pertahanan diri yang rendah.

    Zika boleh disahkan melalui ujian darah. Tapi, tak ada rawatan yang khusus untuk Zika simptomnya mungkin ringan sahaja, sampai kita pun tak perasan dijangkiti Zika. Cuma, mungkin orang yang baru balik dari negara-negara yang ada kes Zika, adalah perlu untuk melakukan pemeriksaan darah bagi memastikannya, terutamanya orang yang dah berkahwin sebab Zika boleh disebarkan melalui hubungan seks.

    Kesan Virus Zika


    Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

    Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.



     

    Rawatan Jangkitan Zika

    Setakat ini, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk jangkitan Zika. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Elakkan diri daripada digigit nyamuk. Pastikan tak ada bekas-bekas yang boleh membiakkan nyamuk di kawasan rumah, boleh guna kelambu, baju lengan panjang atau penghalau nyamuk.

    Jika disahkan menghidap Zika atau anda rasa badan tak sihat, boleh lakukan perkara berikut:
    1. Rehat secukupnya
    2. Minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi 
    3. Ambil panadol dan paracetamol untuk kurangkan demam jika perlu. 
    4. Jauhi ubat-ubat anti-radang dari kumpulan NSAIDS – aspirin, ponstan atau ibuprofen sehinggalah anda disahkan bukan dijangkiti denggi. Sebab ubat-ubat diatas boleh menyebabkan pendarahan dalam denggi. 
    5. Elakkan melakukan hubungan seks dalam 4-6 minggu atau gunakan protection. Kajian kata virus Zika boleh bertahan dalam badan lelaki selama 6 bulan. Kalau positif Zika, sebaiknya elakkan hubungan seks selama 6 bulan ya.

    Bagaimana virus Zika boleh mati dalam badan?

    Bila dijangkiti virus Zika, atau apa-apa virus sekali pun, yang menjadi masalah ialah virus perlukan perumah untuk membiak. Jadi, dia akan jangkiti mana-mana sel dalam badan untuk terus hidup.

    Pernah terfikir tak macammana seseorang boleh sihat selepas dijangkiti virus walaupun tiada ubat khusus untuk membunuh virus tersebut. Inilah kehebatan sistem pertahanan badan yang Allah ciptakan kepada manusia. Sistem pertahanan badan manusia terbahagi kepada sistem umum dan khusus.Yang khusus adalah adalah bentuk sel, kebanyakannya sel darah putih dan juga sistem imun humoral yang terdiri daripada antibodi.

    Pada kebanyakan masa dalam kes virus, antibodi yang memainkan peranan penting kerana sel-sel pertahanan badan mungkin juga telah dijangkiti oleh virus dan bertukar menjadi musuh.

    Nutriferon, Salah Satu Usaha Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh


    Nutriferon ni, adalah salah 1 produk Shaklee yang membantu untuk meningkatkan kekebalan sistem pertahanan badan. Memang tak ada kajian mengatakan dia bertindak secara khusus untuk melindungi badan daripada virus denggi atau zika ataupun merawat jangkitan tersebut, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon sebagai usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh:
    1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia – campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan Nutriferon memberi khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun daripada keempat-empat ekstrak tumbuhan dalam Nutriferon.
    2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun badan dan merupakan salah satu komponen sistem imun humoral.Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Melalui teknologi perubatan, interferon dihasilkan dalam makmal dan digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser. Tapi, harganya sangatlah mahal. Nutriferon pula merupakan satu-satunya makanan tambahan di US yang dicipta oleh orang yang menemui inteferon dan Nutriferon boleh meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan.
    3. Dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasuhiko Kojima yang merupakan ahli imunologi yang terkenal merupakan individu yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
    4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set-set ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Nutriferon tidak boleh ditemui di mana-mana kedai tapi hanya boleh didapatkan daripada Shaklee.
    5. Dikaji selama 40 tahun sebelum dipasarkan. Sebelum menemui sebatian yang sesuai untuk menghasilkan Nutriferon, Dr Kojima telah menggunakan berjuta-juta sebatian sebelum menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi dalam badan.
    6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine – mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.
    Selain ikhtiar untuk tingkatkan imun badan, Shaklee juga ada produk untuk elakkan gigitan nyamuk, mosquito repellant gitu. Yang penting selamat dan tiada bahan kimia.

    Semua ini adalah salah 1 usaha kita untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit ini. Terutamanya penghidap penyakit kronik yang sistem imun lebih rendah dan juga ibu mengandung.

    Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
     
    SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/