Sunday, June 26, 2016

Hidung Berdarah Tiba-tiba? Ketahui Punca dan Penyelesaiannya.



Hidung berdarah sering kali terjadi pada kanak-kanak. Namun ia juga boleh terjadi pada remaja dan orang dewasa. Hidung berdarah berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Hidung berdarah boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengenal usia. Ketahui sebab-sebab hidung berdarah, rawatan serta langkah penjagaan kesihatan awal untuk mengelakkan hidung berdarah berulang.  

Kenapa hidung berdarah tiba-tiba?

Dalam hidung, terdapat permukaan yang dilapisi mukosa. Mukosa ialah lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti salur pernafasan supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mengandungi banyak salur darah yang sensitif. Membran mukosa juga mudah luka jika tercucuk sesuatu seperti kuku.

Kawasan yang mudah terjadi pendarahan ialah dibahagian hadapan nostril iaitu lubang hidung. Ia adalah kawasan yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali. Apabila terdapat jangkitan kuman di kawasan tersebut atau mengalami trauma hentakan di muka, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.

Apa punca hidung berdarah? 

Terdapat faktor luaran dan dalaman hidung berdarah.

1. Faktor luaran
  • Terhantuk 
  • Perubahan suhu dan cuaca yang ketara
  •  Kurang minum air putih 
  • Kurang pengambilan Vitamin C / buah yang mengandungi kandungan Vitamin C 
  • Habuk dan pencemaran 
  • Asap rokok 
  • Ubat-ubatan - aspirin / herba tradisional
2. Faktor dalaman
  • sinus / selsema / inflamasi pada hidung 
  • Darah tinggi 
  • Leukemia 
  • Kanser 
  • Kekurangan Vitamin K - penyakit genatik mudah berdarah. 
  • Penyakit hati
Jangan panik kerana hidung berdarah terjadi adalah perkara yang normal. Kecuali anda mengalami kanser, leukemia dan penyakit serius. Biasa penyakit serius diiringi simpton yang lain juga.

Cara Menghentikan Hidung Berdarah, Ingat Jangan Panik!  

  1. Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka. 
  2. Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut).  
  3. Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti. Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.  
  4. Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi. Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti  
  5. Jangan picit atau menghembus hidung (tenangkan anak anda jangan menggelupur atau menangis keterlaluan) 
  6. Jangan kesat atau korek darah beku di dalam rongga hidung.  
  7. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual. 
  8. Jangan membeban atau membongkokkan badan untuk mengangkat sesuatu yang berat 
  9. Jangan tunduk atau meletakkan kepala di bawah paras jantung untuk jangka masa yang lama.  
  10. Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)  
  11. Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari.
Sebaiknya, situasi ini anda lakukan dalam bilik air supaya darah yang terkeluar senang nak dibersihkan. Selepas itu, mandikan terus anak anda supaya badan kembali sejuk dan memberi ketenangan buat anak anda.

JUMPALAH DOKTOR JIKA;

  1. Hidung masih berdarah dan tidak mahu berhenti atau telah berhenti tetapi datang semula 
  2. Pendarahan semakin cepat atau terlalu banyak darah yang keluar  
  3. Jika anda terasa letih atau pitam kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak  
  4. Darah mula mengalir melalui bahagian belakang tekak dan tidak dari bahagian depan hidung. 
  5. Langkah seterusnya yang dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit serta melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya. Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi jika perlu.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelak hidung berdarah?  

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda cuba:
  • Jangan biarkan hidung anak anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anak anda.Berlembutlah dengan hidung!
  • Jangan korek hidung, hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah.
  • Sentiasa awasi anak agar tidak memasukkan bendasing dalam rongga hidung mereka.
  • Minum lebih air untuk mengelakkan kesemua tisu badan anda termasuk membran mukus daripada menjadi ternyahhidrat. Beri anak minum performance drink untuk elak terhidrasi.

Supplement Yang Sesuai Untuk Atasi Hidung Yang Sering Berdarah

Hidung berdarah menandakan anda memerlukan pengambilan Vitamin C, Performance Drink dan Nutriferon.
 
  1. Vitamin C - Menolong mengukuhkan kapilari dan dinding sel 
  2. Nutriferon - mempertingkatkan sistem imun 
  3. Performance Drink - mengelakkan dihidrasi yang boleh menyebabkan hidung berdarah
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Sunday, June 19, 2016

Rawatan Alternatif Kanser Kelenjar dengan VIVIX

Kanser antara penyakit yang sangat menakutkan dan membimbangkan semua orang. Rata-rata yang menghidapi penyakit ini tidak merasai kesakitan yang teruk dan tidak sesekali menyangka ia adalah kanser. Tapi bila kesakitan makin kerap dan berterusan dan didiagnosis sudah pun masuk stage 3 dan 4.

Vivix memberi harapan kepada pesakit kanser

Alhamdulillah pesakit kanser yang telah mencuba vivix mendapat kesan baik yang positif dan alhamdulillah dapat membantu mengatasinya dan memberi kekuatan dan tenaga.

TESTIMONI pengalaman penghidap kanser kelenjar TAHAP 3

Perkongsian oleh Puan Su Suria Sally di FB nya..

Alhamdulillah kanser kelenjar tahap 3 yang dihadapi oleh suaminya hampir pulih sepenuhnya dengan ikhtiar vivix. Kini suami beliau hanya perlu pemantauan doktor 2 bulan sekali dan sudah mula boleh berjogging.


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..semua dengan izinNya. Kita usaha terbaik insyaallah Allah akan sembuhkan

Bagaimana Vivix membantu pesakit kanser?

Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang. 
 
Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada empat ekstrak botani iaitu:
 
Anggur muscadine
Lobak ungu
Elderberry Eropah (Sambucus Niagra)
Polygonum Cuspidatum

Anggur muscadine ramuan utama dalam VIVIX

Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada October 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.
 
 credit

Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
 
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Share:

Friday, June 17, 2016

Checklist Barang Keperluan Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin Ke Hospital


Apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu, seelokknya ibu yang hamil membuat satu checklist barang sebelum bersalin, iaitu satu senarai persiapan barang-barang yang perlu dibawa ke hospital.

Ini bertujuan supaya ibu dapat menyambut kelahiran bayi dalam keadaan yang benar-benar bersedia.

Sekiranya buat minggu-minggu akhir kehamilan, bimbang nanti kalau-kalau bayi tak sabar nak keluar, awal dari tarikh jangkaan, mungkin ada barang-barang yang tertinggal kerana panik!

Mula-mula, ibu perlu asingkan checklist barang sebelum bersalin ini kepada 2 kategori, iaitu barang keperluan ibu dan barang keperluan bayi.

Barang Keperluan Ibu


1. Tuala mandi dan kain batik – Sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan.

2. Keperluan mandi – berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya.

3. Penjagaan diri – bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya.

4. 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital – Semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital jer.

5. 1 pasang Stokin tebal – Boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk. Selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti.

6. 1 plastik berwarna hitam (kecil) – untuk letak uri.

7. 1 plastik besar – untuk letak kain kotor.

8. Minyak selusuh – saya guna minyak kelapa dara dari jenama Tropika. Wangi dan selesa, ada perisa asli atau blackcurrant.

9. Air zam-zam dan buah kurma Ajwa – Untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik (belah mulut) bayi. Biasanya suami akan tahnik bayi semasa dalam labour room lagi, sebaik bayi keluar dan sebelum menyusu kali pertama.

10. Bengkung moden – Supaya perut ibu sentiasa terjaga. Ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu. Guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad. Bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.

11. Tungku elektrik – Bagus untuk digunakan sekiranya ibu berada lama di hospital selepas bersalin.

12. 1 pack tuala wanita maternity (khas untuk wanita selepas bersalin) – Saya lebih selesa guna tuala wanita jenis pakai basuh berbanding pakai buang.

13. Pakaian dalam wanita – Bra menyusu dan panties (seluar dalam) biasa yang bukan untuk ibu mengandung. Untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties (seluar dalam pakai buang).

14. Buku laporan mengandung – pihak hospital perlukan untuk rujukan. Jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah.

15. Set bersalin Shaklee – Set ini boleh diambil segera, sebaik sahaja selepas bersalin.

Untuk tambahan, ibu digalakkan mengambil Nutriferon sebagai ganti ubat tahan sakit seperti ponstant atau paracetamol yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Ia bertujuan mengelakkan kesan ‘panas’ kepada bayi yang menyusu susu ibu, yang boleh mengakibatkan cirit birit dan tahi hijau, yang terhasil daripada kesan ubat penahan sakit selepas bersalin yang diambil oleh ibu.

Barang Keperluan Bayi


1. 2 helai tuala mandi bayi.

2. 2 helai kain bedung / selimut bayi.

3. 2 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi.

4. 2 pasang baju lengan panjang dengan seluar panjang bayi.

5. 4 hingga 5 keping lampin pakai buang/pakai basuh. Standby satu pek lampin pakai buang (atau lebih banyak lampin pakai basuh) dalam kereta, kalau-kalau diperlukan nanti.
Keperluan Bayi Ke Labour Room

1. 1 helai baju lengan panjang sahaja (tanpa seluar).

2. 1 helai tuala bayi.

3. 1 helai kain bedung / selimut bayi.

4. 1 pasang sarung tangan dan sarung kaki bayi.

5. 1 lampin pakai buang/pakai basuh.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang ingin membuat checklist barang sebelum bersalin.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-   

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah dengan SHAKLEE
Share:

Wednesday, June 15, 2016

Kencing Tak Lawas Dan Cara Mengatasinya

   
Antara perkara yang membuatkan ramai antara kita STRESS, iaitu ketika mengalami keadaan kencing tak lawas. Serba serbi tak kena waktu tu, kejap kan ke toilet, tapi tak keluar pun air kencing. Belum sampai lima minit terasa macam nak sangat dah terkencing tapi bila masuk toilet beberapa titik jer keluar.

Kencing tak lawas ini bukan dikategorikan sebagai penyakit, tetapi lebih kepada petanda atau symptom atau gejala penyakit yang lebih serius terutama untuk kaum Adam.

Ada lima keadaan yang dipanggil kencing tak lawas 
  • Air kencing keluar sendiri biarpun kita tidak terasa ingin kencing
  • Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita berkeinginan untuk kencing, puas meneran tapi keluarnya terlalu sedikit
  •  Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita sudah menanggung kesakitan untuk kencing
  •  Air kencing terlalu banyak biarpun baru sejam membuang air kencing
  • Rasa sakit ketika membuang air kencing, tetapi dalam masa yang sama rasa tidak puas menghabiskan air kencing
Kita perlu kenal pasti dulu punca utama kenapa kita mengalami keadaan ini, supaya keadaan ini tidak berulang di lain hari. Selalu kita dengar kan, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Lima Punca Utama Kencing Tak Lawas:-

1. Kurang Minum Air

Bukan teh tarik mamak tau, kita kurang minum air masak atau air kosong.  Memang ada keadaan kita terlupa nak minum terutama waktu sibuk dengan meeting sana sini, dengan kerja yang tak pernah nak habis, lagi satu bila banyak minum banyak kali kena ke tandas, bab ni memang ramai antara kita yang kurang RAJIN.

2. Tahan Kencing

Ini selalu juga kita buat, kalau dok leka buat sesuatu kerja sanggup tahan-tahan kencing atas sebab nak sudahkan dulu kerja baru nak pergi tandas, apatah lagi kalau tandas jauh dari tempat duduk. Berat je bontot nak bangun kan. No... no.. jangan dok tahan kencing lagi.

3. Kebersihan Alat Sulit

Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Kaum wanita terutamanya, alat sulit kita lebih sensitive, perlu di elakkan memegang dengan tangan yang kotor. Penggunaan pencuci alat sulit yang sesuai juga boleh membantu.

4. Penuaan 

Ini merupakan masalah common pada BMW 3series, 4series dan seterusnya. Kalau break pad kereta pun boleh haus, nikan pula manusia. Kan?

5. Kencing manis ( diabetes )

Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi.

Cara Mengatasinya - Petua Lama 

Kalau dah terkena, atau tengah mengalaminya sekarang  kita boleh pakat cuba petua ni, petua tradisional dan cara moden, terpulang kepada pilihan kita, mudah-mudahan membantu.

1. Daun Sirih

Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.  Air rebusan sirih juga boleh dijadikan air basuhan alat sulit terutama untuk kaum wanita yang mengalami masalah keputihan.  

2. Air Barli

Image result for punca kencing tak lawas 
Rebus sedikit barli hingga kembang, dan minum airnya. Jika perlu boleh ditambah gula. Air barli ini InshaAllah boleh membantu kita mengurangkan rasa sakit dan jika diamalkan selalu bagus untuk penyejukan badan.

3. Air Basuhan Beras Terakhir

Simpankan segelas air basuhan beras, dan minum selepas kita selesai makan tengah hari. Boleh amalkan setiap hari sehingga masalah kencing tidak lawas kita sembuh. Tapi pastikan air yang kita gunakan itu air bertapis, bagi mengelak penyakit yang lain pula.

4. Jus Nenas

Nenas yang dimaksudkan di sini ialah nenas muda, hiris nipis. Kisar dua keping hirisan nenas tadi dengan segelas air masak. Tapis airnya dan boleh terus di minum.

Supplemen Shaklee Membantu Atasi Masalah Kencing Tak Lawas

1. Garlic Complex

Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang dapat membantu dalam masalah jangkitan kuman dan sebagainya.

2. Alfalfa Complex

Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.

3. Peppermint Ginger Plus

Bagus untuk system penghadaman yang sihat kerana kandungan pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang mana dapat memberi rasa nyaman dan melegakan. Part yang paling best, boleh cairkan dalam tea o..ala-ala tea halia gitu.Mabeles!

Peppermint juga bagus untuk yang selalu kembung perut. Juga sesuai untuk ibu-ibu hamil yang sering loya-loya tu, penghidap gastrik yang selalu pedih ulu hati. Pendek kata memang bermanfaat untuk seisi keluarga

Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

  1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi. 
  2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein 
  3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing 
  4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence. 
  5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    
Share:

Monday, June 13, 2016

Persediaan Set Berpantang dan Penyusuan Ibu Bagi Bayi G6PD

 

Baru-baru ini sepupu saya melahirkan anak sulongnya dan anaknya menghidapi penyakit G6PD deficiency. Sepupu saya telah membeli set berpantang berasaskan jamu akibatnya ibu ini takut untuk mengambilnya bimbang memberi kesan kepada bayinya. 

Memang agak susah nak memilih set berpantang yang terbaik sebab kebanyakan yang ada dipasaran berunsurkan jamu. Jadi, saya cadangkan ibu mengantikan jamu atau herba dengan set berpantang yang berunsurkan vitamin atau makanan tambahan.

Maka hari ini saya nak share serba sedikit mengenai Set Berpantang Dan Set Penyusuan Shaklee yang sesuai untuk bayi yang menghadapi masalah G6PD.

APA ITU G6PD Deficiency?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah : 

SET BERPANTANG DAN PENYUSUAN BAYI G6PD


 
VITA LEA- MULTIVITAMIN
  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh. 
B COMPLEX
  • B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
  • Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
  • Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
  • Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
VITA C
  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.
OSTEMATRIK
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
  • Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
  • Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.
ZINK
  • Membantu proses pemulihan dan baiki luka dalam selepas bersalin. 
  • Pengambilan zink bAgI ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
  • Selain itu, mengurangkan masalah rambut gugur dan 
  • Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin
TANDA-TANDA APABILA ANAK TERSALAH MAKAN ATAU AMBIL UBAT?
  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat.
  • Letih lesu dan tidak bermaya
  • Demam dan pucat.
Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.

Untuk mendapatkan Set Berpantang dan Penyusuan Bayi G6PD ini,, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Apa itu G6PD Dan Kesannya Kepada Bayi Anda

Pertama kali saya mengetahui mengenai G6PD adalah ketika menjadi pengedar Shaklee. Seriously sebelum tu tak pernah pun dengar atau tahu apa itu G6PD. Masalah G6PD timbul apabila si ibu perlukan supplement untuk membantu penyusuan dan perlu elakkan supplement yang boleh memberi masalah kepada bayi G6PD.


Apa itu G6PD?

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia adalah penyakit genetik dan kebiasannya berlaku pada lelaki. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD, ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis. 
Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dan lebih cepat daripada badan boleh menggantikannya.
Sel darah merah yang pecah akibat kekurangan enzim G6PD
Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD. Penyakit kekurangan G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit. Penyakit ini tiada penawarnya. Langkah terbaik adalah menghindari makanan dan ubatan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Penyakit G6PD ni tak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tapi ianya diwarisi secara genetik. Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X. Perhatikan gambarajah di bawah untuk lebih senang faham bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi. 

Punca G6PD

Gejala atau simptom G6PD

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat 
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)  
  • pening  
  • degupan jantung yang laju  
  • sukar bernafas  
  • sakit dada

    Jaundis pada kanak kanak G6PD akibat kacang parang
    Akibat daripada hemolisis
    • jaundis (kekuningan) - boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
    Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera. Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak

    Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

    Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

    Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

    Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

    Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

    Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan

    Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis


    Ingin mengetahui Pemilihan Set Berpantang Dan Penyusuan Yang Sesuai Untuk Bayi G6PD anda boleh rujuk dalam Entri INI

    Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
    SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     

    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

    Share:

    Thursday, June 9, 2016

    Tepung Ajaib Bantu Rawat Kencing Manis Masa Mengandung

    TESTIMONI MEI 2016 (MUSIM KEDUA) 
    Oleh:ZETI HAFIZA ZAKARIA

    KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

    Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
    GDM shaklee

    Selera Makan Meningkat Tiba-Tiba

    Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 

    Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 

    Jumpa Pakar GDM

    Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?

    Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil. 

    Paras Gula Normal

    Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin. 

    Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.

    Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.

    Untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
    Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
    Atau 
    Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
    Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     
    SMS/whatapps: 013-4505852 
    Share:

    Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

      Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

    Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

    VIVIX The Best Antiaging

    Search This Blog

    Powered by Blogger.

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Free Auto Malaysia Backlinks
    My Ping in TotalPing.com

    Labels

    Blog Archive