Showing posts with label kanser servik. Show all posts
Showing posts with label kanser servik. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Ujian Pap Smear Mampu Kesan Kanser Pangkal Rahim

Selepas kanser payudara, kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser kedua yang menyebabkan kematian paling tinggi bagi wanita. Ianya memang fakta yang menakutkan bagi wanita. Namun pemeriksaan awal melalui Pap Smear mampu menyelamatkan nyawa wanita apabila kanser ini dapat dikesan di peringkat awal.

Namun ramai juga wanita yang menolak untuk melakukan pap smear ini. Antara alasan yang sering diberikan adalah malu dan malas untuk melakukan ujian ini.

Dalam ujian ini, sedikit tisu akan diambil dari pangkal serviks. Sample ini akan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang tidak normal dan berpotensi menjadi kanser. Ujian secara berkala dapat mengesan sel kanser dan rawatan awal boleh diberikan. Peluang pesakit untuk sembuh juga adalah lebih cerah. Sebaliknya jika berada pada tahap yang kritikal, pembedahan untuk membuang rahim wanita perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya.  

Bilakah seseorang wanita itu harus melalukan ujian Pap Smear?

Adalah disarankan wanita yang telah berkahwin , pernah melahirkan anak dan wanita yang pernah melakukan hubungan sex menjalani ujian ini bagi mengesan sebarang keabnormalan pada sel servik. Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun dan sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali

Waktu yang sesuai untuk menjalankan ujian ini adalah pada hari ke-10 kitaran haid dan ianya tidak boleh dikakukan semasa anda didatangi haid. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.

Pentingnya Pap Smear Kepada Wanita

Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.

Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.

Kenali Kanser Serviks

Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi pada bahagian serviks. Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) yang menjangkiti wanita melalui hubungan seksual membuatkan risiko untuk wanita tadi mendapat kanser serviks semakin tinggi. Ini kerana virus HPV boleh menyebabkan perubahan kepada sel di bahagian serviks dan menyebabkan perkembangan barah. 

Faktor yang meningkatkan risiko wanita dijangkiti HPV adalah mereka yang aktif dalam aktiviti seksual pada usia muda, mempunyai ramai pasangan, atau melakukan hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks.

Penyebab kanser Serviks

Penyebab sebenar kanser serviks masih tidak diketahui namun wanita yang berisiko tinggi adalah wanita yang:-
  • memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda
  • mempunyai pasangan seks berbilang
  • mengandung lebih dari 5 kali
  • dijangkiti kuman melalui hubungan seksual seperti virus Human Papilloma Virus (HPV)
  • kurang menjaga kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • mempunyai sistem imun yang rendah

Tanda Tanda Kanser Serviks

Sekiranya pembaca mempunyai tanda tanda berikut, segeralah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  • Perdarahan yang banyak dari vagina bukan ketika period atau selepas menopause.
  • Perdarahan yang berpanjangan atau pendarahan di antara haid
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa mengadakan hubungan seksual
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina, berbau atau bercampur darah
Ingat, pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa kita.

Testimoni Kanser Serviks Dengan Vivix







Vivix mengandungi sebatian resveratrol yang amat tinggi khasiatnya kepada kesihatan dan berfungsi untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser. Pengambilan Vivix secara berterusan sangat membantu dalam proses menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA) dan juga proses kematian sel kanser (apoptosis). 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Tuesday, August 9, 2016

10 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Perlu Wanita Ambil Peduli



Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil selepas lima tahun berkahwin.

Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim.

Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembedahan pembuangan rahim. 

Penting untuk wanita mengetahui tanda-tanda awal kanser rahim bagi mengelakkan ianya menjadi semakin parah dan boleh membawa maut. 

1.Pendarahan Dibahagian vagina Secara Tidak Normal

Kebanyakan wanita yang didiagnosis kanser rahim atau kanser serviks akan mengalami pendarahan secara tidak teratur.Kanser Rahim ini boleh merebak ke bahagian tisu – tisu yang berdekatan. Ia juga boleh mengakibatkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah yang akan mengakibatkan pendarahan. Pendarahan itu biasanya boleh berlaku di antara tempoh haid ataupun selepas melakukan hubungan intim, selepas menopouse mahupun selepas wanita menjalani pemeriksaan pelvik.

2.Vagina Mengeluarkan Cecair Berbau Yang luar Biasa

Masalah keputihan yang berbau merupakan perkara yang biasa di alami oleh setiap wanita. Namun anda perlu berwaspada jika masalah keputihan itu atau lelehan di vagina anda semakin bertambah , mengeluarkan bau yang busuk dan pengeluaran cecair yang tidak tetap kerana ia boleh menjadi tanda awal kepada jangkitan pada vagina, kanser rahim atau endometrium. Jika masalah tersebut merupakan petanda awal atau risiko panda kanser rahim, masalah keputihan atau lelehan tersebut akan menjadi lebih banyak, pucat, berair, kemungkinan bewarna coklat atau bercampur darah.

3. Sakit Semasa Berhubungan Seks

Hubungan kelamin tidak sepatutnya sakit jika dilakukan dengan cara yang betul. Namun jika anda merasa sakit tanpa sebab semasa anda bersama kemungkinan ia adalah petanda awal kepada kanser rahim atau kanser serviks ini. Petanda ini menunjukkan kanser rahim atau kanser serviks ini menjadi lebih berkembang kerana kanser ini mungkin telah merebak ke bahagian tisu – tisu dan organ pembiakan. Selain anda merasa sakit ketika bersama, anda juga akan mendapati pendarahan setiap kali selepas bersama.

4. Kesakitan Pada Pelvis

Kesakitan pada pelvis adalah normal dan biasa berlaku di kalangan wanita. Kekejangan atau kesakitan tertentu adalah sebahagian perkara yang biasa berlaku dalam kitaran haid wanita. Jika ia adalah petanda kepada kanser pangkal rahim atau kanser serviks, anda mungkin mengalamai sakit pelvis pada masa – masa yang luar biasa, dan rasa sakit mungkin akan bermula pada bila – bila masa sahaja dan secara tiba – tiba.

5. Haid Yang Berpanjangan Dan Banyak

Apabila anda perasan haid anda lebih lama dan menjadi semakin banyak sehinggakan anda perlu menukar ‘pad’ setiap dua jam seperti berlakunya tumpah darah, ia mungkin faktor yang perlu anda ambil serius. Selain masalah kanser, pendarahan berat seperti ini boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, masalah fibroid, polip, masalah keradangan pelvis, endometriosis, tiriod, masalah organ yang berdekatan dengan hati ataupun penyakit buah pinggang. 

Ia mungkin boleh berlaku akibat daripada pengambilan ubat – ubatan tertentu. Apa – apa sahaja perubahan yang berlaku kepada kitaran haid anda anda hendaklah segera berbincang & mendapatkan rawatan dengan doktor. Perlu sentiasa beringat bahawa Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 

6. Tidak Selesa Ketika Membuang Air Kecil

Ketidakselesaan yang perlu anda ambil perhatian serius jika anda merasa seperti terbakar, rasa pedih atau anda sukar untuk membuang air kecil. Gejala ini mungkin berlaku akibat kanser itu telah merebak ke bahagian tisu yang berdekatan.

7. Hilang Kawalan Pada Pundi Kencing

Kerap membuang air kecil sehinggakan anda tidak perasan anda mula terkucil adalah perkara normal untuk wanita hamil atau mana – mana individu yang sedang dalam diet yang meningkatkan pengambilan pelawas dalam badan mereka, pesakit kencing manis, batuk yang kuat & berpanjangan. 

Namun, jika anda mengalami masalah ini tanpa mengetahui sebab yang jelas ianya mungkin perlu dilakukan penilaian pada peringkat yang seterusnya. Masalah hilang kawalan pada pundi kencing adalah masalah utama apabila seseorang itu menghidap kanser serviks. Ia biasanya menunjukkan bahawa kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan juga memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian – bahagian lain saluran kencing.

8. Hilang Selera Makan Dan Berat Badan Turun Mendadak

Hilang selera makan atau masalah berat badan yang turun mendadak juga adakah satu petanda yang memungkinkan anda menghidapi masalah kanser rahim atau kanser serviks. Hal ini akan memberikan kesan kepada penurunan berat badan seseorang individu tanpa mengira diet mereka.

9. Keletihan Yang Berterusan

Apabila seseorang individu itu sedang menderita masalah kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ia boleh menyebabkan kepada masalah anemia iaitu anda akan sering merasa letih, tidak bermaya dan kekurangan tenaga serta hilang selera makan. Di samping itu terdapat jugak masalah kekurangan oksigen di dalam badan. Tindak balas anemia ini juga adalah tanda amaran bahawa kanser tersebut telah berkembang dengan pesat di dalam tubuh individu berkenaan.

10. Sakit Kaki

Wanita yang mengalami masalah kanser rahim atau kanser serviks ini biasanya akan mengalami masalah sakit dan bengkak pada kaki mereka. Apabila kanser ini telah mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dalam badan mereka dan inilah punca kepada bengkak kaki tersebut. 

Ketahui Rahsia Bebas Kanser Dengan Sirap Anggur Muscadine.
Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya:
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels