Showing posts with label ubat hilangkan keputihan. Show all posts
Showing posts with label ubat hilangkan keputihan. Show all posts

Saturday, December 3, 2016

Pertumbuhan Kulat Di Vagina Penyebab Sukar Hamil



Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan.

Menurut satu artikel 2007 dalam jurnal perubatan The Lancet.Tujuh puluh lima peratus wanita akan mengalami jangkitan yis faraj sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, dan empat puluh hingga lima puluh peratus wanita pula akan mengalami lebih daripada sekali.

Apakah faktor risiko jangkitan kulat vagina?

Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat vagina adalah:
  • Rawatan antibiotik
Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. 

  • Mengandung
Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindak balas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina.

  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid (belum baligh) dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.

Adakah vaginal candidiasis penyakit kelamin?

Jangkitan kulat vagina bukan penyakit kelamin. Walau bagaimanapun pasangan kepada wanita yang menghidapi jangkitan kulat vagina mungkin ada sedikit tanda-tanda seperti gatal dan ruam di bahagian kemaluan selepas mengadakan hubungan seksual. Pasangan ini tidak perlu rawatan melainkan ada tanda-tanda atau gejala.

Apakah tanda-tanda dan gejala jangkitan kulat vagina?

Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.

Doktor anda mungkin perlu menghantar spesimen(swab) yang diambil dari bahagian atas vagina untuk pemeriksaan mikroskopi supaya dapat mengenalpasti jenis organisme penyebab jangkitan.

Kesan Jangkitan Kulat Untuk Hamil

Jangkitan kulat pada saluran kemaluan sering menimbulkan berbagai masalah saperti lelehan yang sangat gatal dan berbau khususnya bila buat hubungan jantina, sukar hamil dan mudah gugur. 

Kajian telah berjaya membuktikan kulat candida bukan sekadar perlu dirawat malah lebih parah dari apa yang di jangkakan sebelum ini. Kulat candida kini didapati berpotensi untuk membunuh apabila dibiarkan tanpa rawatan,akan meresap masuk kedalam tisu dan akhirnya saluran darah.

Jangkitan kulat candida yang berulang kali juga boleh menyebabkan flora dalaman faraj menjadi tidak seimbang ,ini menyukarkan untuk sperma mencapai uterus bagi tujuan pensenyawaan.

Walaupun sperma sebenarnya tidak terbunuh oleh kulat candida, tetapi jangkitan kulat didapati boleh mengubah konsistensi mukus servik yang membuatnya keadaan lebih sukar untuk sperma mencapai pembukaan servik.

Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini ,namun terdapat banyak juga kes-kes “unexplained fertility “ berjaya hamil setelah jangkitan kulat candida dirawat dan secara tidak langsung mengembalikan keseimbangan flora didalam faraj.

Apakah rawatan yang ada?

  1. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi , ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan kerana kurang kajian dari segi keselamatanya untuk janin atau bayi anda. Rawatan setempat seperti pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti mempunyai kurang kesan sampingan. Oleh itu lebih selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi. 

  2. Ubat-ubat anti fungal seperti nystatin, nizora dan banyak lagi di farmasi  

Petua Semulajadi yang berkesan digunakan semasa anda dijangkiti kulat di vagina adalah :

  1. Kalau anda tidak mempunyai sebarang krim anti-fungal apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 3 sudu besar garam lagi bagus garam bukit rendam bersama dengan air suam lepas tu cuci kemaluan anda dalam 3 kali sehari. InsyaAllah kulat itu akan tanggal. 

  2. Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.  

  3. Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.Kalau rasa susah nak telan bawang putih banyak-banyak jalan mudah telan supplement garlic.
    Supplemen Garlic
  4. Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini. 

  5. Utamakan pengambilan supplemen vitamin E dan Vitamin C. Bila sudah terkena jankitan kulat tingkatkan dos pengambilan vitamin c.

Vita E & Vita C

Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?

  • Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik. Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih serta kerap menukar seluar dalam.
  • Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
  • Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluanPastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
  • Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal
P/s: Ia tidak hanya berjangkit pada wanita. Malah ia turut boleh dijangkiti pada lelaki dan tidak terhad pada kemaluan, malah ia juga boleh menjangkiti mulut jika melakukan oral seks.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Tuesday, November 15, 2016

Pencuci Wanita Penyebab Kanser Servik, Penyakit Kelamin Dan Sukar Hamil


Apa itu Pencuci Wanita

Feminine wash adalah bahan pencuci yang biasa digunakan oleh golongan wanita untuk memastikan kebersihan bahagian intim mereka. Ada juga sesetengah wanita yang menggunakan douching (mencuci saluran vagina) dengan kerap atau mungkin hampir setiap hari.

Fakta sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala, muka, kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain. Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Sesetengah mereka hanya menggunakan sabun,gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.


Jadi apakah pH yang sesuai apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi???

Kesan Penggunaan Pencuci Wanita


Selain dari pemilihan pencuci wanita yang sesuai cara penggunaan yang betul juga adalah penting. Ini kerana penggunaan pembersih ini sekadar kegunaan untuk kawasan luaran sahaja.

  • Elakkan mencuci sehingga ke dalam saluran dalam. Kesannya ia boleh menyebabkan bakteria baik yang ada dalam miss V tu mati. Jadi hal ini akan menyebabkan radangan dan iritasi kulit, sama ada rasa gatal-gatal, pedih dan masalah keputihan yang melampau.
  • Pada pasangan yang berkahwin yang inginkan anak, anda tak digalakkan menggunakan pembersih selepas mengadakan hubungan intim. Ianya akan menyukarkan anda untuk mengandung ini disebabkan pembersih tu akan membunuh sperm tu semua. 
  • Terdapat pencuci yang mengandungi antiseptik yang kuat, yang boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria kebal jika digunakan dengan kerap atau terlalu lama. Jika ini terjadi, kulat dan bakteria tersebut tidak akan bertindakbalas dengan rawatan perubatan, menjadikan ia sangat sukar untuk dielakkan dari merebak ke seluruh bahagian vagina. 
  • Penggunaan pencuci wanita juga boleh menyebabkan kedua-dua bakteria baik dan bakteria jahat terhapus. Ini akan menjadi disadvantage kerana tubuh kita memerlukan bakteria. Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik didalam faraj menjadi benteng daripada serangan virus .Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2. Bakteria baik (normal vaginal flora) adalah perlu untuk kita mengekalkan tahap keasidan vagina yang memberi keupayaan untuk menentang sebarang jangkitan pada bahagian tersebut.
  • Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.  
  • Terdapat juga bukti saintifik penggunaan pencuci wanita hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tips Pemilihan Pembersih Wanita Yang Baik

  • Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2
  • Elakkan juga daripada menggunakan pencuci wanita yang ada bahan pewangi kerana pewangi tambahan ini biasanya diperbuat daripada phthalates (kumpulan bahan kimia yang biasanya digunakan dalam pembuatan PVC dan plastik) yang boleh menjadi punca kepada kanser dan gangguan hormon.
  • Jika anda mencari cara untuk mengekalkan kebersihan dan menghalang jangkitan, dan tidak mempunyai sebarang simptom, pilihan terbaik adalah sabun yang lembut dan air.
  • Pilih sabun tanpa pewangi (macam agak mustahil kan?) dan hypoallergenic. Ia mudah, tidak mahal dan selamat untuk digunakan setiap hari,
Kepada semua wanita yang dikasihi, setelah memahami fakta-fakta yang dijelaskan, maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.

Ketahui Kebaikan Alfalfa untuk keintiman Wanita
Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya: 
SMS/whatapps: 013-4505852  (soffiah)
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels