Tuesday, August 23, 2016

Ujian Pap Smear Mampu Kesan Kanser Pangkal Rahim

Selepas kanser payudara, kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser kedua yang menyebabkan kematian paling tinggi bagi wanita. Ianya memang fakta yang menakutkan bagi wanita. Namun pemeriksaan awal melalui Pap Smear mampu menyelamatkan nyawa wanita apabila kanser ini dapat dikesan di peringkat awal.

Namun ramai juga wanita yang menolak untuk melakukan pap smear ini. Antara alasan yang sering diberikan adalah malu dan malas untuk melakukan ujian ini.

Dalam ujian ini, sedikit tisu akan diambil dari pangkal serviks. Sample ini akan dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang tidak normal dan berpotensi menjadi kanser. Ujian secara berkala dapat mengesan sel kanser dan rawatan awal boleh diberikan. Peluang pesakit untuk sembuh juga adalah lebih cerah. Sebaliknya jika berada pada tahap yang kritikal, pembedahan untuk membuang rahim wanita perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya.  

Bilakah seseorang wanita itu harus melalukan ujian Pap Smear?

Adalah disarankan wanita yang telah berkahwin , pernah melahirkan anak dan wanita yang pernah melakukan hubungan sex menjalani ujian ini bagi mengesan sebarang keabnormalan pada sel servik. Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun dan sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali

Waktu yang sesuai untuk menjalankan ujian ini adalah pada hari ke-10 kitaran haid dan ianya tidak boleh dikakukan semasa anda didatangi haid. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.

Pentingnya Pap Smear Kepada Wanita

Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.

Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.

Kenali Kanser Serviks

Kanser serviks merujuk kepada kanser yang terjadi pada bahagian serviks. Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) yang menjangkiti wanita melalui hubungan seksual membuatkan risiko untuk wanita tadi mendapat kanser serviks semakin tinggi. Ini kerana virus HPV boleh menyebabkan perubahan kepada sel di bahagian serviks dan menyebabkan perkembangan barah. 

Faktor yang meningkatkan risiko wanita dijangkiti HPV adalah mereka yang aktif dalam aktiviti seksual pada usia muda, mempunyai ramai pasangan, atau melakukan hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks.

Penyebab kanser Serviks

Penyebab sebenar kanser serviks masih tidak diketahui namun wanita yang berisiko tinggi adalah wanita yang:-
  • memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda
  • mempunyai pasangan seks berbilang
  • mengandung lebih dari 5 kali
  • dijangkiti kuman melalui hubungan seksual seperti virus Human Papilloma Virus (HPV)
  • kurang menjaga kebersihan anggota sulit
  • merokok
  • mempunyai sistem imun yang rendah

Tanda Tanda Kanser Serviks

Sekiranya pembaca mempunyai tanda tanda berikut, segeralah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.
  • Perdarahan yang banyak dari vagina bukan ketika period atau selepas menopause.
  • Perdarahan yang berpanjangan atau pendarahan di antara haid
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa mengadakan hubungan seksual
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina, berbau atau bercampur darah
Ingat, pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa kita.

Testimoni Kanser Serviks Dengan Vivix







Vivix mengandungi sebatian resveratrol yang amat tinggi khasiatnya kepada kesihatan dan berfungsi untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser. Pengambilan Vivix secara berterusan sangat membantu dalam proses menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA) dan juga proses kematian sel kanser (apoptosis). 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive