Wednesday, August 17, 2016

Tips Bertungku Sendiri DiRumah Dengan Cara Yang Betul

Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri.

Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ini akan memudahkan perjalanan darah dan pemulihan tenaga.

Pelbagai Jenis Tungku 

Cara Memanaskan Tungku


Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan... panaskan tungku

PERINGATAN :
Jangan gunakan api yang besar api yang besar menjadikan tungku cepat panas dan cepat juga sejuk. Tapi dengan api yang kecil, panas akan meresap ke dalam tungku dan panas akan tahan lama. Biar lebih kurang 5-20 minit (anggaran mengikut saiz tungku).

Jangan terlalu lama, kalau tak kain pun boleh terbakar. Setelah di bakar alas atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku. Biasanya kepanasan tungku tungku ini bertahan lebih kurang 1 jam.
 

 

 

 


Cara Bertungku Untuk Wanita Lepas Bersalin

Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya. 

Caranya:

  1. Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. Buatlah berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas. Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut. kawasan yang perlu di tungku 
  2. Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. 
  3. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. 

Peringatan : 

Jangan letak tungku di tengah perut. Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.

Tips: 

Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku, bloeh juga digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan baju / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. Bila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat gunakan dalam masa yang lama. Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki.

Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Set Penyusuan Dan Set Kurus Selepas Bersalin Shaklee, anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive