Wednesday, August 3, 2016

Ketahui Tanda-Tanda Darah Tinggi Dan Cara Rawatan Tanpa Ubat.


PERNAH hasil kajian yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah penghidap penyakit darah tinggi.

Dan lebih membimbangkan apabila separuh darinya tidak tahu yang mereka mempunyai penyakit tersebut dan senario ini turut berlaku di negara-negara lain.

'Hypertension' atau darah tinggi boleh digelar sebagai pembunuh senyap ekoran ketiadaan simptom atau tanda-tanda awal pada sesetengah pesakit.

Hanya pada peringkat akhir barulah kesannya dirasai dan ketika itu sudah terlalu lewat untuk diubati terutama selepas komplikasi rentetan seperti penyakit jantung menjadi teman pesakit.

Apakah itu darah tinggi?

Menurut seorang pakar perunding kardiovaskular tempatan, darah tinggi sebenarnya berlaku apabila kenaikan darah tubuh seseorang.

"Dalam pembuluh darah ada dua tahap tekanan iaitu apa yang dipanggil bacaan atas dan bacaan bawah.
"Bacaan atas dapat menggambarkan sejauh mana keadaan arteri kita dan sebab itu golongan berumur bacaan atasnya tinggi kerana apabila semakin tua arteri manusia menjadi semakin keras
"Bacaan bawah pula adalah untuk mengukur kekuatan pengaliran darah Walaupun kedua-dua bacaan penting tetapi bacaan atas harus diberi penekanan kerana ia boleh menggambarkan kesihatan jantung, otak dan buah pinggang'
kata Dr. Azhari Osman yang juga Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia.
Bagaimanapun katanya, kalau bacaan seseorang itu melebihi 140 dan bacaan bawah lebih 90 dengan diikuti bacaan kali kedua bagi tempoh 24 jam masih menunjukkan aras yang sama maka ia menandakan anda menghidap darah tinggi tahap pertama.

Namun katanya, ini semua bergantung kepada risiko lain seperti berat badan berlebihan, perokok, sejarah keluarga atau kencing manis yang mana jika ada semua ini, bacaan lebih rendah sedikit cukup untuk mengaitkan anda dengan penyakit ini.

"Bacaan normal untuk tekanan darah tinggi ialah 120/80 dan pada tahap itu doktor tidak perlu risau mengenai anda.

"Bagaimanapun pengalaman saya mendapati ramai di kalangan kita yang mempunyai tekanan darah melebihi 120/80.

"Jika tekanan darah anda lebih tinggi sedikit maka anda perlu lakukan sesuatu iaitu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil ubat buat sementara waktu," jelasnya.

Bagaimanapun seperti yang diketahui, doktor akan menelitinya bagaimana tahap tekanan darah dan apabila sampai satu tahap dan umur juga telah meningkat, maka mahu tidak mahu ubat perlu diambil.

Namun sering berlaku silap faham kononnya setelah setahun atau dua tahun ubat diambil, anda telah pulih sedangkan penyakit ini bukan seperti batuk atau selesema yang selepas sembuh tidak lagi perlu mengambil ubat.

Dan ada yang menyimpulkan kesan sampingan pengambilan ubat membuatkan pesakit tidak mahu melanjutkan rawatan hakikatnya 60 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan masih gagal mengawal tekanan darah masing-masing.

Kesimpulannya di Malaysia seperti kebanyakan negara lain, darah tinggi adalah antara penyakit utama tetapi kebanyakan pesakit tidak mendapat rawatan sebaik-baiknya.

Keadaan ini berlaku kerana kekurangan komitmen daripada pesakit dan cara pengambilan ubat serta rawatan yang tidak berkesan hingga menyebabkan tekanan darah tidak dapat dikawal.

Tegas Dr. Azhari, apa yang lebih membimbangkan di Malaysia ialah pengidap penyakit darah tinggi serta komplikasinya terdiri daripada golongan muda berbanding negara-negara membangun yang lain.

"Sebenarnya ada petanda yang menunjukkan bilangan pesakit hypertension dan komplikasinya seperti strok, kegagalan jantung, kegagalan hati, kegagalan buah pinggang akan meningkat secara mendadak di Malaysia.

"Malah ada yang menganggarkan ia akan meningkat 100 peratus dalam masa 30 tahun jikalau kita tidak mengubah sikap dan cara hidup kita.

Beliau menambah, yang lebih penting ialah mengamal gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman yang berterusan serta mengawal pemakanan.

Malangnya, aktiviti senaman di kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu perkara yang menjadi tabiat dan ini diperkukuhkan oleh satu kajian.

Ini dapat dilihat dari hasil Kajian Kesihatan dan Mobiliti kebangsaan pada 1996 yang mendapati 70 peratus dari rakyat Malaysia tidak melakukan senaman langsung.

Mengenai soal pemakanan pula. Dr. Azhari berkata, setakat ini tiada kajian komprehensif pernah dilakukan tetapi jika dilihat pada statistik mengenai tingginya penghidap darah tinggi dan sakit jantung, ia boleh menunjukkan betapa buruknya tabiat pemakanan kita.

"Purata penghidap sakit jantung di negara ini adalah pada usia 57 tahun berbanding negara 67 tahun.

"Kerana mereka mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi dua perkara utama iaitu pemakanan seimbang dan senaman serta kurangnya amalan merokok.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa supaya menjaga tabiat pemakanan anak-anak supaya mereka tidak terdedah kepada penyakit berisiko itu dengan mudah.

"Kalau boleh kita contohi Singapura, yang mana kanak-kanak sekolah yang lebih berat badan akan diwajibkan melakukan senaman selama 15 minit sehari.

"Semua kita mesti tahu apakah berat ideal kita dan juga maklumat asas tentang kesihatan seperti kadar kolestrol, glukosa, tekanan darah dan sebagainya," ujarnya.

Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Dapat Membantu Menurunkan Darah Tinggi?

Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme.

Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah.

Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku.

Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.




Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat. Setiap penyakit ada ubatnya..dan setiap penyakit ada tanda-tandanya..justeru..berwaspada terhadap sebarang simptom yang berlaku pada diri kita.
 
Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6    
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
  
 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive