Wednesday, August 10, 2016

Punca Dan Bahaya Bentan Atau Sakit Urat Selepas Bersalin


Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan?
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda Dan Jenis Bentan

Antara tanda-tanda awal seorang ibu sudah bentan ialah, dia mula merasa badannya sakit-sakit dan berasa lemah. Kemudian diikuti rasa sejuk hingga ke tulang, boleh jadi menggigil dan demam. Rasa sakit-sakit itu bolehlah juga disamakan dengan sakit urat tapi keadaannya lebih teruk daripada itu.

Bentan berlaku sebab badan ibu masih lemah, belum sembuh sepenuhnya atau mungkin juga ibu tidak mendapat rawatan lepas bersalin yang sempurna.

Jenis – jenis bentan.

  1. Bentan urat : sendi badan menggigil kesejukan walaupun cuaca panas, berlaku bisa- bisa urat, seluruh otot badan tegang dan badan menjadi lemah seperti demam. Punca berlakunya bentan urat kerana ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal yang lasak. Rawatan bertungku atau mandi wap herba boleh melegakan bentan urat. 

  2. Bentan urat peranakan : sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.  

  3. Bentan urat besar (pinggang): Kebiasannya bentan ini berlaku kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Tips Mengelakkan Bentan.

  • Banyakkan berehat : jangan terlalu aktif /lasak especially ibu yang berpantang sendiri di rumah dan menguruskan anak- anak sendiri. Banyakkan rehat dan elakkan mengangkat objek berat. Mintalah bantuan daripadaa suami atau ibu untuk membantu anda di rumah.
  • Elakkan jangkitan kuman: jaga kebersihan diri untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan saluran air kencing. Tukar pada sekerap yang mungkin untuk pastikan anda sentiasa bersih.
  • Jaga pemakanan: paling penting please jaga makan. Sebab punca utama bentan adalah disebabkan pemakanan.Jangan culas makan vitamin! Ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
  • Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal walaupun cuaca panas. Memang rasa agak ‘lemas’ tapi kena tahan:D
  • Jangan berjalan laju: untuk elak daripada jahitan terbuka dan terlanggar benda keras yang boleh akibatkan bentan.
  • Mandi dengan air suam : untuk elakkan badan menjadi sejuk dan urat kecut. Lagi best bila air tadi di campur dengan daun-daun herba. Sekarang ni dah ada jual paket air herba di kedai-kedai jamu boleh beli aje bagi ibu yang berpantang sendiri.
  • Sentiasa bertungku untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan. 

Apa yang boleh dilakukan jika bentan?

Ok, jika ibu pun ada mengalami sakit urat tak kiralah semasa berpantang atau selepas berpantang, boleh cuba buat perkara dibawah:


Orang kata bentan ni akan beri efek masa tua nanti. Kalau salah makan, sekarang mungkin tak rasa. Tapi nanti bila dah makin berusia, badan mungkin boleh jadi lebih lemah, mudah sakit urat atau sakit-sakit badan hingga akhirnya terpaksa menanggung kesakitan tu seorang diri. Tentu tak mahu kan??

Kesimpulannya,jagalah pantang, jaga makan, bersenam seadanya, makan makanan berkhasiat dan amalkan suplemen, insyaAllah akan sihat sepanjang masa. Tempoh 44 hari itu memang menguji kesabaran. Tapi ada reward nya kerana ibu yang menjaga pantang kebanyakannya akan rasa lebih sihat, wajah lebih berseri, dan paling penting rahim lebih sihat so takdelah suami hilang minat di kemudian hari. Para Ibu perlu tahu, rahim yang sihat akan terserlah dengan wajah yang berseri di luaran. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming , anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive