Sunday, August 7, 2016

Dulu Tinggi 165cm Sekarang 162cm.Kenapa Semakin Rendah?

Kita Bukan Sahaja Semakin Tua Malah Kita Semakin Pendek.

Seingat saya ketinggian saya 165cm, setiap kali bila saya mengandung ketinggian kita akan diukur. Tapi bila masuk kehamilan yang ketiga dan keempat ternyata ketinggian saya semakin menurun. Bila saya tanya kepada jururawat yang memeriksa katanya itu normal untuk wanita yang dah pernah melahirkan anak. Terkejut saya. Kenapa saya semakin pendek???

Osteoporosis

Tahu tak apabila kita semakin memendek atau ketinggian makin menurun itu adalah tanda tanda kita sedang mengalami osteoporosis. Terkejut kan.. Tapi tu adalah realiti. Kita tidak akan makin tinggi tapi semakin rendah..kenapa itu terjadi?

Kehilangan ketinggian adalah salah 1 proses semulajadi tanda penuaan.Sesetengah orang mula mengecut sedikit seawal 30 tahun . Kehilangan ketinggian yang terlalu mendadak merupakan isyarat yang kita mempunyai risiko tinggi mengalami masalah tulang pinggul, tulang belakang.

Apabila usia meningkat, kita akan kehilangan kolagen, kalsium dan protein. Tulan yang normal mesti mempunyai kepadatan kolagen, protein dan kalsium yang tinggi.

Apabila proses kehilangan ketinggian makin meningkat maka kita berisiko untuk mendapat osteoporosis dimana tulang akan lemah dan senang rapuh

Apa yang perlu kita lakukan bagi memastikan tulang kita kuat ?

Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian. Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang. Dengan memastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu. Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi. Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
Vitamin D juga penting untuk kesihatan tulang, dan memiliki hubungan yang bertenaga dengan kalsium. Disarankan agar tubuh terkena paparan matahari selama 15 menit per hari. Namun, sinar matahari yang dimaksud adalah sinar yang sihat, di bawah pukul 9 pagi
Terlalu banyak minum minumana berkafein mendorong pengeluaran kalsium dari dalam tubuh.
Makanan tinggi protein boleh mencuri kalsium perlahan-lahan dari tulang. Ini kerana protein yang tinggi protein akan dipecahkan kepada komponen yang berasid. dan proses ini akan menggunakan kalsium yang ada dalam badan. Oleh demikian kita perlu meningkatkan pengambilan kalsium seharian.

Salah satu cara terpenting untuk mencegah osteoporosis adalah dengan mengambil kalsium yang cukup. Berikut disajikan dos kalsium yang diperlukan oleh tubuh menurut kelompok umur :
  • Anak-anak, umur 1-10 tahun : 800 mg kalsium/hari
  • Remaja, umur 11-18 tahun : 1.200 mg kalsium/hari
  • Remaja yang hamil : 1.600 mg kalsium/hari
  • Wanita hamil, umur 19 tahun ke atas : 1.200 mg kalsium/hari
  • Wanita menyusui : 1.200 mg kalsium/hari
  • Laki-laki dewasa, di bawah 65 tahun : 1.000 mg kalsium/hari
  • Laki-laki dewasa, d iatas 65 tahun : 1.500 mg kalsium/hari
  • Perempuan dewasa, sebelum menopause: 1.200 mg kalsium/hari
  • Perempuan dewasa, sebelum setelah : 1.500 mg kalsium/hari
Wanita memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki. Sumber makanan kalsium amatlah banyak. Namun jika anda kurang minum susu, jarang makan sayur, tidak suka yogurt dan cheese.

Anda disarankan untuk mengambil supplement. Pastikan anda memilih supplemen kalsium yang premium yang mengandungi vitamin D dan magnesium. So apa lagi jom check ketinggian sekarang !!!!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive