Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin, tiada yang lebih membahagiakan selain daripada pengesahan tentang dirinya bakal bergelar ibu. Dalam mengharungi suka duka untuk bergelar ibu, wanita hamil kadang kala terpaksa merahsiakan segala perubahan yang dialami demi kasih sayangnya kepada anak dalam kandungan dan suami tercinta.

1. "Morning sickness" Mabuk dan loya

Ini masalah utama yang dihadapi oleh bakal ibu. Mungkin bukan semua akan "bernasib baik" berpeluang merasainya. Hanya 70% dari ibu2 hamil akan menghadapi morning sickness pada 12 minggu yang pertama kehamilan. Atau mungkin setiap kehamilan tidak sama. Kehamilan pertama hadapi morning sicknes, kehamilan ke dua tidak. Tapi jgn risau, itu adalah normal. Ada juga beberapa tips dan cara mengurangkan dan mengawal morning sickness anda yang mungkin membantu.

2. "Back pain" atau sakit belakang

Sakit belakang biasa menyerang ibu hamil. Ia berkaitan ligamen dan otot anda yang menegang akibat dari perubahan fizikal dan juga hormon. Biasanya kesakitan ini semakin berlarutan selaras dengan tumbesaran kandungan. Anda perlu tahu cara yang dapat melegakan kesakitan belakang badan anda supaya ia tidak membataskan pergerakan dan tugasan harian anda.

3. Cirit birit

Ketika hamil sistem penghadaman akan menjadi sedikit terganggu. kadang kala sistem penghadaman menjadi terlalu perlahan hingga menyebabkan sembelit dan kadang kala terjadinya cirit birit. Keadaan usus wanita hamil juga adalah sensetif dan perubahan atau penggantian cara makan dan jenis makanan juga boleh menyebabkan cirit birit. 

Perubahan yang dimaksudkan ialah, mengubah jenis makanan kepada yg lebih bernutrisi seperti susu, yogurt dan lain menjadikan perut lebih sensetif. Sekiranya berlalu cirit birit yang terlalu kerap dan menjadikan tubuh anda terhidrat, dapatkan rawatan dari doktor anda dengan segera kerana ia boleh membahayakan diri dan kandungan.

4. Yis atau keputihan.

Jika semasa kehamilan terdapat discaj yang keluar berketul2, gatal dan menyebabkan ketidakselesaan, kemungkinan anda menghadapi masalah Yis atau keputihan. Anda digalakkan menggunakan pakaian dalam yang sedikit longgar dan juga menggunakan pantiliner bagi mengelakkan jangkitan terhadap faraj. Sekiranya masalah berterusan dan semakin teruk sehingga mengakibatkan bau dan kegatalan, anda seharusnya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tingkatkan kebersihan diri sekiranya anda menghadapi masalah ini.

5. Asyik Ke Bilik Air

Tidak sah namanya jika wanita hamil tidak ke bilik air lebih daripada lima kali sehari untuk buang air kecil sahaja. Sejak disahkan mengandung sehinggalah ke saat-saat hendak melahirkan anak, bilik air seolah-olah teman akrab ibu hamil. Paling tidak tahan, ketika sedang asyik lena tidur di tengah malam, ibu hamil perlu terkial-kial bangun untuk ke bilik air!

6. Mata rabun

Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tak selesa bagi wanita yg menggunakan kanta lekap. Untuk rasa lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan kerap cuci mata.

7.Payudara Terasa Sengal

Sakit berdenyut-denyut sama seperti hendak datang haid. Ia sebenarnya proses payudara bersiap untuk proses penyusuan susu bagi bayi yang akan lahir. Saiz payudara juga akan semakin membesar mengikut usia kehamilan.

8.Gusi Berdarah

Ada ibu hamil yang akan mengalami masalah gusi kerap berdarah terutama ketika memberus gigi. Walaupun semasa mengandung, ibu terasa malas hendak menggosok gigi, namun penjagaan gigi mesti dititikberatkan untuk mengelakkan berlaku masalah lain.

9.Rambut Lebih Lebat

Ramai wanita hamil mengalami hormon yang menyebabkan rambut menjadi lebih lebat, berkilau dan lebih cantik. Bahkan ada segelintir turut melalui fasa rambut di seluruh tubuh turut tumbuh lebat. Jangan risau, ia akan gugur selepas ibu melahirkan anak.

10.Kerap Terlupa

Masalah ini hanya sementara tapi bagi sesetengah kes ia boleh berkekalan. Gejala mengulang semula apa yang dicakapkan dan lupa kata-kata akhir sendiri adalah gejala biasa yang mungkin dialami oleh sesetengah ibu hamil.

11.Kulit hitam

Ada wanita yang mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenal sebgai chloasma atau melasma disebabkan hormon yang mengganggu pigmentasi kulit. Ia tidak berbahaya dan hanya bersifat sementara.

12.Kaki kejang atau "Cramp"

Isu yang paling biasa kita temui dikalangan wanita hamil ialah kejang kaki atau cramp. Kesakitan yang sering dialami ketika tidur malam atau diwaktu pagi. Bahagian betis akan terasa tegang dan keras. Ada beberapa tips untuk melegakan kekejangan ini, antaranya melalukan regangan ringan sebelum tidur, dan ambil makanan yang mengandungi potasium tinggi sebelum tidur seperti pisang. Selain itu, ibu hamil juga seharusnya menambah jumlah pengambilan kalsium seharian mereka. Fungsi kalsium sangat bagus untuk anda dan bayi anda.

13.Perut Terasa Panas

Perut terasa panas adalah gejala normal terutama di akhir kehamilan. Ini kerana ibu kerap makan atau minum sebelum tidur.

14. Masalah Sembelit

Sembelit juga adalalah masalah normal dan kerap berlaku kepada wanita hamil, bagaimanapun ada wanita yang kurang mengalaminya. Mungkin disebabkan dia mengamalkan banyak minum air masak dan makan buah-buahan.

Semua masalah2 diatas adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tapi, jangan sesekali anda biarkan ianya berlarutan. Cara terbaik anda ingin menangani masalah2 ini ialah dengan meningkatkan pengambilan nutrisi lengkap untuk badan anda dan bayi yang anda kandung.  

Set Prenatal atau set ibu hamil membekalkan kesemua khasiat yang anda dan kandungan anda perlukan. masalah diatas ini mungkin nampak kecil dimata anda, tapi jika dibiarkan terus kemungkinan masalah akan menjadi lebih serius. Semoga anda melalui saat2 kehamilan dengan ceria dan sihat. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/