Friday, August 19, 2016

Ketahui 10 Makanan Penyebab Kanser

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tercetusnya kanser. Dan salah satu penyebabnya adalah melalui pemilihan makanan yan kita ambil setiap hari. Ketahui 10 makanan yang menyumbang kepada berlakunya kanser.

1. GMO (Genetically Modified Organisms)

Makanan ubahsuai genetik (GMO) ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.
Tahukah Anda Soya ESP Shaklee merupakan soya NON-GMO

2. Daging Proses


Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave Popcorn


US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Minuman berkarbonat


Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam American Journal of Nutrition, penggemar minuman berkarbonat atau soda yang minum lebih daripada satu tin sehari mempunyai risiko stroke yang lebih tinggi daripada orang yang tidak minum minuman berkarbonat langsung. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman berkarbonat menjadikannya punca kalori kosong (empty calories) yang menyebabkan kegemukan atau obesiti. Selain itu, dengan kandungan pewarna dan perisa tiruan seperti 4-methylimidazole (4-MI), tidak hairanlah jika minuman berkarbonat atau bergas ini telah terbukti sebagai penyebab kanser.

5. Makanan/Minuman "Diet"


Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung Putih Halus


Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita.

7. Gula Halus


Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik


Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan.

9. Salmon Yang Diternak


Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak Hydrogenated

Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

Tahukah Anda RESVERATROL dapat menghalang KANSER dari terus membiak? Dan Resveratrol ini boleh didapati didalam VIVIX.
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive