Thursday, August 18, 2016

Awasi Anak Anda. Tikar Beracun Penyebab Kanser?'

Murah, mudah didapati, dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak terkenal sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya


Kelebihannya yang kalis air juga menyebabkan tikar plastik berukuran antara satu meter kali dua meter atau empat meter kali lima meter yang dijual pada harga RM10 hingga RM45 sekeping sering menjadi pilihan kegunaan di rumah sebagai pengalas tempat duduk.

Mungkin terpesona dengan kecantikan pada tikar plastik berkenaan sehingga membuatkan pengguna terlupa risiko bahaya yang menanti mereka disebabkan kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.
 


Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan kanser payudara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan hormon, dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.
Ketahui Penemuan Terunggul Minuman Botanik Penawar Kanser
 

Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan. Ia turut diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.

Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air.

Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan

"Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.

"Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.

"Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik," kata Prof Dr Mustafa.

Beliau berkata, satu lagi bahan yang boleh mengancam keselamatan pengguna ialah lukisan dan gambar pada tikar berkenaan kerana tidak mengetahui jenis pewarna yang digunakan itu diluluskan oleh kementerian ataupun tidak

"Tetapi, seperti yang kita ketahui kebanyakan pewarna yang digunakan adalah daripada jenis yang murah dan tidak selamat yang sudah tentu mendatangkan kesan penyakit kepada pengguna.

"Paling berisiko dengan bahaya ini ialah kanak-kanak kerana mereka adalah pengguna paling tinggi tikar itu yang dijadikan sebagai pengalas tempat duduk dan bermain," katanya.

Bahan-bahan berkenaan boleh meresap masuk ke dalam tubuh kanak-kanak menerusi liang rongga kulit yang basah setelah bersentuhan terlalu lama pada tikar itu



"Kadang-kadang kanak-kanak tidak memakai baju dan hanya memakai lampin pakai buang ketika bermian di atas tikar berkenaan. Ini memudahkan bahan terbabit menyerap masuk ke dalam badan mereka.

"Bahan-bahan itu mudah larut ke dalam lemak badan kerana sifat kulit manusia yang berminyak membolehkan ia menyerap masuk," katanya lagi.

Sumber

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive