Thursday, August 25, 2016

Rawatan Darah Tinggi Untuk Ibu Mengandung

ubat darah tinggi untuk wanita mengandung

Masalah hipertensi semasa mengandung tidak harus dianggap remeh kerana penyakit ini sebenarnya berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian ibu, janin atau pun kedua-duanya. Menurut statistik sejumlah 3 hingga 10 peratus wanita akan menghadapi risiko ini ketika hamil. Di Malaysia, kes sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun.

Menurut pakar perubatan, masalah hipertensi semasa hamil ini dikatakan berlaku apabila hipertensi dikesan selepas kehamilan melepasi usia 20 minggu bagi ibu yang sebelumnya mempunyai tekanan darah yang normal. Semasa mengandung, seseorang ibu dikatakan menghadapi hipertensi sekiranya:
  • Tekanan darah sistolik sama atau melebihi 140mmHg atau tekanan darah diastolik sama atau melebihi 90mmHg
  • Perbezaan kenaikan tekanan darah sistolik melebihi 25mmHg atau pebezaan kenaikan tekanan darah diastolik melebihi 15mmHg daripada tekanan darah ibu semasa sebelum mengandung.
Bacaan tekanan darah ini biasanya akan diambil dalam jangkamasa 4 hingga 6 jam bagi menolak kemungkinan ianya sementara sahaja.

Jenis-Jenis Masalah Hipertensi Bagi Ibu Hamil

Masalah hipertensi secara umumnya dibahagikan kepada 3 jenis yang utama iaitu:
  • Gestanional Hypertension – Berbeza dengan Pre-Ekslampsia kerana tiada protein dalam urin.
  • Pre-Ekslampsia (PE) – Tekanan darah tinggi pada ibu hamil dan kadar protein berlebihan dalam urin 
  • Eklampsia (sawan mengandung) – Penyakit tekanan darah tinggi ibu hamil yang paling serius.

Pre Eklampsia

Pre Eklampsia berlaku apabila hipertensi dikesan bersama-sama kehadiran protein dalam air kencing. Antara golongan ibu hamil yang berisiko termasuklah:
  • Mengandung di bawah usia 20 tahun
  • Kehamilan pertama 
  • Kehamilan pertama dengan pasangan baru (berkahwin dengan pasangan lain) 
  • Sejarah mengalami Pre-Eklampsia semasa hamil sebelum ini 
  • Mempunyai penyakit kencing manis 
  • Hiperlipidaemia iaitu mempunyai kandungan lipid yang berlebihan dalam darah 
  • Obesiti 
  • Kandungan adalah kembar
Para ibu yang hamil dan berada dalam kategori di atas dinasihatkan untuk memeriksa tekanan darah dengan lebih kerapa semasa pemeriksaan antenatal. Sekiranya dikesan mengalami masalah ini pada peringkat awal ianya boleh dikawal supaya tidak mendatangkan komplikasi lain pula yang membahayakan ibu dan kandungan.

Eklampsia Atau Sawan Mengandung

Eklampsia adalah masalah kecemasan yang paling digeruni. Eklampsia berlaku apabila salur darah otak mengalami masalah spasm sehingga menyebabkan kekurangan aliran darah di otak atau pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Kejadian ini tak mudah untuk diduga dan boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia juga boleh berlaku selepas kelahiran yakni semasa dalam pantang.

Eklampsia boleh menyebabkan masalah kabur penglihatan disebabkan selaput retina yang telah lekang, kesukaran pernafasan disebabkan paru-paru berair, pendarahan yang tidak berhenti, masalah kegagalan ginjal, masalah kegagalan hati, masalah uri yang lekang dan kematian ibu serta anak dalam kandungan. Kematian ibu yang disebabkan oleh eklampsia adalah dalam lingkungan 10 peratus.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi. Namun begitu ubat-ubatan bukanlah rawatan sebenar penyakit hipertensi semasa hamil. Rawatan sebenar ialah kelahiran dan pengeluaran uri itu sendiri. Ini kerana kejadian penyakit hipertensi semasa mengandung berkait rapat dengan masalah uri. Biasanya doktor akan menasihatkan agar proses kelahiran dipercepatkan kira-kira 2 minggu sebelum tarikh kelahiran sebenar.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Apa Yang Suami Saya Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi?


Selain dari kaedah perubatan, ada beberapa supplement yang boleh di ambil bagi mengawal tekanan darah tinggi ibu hamil atau sesiapa sahaja:

B complex

  • Mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

Omega Guard

  • Ia merupakan minyak ikan terbaik dan bertindak mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA bertindak menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala.
  • Ia juga bertindak merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masaalah oebsiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ostematrix

  • Membantu meringankan stress. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.

Garlic

  • Bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.
Perlu ke ambil semua yang kat atas tu?? Eh tidak semestinya, bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Untuk info yang lebih lagi boleh terus hubungi saya yer.

Berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/         

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive