Tuesday, May 16, 2017

Pantang Larang Makanan Pesakit Buah Pinggang


Sakit buah pinggang bukanlah perkara yang remeh, yang boleh di pandang ringan. Jika pesakit buah pinggang melanggar pantang-larang ini, silap-silap boleh mengundang maut. Sebagai ahli keluarga yang ada mengalami masalah ini, kita perlu memberi sokongan kepada mereka, agar mereka tidak terasa terabai.

Jom kita sama-sama tengok pantang-larang pesakit buah pinggang, semoga ia dapat membantu kita dalam memahami keperluan dalam menjaga kesihatan mereka.

1. Kawal pengambilan air

Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.

Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.

Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras. Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.

2. Elakkan Makanan Yang Tinggi Protein

Seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

3. Pengambilan garam perlu dikawal

Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal. Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.

Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.

Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.

4. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi Kalium

Seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.

Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.

Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari. Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.  

5. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat

Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang. Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu. Manakala minuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.

Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.

Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

6. Makan pada waktu tetap

Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. 
Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” 
Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive