Tuesday, May 2, 2017

Bahaya Ubat Kuat Lakonan Adi Putra Menghadapi Kanser Prostat.



Ada sesapa masih ingat dengan drama "Tiga Hari Menanti Mati"? Dalam drama ni mengisahkan seorang lelaki lakonan Adi Putra yang sudah lima tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Akhirnya doktor telah mengesahkan beliau tidak dapat memberikan zuriat kerana mandul. 

Apa yang menarik perhatian saya ialah bila ditonjolkan Adi putra dan kawannya yang sering menggunakan ubat kuat malah yang lebih melucukan sehingga dibawanya berjumpa tuk dukun untuk mengatasi masalah lemah tenaga batin. 

Mungkin juga akibat pengambilan pil-pil tersebut tanpa kawalan yang menjadi penyebab beliau menghidapi penyakit kanser prostat. Atau mungkin juga beliau tidak menyedari masalah  lemah tenaga batin serta kemandulan adalah disebabkan oleh kanser prostat yang dialami beliau.

Bahaya Ubat Kuat Lelaki


Semakin berleluasa dan seolah-olah tiada kawalan. Itu kesimpulan daripada lambakan ubat kuat atau perangsang seks yang kian berleluasa di pasaran. Ini termasuk iklan penjualan ubat kuat yang terpampang di mana-mana sahaja.
Kebanyakan bahan yang dicampur dalam pelbagai pil perangsang seks yang dijual secara berleluasa di pasaran bukan sahaja beracun malah boleh merosakkan zakar sehingga mengundang maut.

Jenis ubat kuat

Pakar Seksual Lelaki, Perempuan dan Reproduktif Hospital Damai, Dr. Mohd. Ismail Thamby memberitahu, antara bahan rangsangan seks yang sering dicampurkan dalam pil tersebut :
  • sidanafil, 
  • toldalafil (bahan viagra), 
  • tolbutamide dan 
  • glybenclamide (ubat kencing manis).
Kebanyakan bahan ini adalah racun yang hanya boleh diluluskan penggunaannya melalui preskripsi doktor sahaja. Misalnya, bahan seperti tolbutamide dan glybenclamide sering digunakan doktor untuk merawat pesakit kencing manis.

Sikap golongan lelaki yang malu berkongsi masalah kesihatan mereka dengan doktor dan mudah terpengaruh dengan nasihat kawan menyebabkan golongan ini memilih untuk mendapatkan ubat kuat secara senyap. 

Sejarah ubat kuat sebenarnya tidak banyak berbeza. Dahulu golongan lelaki akan berjumpa bomoh, tabib atau dukun dengan melakukan urutan batin untuk membesarkan zakar mereka. Ini dilakukan dalam keadaan senyap dan sorok-sorok.

Zaman kini ada juga yang menggunakan kaedah yang sama. Lebih berbahaya, pelbagai pihak telah mencampur cara tradisional dan ubat moden. Pun begitu, lelaki sekarang masih lagi mengamalkan 'sistem sorok-sorok' dan tidak mahu berjumpa doktor untuk memberitahu masalah mereka.

Kesan Buruk

Penggunaan ubat kuat yang salah boleh menyebabkan kes zakar pesakit terpaksa dibedah kerana darah beku dan rosak selepas memakan pil dan minuman perangsang seks yang tidak diiktiraf.

Kebanyakannya begitu taksub untuk kelihatan kuat, ada juga yang lebih berani menyuntik alat sulit mereka dengan pelbagai bahan rangsangan seperti minyak cendana, lintah dan sebagainya konon ia mampu membesar dan tegang.

Bagaimanapun kerana terburu-buru melakukannya, ada antaranya yang merana selepas zakar mereka dibedah dan tidak mampu berfungsi lagi seperti sebelumnya.

Rata-rata pil perangsang seks yang dijual secara berleluasa diimport dari luar negara dan tidak mendapat pengiktirafan serta kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Bahan-bahan seperti tolbutamide dan glybenclamide mampu menyebabkan seseorang yang normal mengalami penurunan glukosa di dalam darah, pening dan muntah-muntah.
Begitu juga dengan sidanafil dan toldalafil yang menyebabkan degupan jantung menjadi kencang secara mendadak dan menyebabkan kegagalan fungsi organ tubuh bertindak balas serta membawa maut sekiranya lambat dirawat.

Jumpa pakar

Katanya, orang ramai yang mempunyai masalah seksual atau sakit tuan seharusnya mendapatkan nasihat pakar di samping mengambil ubat yang sesuai bagi mengatasi masalah itu. Pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut. 

Orang ramai tidak perlu berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat. Ia sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks bersama pasangannya.

Punca Lemah Tenaga Batin

Punca utamanya ialah kesan penyakit lain umpamanya :
  • kencing manis, 
  • darah tinggi, 
  • sakit belakang, 
  • sakit pundi prostat dan 
  • kandungan kolesterol meningkat. 
Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi,” jelasnya.

Pun begitu, dalam hal penggunaan ubat kuat, ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power. Ini menyebabkan mereka gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar ataupun tahan lama ketika bersetubuh.

Rawatan Alternatif

Rawatan alternatif dengan pengambilan Vivix Shaklee juga membantu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum yang mengandungi resveratrol dan beberapa ramuan lain yang semulajadi. Ia merupakan suplemen anti penuaan tahap sellular yang terbaik di dunia.

Lemah Tenaga Batin
Vivix Membantu Masalah Lemah Tenaga Batin

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Merawat Lemah Tenaga Batin 

  • Tahap anti oksidan yang sangat tinggi dalam Vivix Shaklee berupaya melindungi dan membaiki terus pada sel DNA. 
  • Vivix berupaya melawan penyakit yang ada pada sel DNA dan musnahkannya, 
  • kemudian ia memperkuatkan semula sel DNA dan memberikan tenaga kepada sel supaya anda mendapat semula kekuatan tenaga batin. 
  • Dalam masa yang sama, Vivix membantu merawat sel organ dalaman pesakit serta memperbaiki sistem saraf tubuh dan memperbaiki kerosakan DNA secara langsung.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

0 comments:

Post a Comment