Sunday, April 30, 2017

Kesan Suntikan Epidural Ibu Bersalin Boleh Menyebabkan Lumpuh?

Epidural (wanita yang mengalami lumpuh selepas bersalin. Ambil iktibar)


Saya akan terangkan bagaimana simtom-simtom nak lumpuh sebelum saya lumpuh sepenuhnya.

Selepas saya bersalin, saya start tak boleh angkat kaki, saya mandi wiladah, husband saya yang mandikan. Saya tanya husbnd, kenapa pinggang and kaki sangat sakit mcm urat tegang, husband kata, itu sebab epidural tadi agaknya. Saya pon diam. Lepas tu saya tanya husband, nurse tadi induce saya guna dripkan ? husband kata ya. Abes yang cucuk ubat kat punggung tu ape ? Husband cakap ubat tahan sakit. Then tulang belakang lak? Itu epidural. Ok saya diam sebab masa sakit bersalin saya mengantuk dan memang tak ingat apa-apa cuma sakit je saya tau. Dalam hati saya cakap, Epidural cucuk sakit ke ? sebab saya sedar masa cucuk Epidural, memang sakitttt. Tapi doc semua peluk saya suruh tahan kejap. doc perempuan siap cium dahi saya supaya sabar. Allah...masa tu rasa macam bertuahnya saya. layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada seorang lelaki pun yang sentuh or tengok saya di dalam labour room kecuali husband saya and doc bius Epidural.

Esok dan sehingga pantang hari ke 3, saya terasa belakang saya sakit sangat-sangat dan tempat cucuk tu bengkak, menjadi warna biru. Selama pantang saya tuam ngan ais supaya tak sakit. Pantang hari 40, saya dah tak boleh jalan. Kaki saya tak rasa, saya menangis-nangis kat bahu husband, saya buang air besar buang air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers. Esoknya saya pergi Hospital Columbia Nusajaya, saya jumpa pakar, terus buat MRI dan hasil result tu memang menakutkan. Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki saya lumpuh sepenuhnya. Doc pakar call hospital yang saya bersalin, dan dari situ barulah saya tahu saya dicucuk Epidural oleh doc pelatih. Husband saya pula bagtau, doc tersebut hanya explain, TIADA KESAN SAMPINGAN, kecuali sakit kepala. ITU SAHAJA.

Memandangkan waktu tu saya dah sakit, saya cuma istighfar agar semua selamat. Belum sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, nak bersalin, baby nak keluar saya rasa semua tu. masa nak jahit saya sampai gigit baju, sakit! walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk hilang rasa kene jahit hidup-hidup.

Kemudian, Doc pakar Columbia sedia membantu saya untuk urusan saman hospital terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk Epidural, saya tetap boleh saman kerana tanggungjawab cucuk Epidural adalah doctor bukan saya cucuk sendiri.

Sekarang saya dah 2 bulan lebih, dah sebulan jugak duduk atas kosi roda. Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support dan menyayangi saya. Semua orang jumpa saya peluk dan mintak saya kuat.

Saya sekarang jalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari kaki saya boleh dah angkat sikit-sikit. Doa kan saya cepat sembuh. Saya terharu ramaiii yang komen and Like status saya. Terima kasih semuaaa... Moga Allah bantu balas jasa anda. Ameen

Ditulis Oleh Ieza Izah via Facebook


Betul ke Suntikan Epidural Boleh Melumpuhkan? 


Dari sudut perubatan, epidural tidak melumpuhkan. Kesan yang wujud berbeza mengikut individu tetapi bukanlah menyebabkan mudharat melampau (walau ada kes terpencil). Janganlah cerita rekaan 'cerpen' di sensasikan begitu rupa hingga memalit aib di banyak muka. Epidural diambil atas berbagai sebab dan fungsi. Rujuklah pada pakar anda sebelum anda bersetuju atau rasa perlu mengambil.

Kelebihan epidural


Epidural memberi ibu pengalaman bersalin yang lebih baik dan tidak menakutkan ibu untuk hamil semula pada masa akan datang.

“Ibu lebih tenang semasa proses melahirkan dan semasa meneran bayi. Oleh kerana ibu tidak stres dan panik, ibu boleh mendengar segala arahan dan galakkan yang diberikan. Otot rahim akan mengecut dengan lebih baik lagi dan kurang risiko pintu rahim tidak membuka dengan baik seperti yang dijangkakan,” 

Keburukan epidural


Epidural ialah satu prosedur yang selamat tetapi kadang-kadang boleh memberi kesan sampingan antaranya:

i) Epidural boleh menyebabkan tekanan darah ibu menjadi terlalu rendah dan jika tidak dikesan ia akan mengakibatkan bayi lemas dan ibu harus dibedah segera.

ii) Ibu yang mengambil epidural, tidak dapat bergerak bebas dan terikat di katil sepanjang proses bersalin dan memerlukan jagaan rapi untuk memastikan tekanan darah ibu tidak turun mendadak dan memerlukan pantauan bayi yang berterusan.

iii) Hilang kawalan pundi kencing dan ibu tidak berasa hendak kencing. Kemudian, meraka dibantu dengan tiub catheter untuk mengeluarkan air kencing. Pundi kencing yang terlalu penuh akan menganggu proses bersalin dan boleh tercedera semasa melahirkan bayi.

iv) Jika pintu rahim telah terbuka sepenuhnya, akibat kebas di bahagian pinggul dan ke bawah, ibu jarang dapat meneran keluar bayi secara efisien. Ini meningkatkan risiko panjang jangka masa bersalin peringkat akhir dan memerlukan penggunaan forcep atau vakum untuk membantu menarik keluar bayi.

v) Risiko lain yang jarang berlaku ialah kekoyakan lapisan dura (dura tear) akibat tusukan jarum epidural dan mengakibatkan cecair spinal keluar dari ruang epidural dan menyebabkan jangkitan kuman yang boleh membahayakan otak dan urat saraf. Bocor lapisan dura boleh mengakibatkan ibu mengalami sakit kepala yang teruk selepas bersalin. Mengikut kajian, anggaran risiko bocor lapisan dura berlaku lebih kurang satu dalam 100 kes. Biasanya lapisan dura yang bocor boleh sembuh secara semula jadi dan jarang memerlukan intervensi yang serius.

vi) Epidural haematoma – Ini ialah satu keadaan yang berlaku akibat tusukkan jarum epidural pada salur darah secara tidak segaja. Pengumpulan darah di titik tusukan jarum epidural yang serius boleh menekan urat saraf dan ia boleh mengakibatkan lumpuh jika tidak dirawat. Ia sangat jarang berlaku.

vii) Amat jarang berlaku ialah rosak saraf akibat tusukan jarum secara tak segaja semasa prosedur dijalankan sehingga menyebabkan lumpuh.

Komplikasi Pengambilan Epidural

Walaupun ada segelintir pesakit yang mengadu sakit pinggang selepas mengambil epidural, kajian menunjukkan prosedur epidural tidak meningkatkan risiko sakit pinggang yang kronik dan sakit belakang tidak berkait secara langsung dengan epidural.
Namun begitu, akibat baring terlalu lama dalam posisi semasa menggunakan ubat epidural, boleh menyebabkan sakit pinggang yang sedia ada menjadi lebih serius.
Kesan tusukan jarum epidural yang menyebabkan rasa sakit belakang selepas prosedur epidural hanyalah kesan sementara untuk beberapa hari dan boleh pulih balik seperti biasa.

Sakit pinggang akibat epidural? Kenapa mesti menanggung kesakitan bertahun tahun..

Sakit akibat suntikan epidural sudah 6 tahun hilang!

Perkongsian pelanggan:
Hari pertama berpantang dengan vivix. Masuk minggu ketiga saya dah tak rasa sakitbelakang akibat kesan epidural.

Tambahan pulak saya berpantangsendiri. Vivix bagi tenaga luar biasa pada saya.




 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive