Monday, April 10, 2017

5 Ubat Tahan Sakit Paling Bahaya

Tidak semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan sakit, cubalah tahan.

Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan berkaitan ubat tahan sakit ini.

Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.

1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)

Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.


2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)

Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit athritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.


3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)

Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang berlebihan.


4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)

Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.


5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)

Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan kematian.


Sumber
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive