Monday, April 3, 2017

Posisi Membuang Air Besar Yang Betul Untuk Elak Masalah Usus


VS


Posisi buang air besar yang betul sangat penting untuk kesihatan jangka panjang.Saya yakin ramai yang dah terbiasa gunakan tandas duduk, kan? Tapi rupanya yang paling elok sudah tentulah tandas cangkung.

Hakikatnya, sejak zaman berzaman manusia memang amalkan buang air besar secara mencangkung. Tapi dengan arus kemodenan Barat, tandas duduk telah diperkenalkan. Kononnya untuk keselesaan dan kini digunakan di banyak rumah kediaman dan premis di seluruh dunia.

Ternyata, tandas duduk sudah pun terbukti mempunyai kesan buruknya yang tersendiri dengan menjadi punca bermacam masalah seperti :
  • sembelit
  • buasir @ hemorrhoids
  • penyakit usus
  • jangkitan kuman pada pundi kencing
  • masalah pada lantai pelvis
Kalau nak tahu, masalah-masalah tersebut didapati makin meningkat seiring dengan meluasnya penggunaan tandas duduk terutama di negara maju seperti di Barat.

Jom tonton video pendek 3 minit di bawah untuk mengetahui sebabnya



Daripada video nie, kita akan nampak macam mana posisi mencangkung sangat memudahkan najis untuk dikeluarkan sepenuhnya. Ini dapat mengelakkan banyak masalah kesihatan akibat najis yang tertinggal ataupun tersimpan di dalam badan.

Jadi, untuk pastikan kita buang air besar dengan betul dan tidak memudaratkan, memang sebaiknya dalam posisi mencangkung/bertinggung. Padanya tersimpan hikmah yang sangat besar untuk kesihatan manusia yang hanya diketahui oleh pengkaji Barat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tapi, rumah saya tiada tandas cangkung. Macam mana?

Jangan risau kalau rumah kita tiada tandas cangkung. Sebab ada situasi yang mana tandas duduk akan jadi sangat membantu terutamanya bagi ibu yang sarat mengandung, ibu berpantang, orang yang obese dan juga mereka yang ada sakit lutut. Kalau tengah cirit-birit teruk pun lebih selesa kalau gunakan tandas duduk, kan? 


Cuma untuk pastikan buang air besar kita itu betul dan tidak memudaratkan walaupun hanya ada tandas duduk, boleh gunakan alas kaki untuk meninggikan kaki seperti di dalam gambar di atas. Pastikan alas kaki tue agak tinggi, jadi kita akan gunakan tandas duduk menghampiri posisi mencangkung.

Salah satu tabiat yang salah tapi banyak dibuat orang ialah meneran semasa buang air besar. Sebenarnya, kita kena biarkan najis keluar sendiri, naturally. Tak perlu meneran pun untuk memaksa najis keluar.
Dalam hal nie, buang air besar sambil mencangkung memang sangat membantu melancarkan pembuangan. Lihat gambar mengenai anorectal angle di atas..

Jadi elakkan meneran semasa buang air besar dan berlama-lama di tandas ya Sebab memang banyak yang dapat buasir gara-gara biasa meneran semasa membuang.



0 comments:

Post a Comment