Saturday, May 6, 2017

Gout Penyebab Terjadinya Batu Karang Ginjal



Jika anda mempunyai penyakit gout tahap kronik, ia boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius kerana kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan anda akan mengeras di dalam tisu dan sendi.

Pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam buah pinggang. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda menurun dan antara lain boleh menyebabkan pembentukan batu batu karang didalam ginjal. Namun begitu, ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.

Menurut satu kajian yang meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan yang mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada ujian terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai penyakit buah pinggang.

Gejala Batu Karang

Sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah, kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.

Pemeriksaan Kesihatan

Antara pemeriksaan yang perlu di jalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing. Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.

Lakukan ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman. Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis radiolucent.

Tip Pemakanan Pesakit Gout

Daripada sudut pemakanan pula:
  1. Elak mengambil minuman berkafein

  2. Minum banyak air kosong.

  3. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan. Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah :
  • organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak. 
  • daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana.
  • Hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana. 
  • Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan
  • Sayur-sayuran dari bentuk kekacang juga perlu dielak.

Rawatan Alternatif Membantu Pesakit Gout Dan Batu Karang











Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplemen


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna. 

0 comments:

Post a Comment