Friday, May 12, 2017

Cara Kecutkan Fibroid Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan

 

Apakah Ketumbuhan Fibroid? 

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Ia terdiri dari tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Rahim mempunyai tiga lapisan. 

  1. Lapisan paling luar ialah lapisan nipis yang dinamakan serosa,
  2. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil.
  3. Lapisan yang paling dalam digelar endometrium. Ketumbuhan fibroid boleh berlaku pada lapisan otot ini, dan mungkin berlaku persendirian atau dalam bilangan yang banyak (digelar fibromatosis). Kebanyakkan fibroid tidak merbahaya.

Gejala dan Kesan-kesan fibroid


Banyak fibroid tumbuh secara senyap dan tidak menimbulkan sebarang masalah, gejala atau tanda. Tambahan pula, hampir semua fibroid akan kecut apabila seseorang wanita mencapai menopaus. Walaupun demikian, dalam keadaan tertentu, fibroid mungkin mengakibatkan masalah seperti :

  • kemandulan, 
  • kehamilan dan kelahiran susah, 
  • gangguan haid dan kesan tekanan pada organ keliling. 
  • penukaran menjadi kanser (sarcoma), tetapi ini jarang berlaku.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan. 

Wanita yang lambat berkahwin ataupun tidak mengandung setelah beberapa tahun berkahwin perlu melalui pemeriksaan doktor pakar untuk mengesan sama ada mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Fibroid mungkin menjadi punca masalah ini, lebih-lebih lagi jika terdapat dalam bilangan yang banyak.

Masalah-masalah mengandung dan kelahiran
  • Boleh menyebabkan keguguran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang dan melintang
  • Menyekat kelahiran bayi 
  • Perasaan sakit bila fibroid menjadi “busuk”(degenerasi)
Simptom/ gangguan haid
  • Haid banyak serta berpanjangan
  • Senggugut ketika turun haid
  • Pendarahan sedikit tetapi berpanjangan
  • Turun darah selepas melakukan persetubuhan

Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing

Pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Pundi in boleh mengalami tekanan jika terdapat sesebuah fibroid yang bersebelahan dengannya. Keadaan ini akan dinampakkan dengan masalah perasaan kerap kencing, pembuangan air kencing tidak memuaskan, tidak boleh menahan kencing dan terkeluar kencing apabila batuk atau bersin.

Fibroid perlu dirawat jika berlaku:
  • Gangguan haid yang teruk
  • Kekurangan darah (anemia)
  • Ketidaksuburan
  • Gejala seperti gangguan kencing 
  • Menyebabkan rahim jatuh (prolapse)
  • Kesakitan yang berpanjangan

Rawatan Pembedahan Fibroid

Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum rawatan dimulakan ialah menetapkan jika pesakit ingin mengandung lagi atau tidak. Pemilihan dilakukan antara pembedahan membuang fibroid (myomektomi) atau pembedahan membuang rahim terus (histerektomi).


1. Pembedahan Membuang fibroid (Myomektomi)

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan. Akhirnya, pesakit mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

2. Pembedahan Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi. Pembedahan jenis ini disyorkan jika bilangan anak telah mencukupi ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun.

Alternatif Mengecutkan Fibroid Dan Cyst Tanpa Pembedahan









 
 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplemen

0 comments:

Post a Comment