Sunday, June 26, 2016

Hidung Berdarah Tiba-tiba? Ketahui Punca dan Penyelesaiannya.



Hidung berdarah sering kali terjadi pada kanak-kanak. Namun ia juga boleh terjadi pada remaja dan orang dewasa. Hidung berdarah berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Hidung berdarah boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengenal usia. Ketahui sebab-sebab hidung berdarah, rawatan serta langkah penjagaan kesihatan awal untuk mengelakkan hidung berdarah berulang.  

Kenapa hidung berdarah tiba-tiba?

Dalam hidung, terdapat permukaan yang dilapisi mukosa. Mukosa ialah lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti salur pernafasan supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mengandungi banyak salur darah yang sensitif. Membran mukosa juga mudah luka jika tercucuk sesuatu seperti kuku.

Kawasan yang mudah terjadi pendarahan ialah dibahagian hadapan nostril iaitu lubang hidung. Ia adalah kawasan yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali. Apabila terdapat jangkitan kuman di kawasan tersebut atau mengalami trauma hentakan di muka, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.

Apa punca hidung berdarah? 

Terdapat faktor luaran dan dalaman hidung berdarah.

1. Faktor luaran
  • Terhantuk 
  • Perubahan suhu dan cuaca yang ketara
  •  Kurang minum air putih 
  • Kurang pengambilan Vitamin C / buah yang mengandungi kandungan Vitamin C 
  • Habuk dan pencemaran 
  • Asap rokok 
  • Ubat-ubatan - aspirin / herba tradisional
2. Faktor dalaman
  • sinus / selsema / inflamasi pada hidung 
  • Darah tinggi 
  • Leukemia 
  • Kanser 
  • Kekurangan Vitamin K - penyakit genatik mudah berdarah. 
  • Penyakit hati
Jangan panik kerana hidung berdarah terjadi adalah perkara yang normal. Kecuali anda mengalami kanser, leukemia dan penyakit serius. Biasa penyakit serius diiringi simpton yang lain juga.

Cara Menghentikan Hidung Berdarah, Ingat Jangan Panik!  

  1. Bertenang, duduk menegak (jangan baring), tundukkan sedikit kepala dan picit bahagian hidung yang lembut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu - tekan dengan kuat menghala ke muka dan mampatkan bahagian hidung yang dipicit sehingga menampan tulang muka. 
  2. Tahan selama 5-10 minit (bernafas hanya melalui mulut sahaja dan jika perlu boleh meludah darah yang mungkin keluar dari mulut).  
  3. Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti. Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.  
  4. Letakkan ais (yang dihancurkan dalam kain bersih) ke dahi dan pipi. Untuk mencegah hidung berdarah semula setelah berhenti  
  5. Jangan picit atau menghembus hidung (tenangkan anak anda jangan menggelupur atau menangis keterlaluan) 
  6. Jangan kesat atau korek darah beku di dalam rongga hidung.  
  7. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual. 
  8. Jangan membeban atau membongkokkan badan untuk mengangkat sesuatu yang berat 
  9. Jangan tunduk atau meletakkan kepala di bawah paras jantung untuk jangka masa yang lama.  
  10. Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)  
  11. Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari.
Sebaiknya, situasi ini anda lakukan dalam bilik air supaya darah yang terkeluar senang nak dibersihkan. Selepas itu, mandikan terus anak anda supaya badan kembali sejuk dan memberi ketenangan buat anak anda.

JUMPALAH DOKTOR JIKA;

  1. Hidung masih berdarah dan tidak mahu berhenti atau telah berhenti tetapi datang semula 
  2. Pendarahan semakin cepat atau terlalu banyak darah yang keluar  
  3. Jika anda terasa letih atau pitam kerana kemungkinan ianya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak  
  4. Darah mula mengalir melalui bahagian belakang tekak dan tidak dari bahagian depan hidung. 
  5. Langkah seterusnya yang dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit serta melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya. Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi jika perlu.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelak hidung berdarah?  

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda cuba:
  • Jangan biarkan hidung anak anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anak anda.Berlembutlah dengan hidung!
  • Jangan korek hidung, hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah.
  • Sentiasa awasi anak agar tidak memasukkan bendasing dalam rongga hidung mereka.
  • Minum lebih air untuk mengelakkan kesemua tisu badan anda termasuk membran mukus daripada menjadi ternyahhidrat. Beri anak minum performance drink untuk elak terhidrasi.

Supplement Yang Sesuai Untuk Atasi Hidung Yang Sering Berdarah

Hidung berdarah menandakan anda memerlukan pengambilan Vitamin C, Performance Drink dan Nutriferon.
 
  1. Vitamin C - Menolong mengukuhkan kapilari dan dinding sel 
  2. Nutriferon - mempertingkatkan sistem imun 
  3. Performance Drink - mengelakkan dihidrasi yang boleh menyebabkan hidung berdarah
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

1 comment:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive