Antara perkara yang membuatkan ramai antara kita STRESS, iaitu ketika mengalami keadaan kencing tak lawas. Serba serbi tak kena waktu tu, kejap kan ke toilet, tapi tak keluar pun air kencing. Belum sampai lima minit
terasa macam nak sangat dah terkencing tapi bila masuk toilet beberapa titik jer
keluar.
Kencing tak lawas ini
bukan
dikategorikan sebagai penyakit, tetapi
lebih kepada petanda atau symptom atau gejala penyakit yang lebih serius
terutama untuk kaum Adam.
Ada lima keadaan yang dipanggil kencing tak lawas
- Air kencing keluar sendiri biarpun kita tidak terasa ingin kencing
- Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita berkeinginan untuk kencing, puas meneran tapi keluarnya terlalu sedikit
- Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita sudah menanggung kesakitan untuk kencing
- Air kencing terlalu banyak biarpun baru sejam membuang air kencing
- Rasa sakit ketika membuang air kencing, tetapi dalam masa yang sama rasa tidak puas menghabiskan air kencing
Kita perlu kenal pasti dulu punca
utama kenapa kita mengalami keadaan ini, supaya keadaan ini tidak
berulang di lain hari. Selalu kita dengar kan, mencegah itu lebih baik
daripada merawat.
Lima Punca Utama Kencing Tak Lawas:-
1. Kurang Minum Air
Bukan teh tarik mamak tau, kita kurang minum air masak atau
air kosong. Memang ada keadaan kita terlupa
nak minum terutama waktu sibuk dengan meeting sana sini, dengan kerja yang tak pernah
nak habis, lagi satu bila banyak minum banyak kali kena ke tandas, bab ni
memang ramai antara kita yang kurang RAJIN.
2. Tahan Kencing
Ini selalu juga kita buat, kalau dok leka buat sesuatu kerja
sanggup tahan-tahan kencing atas sebab nak sudahkan dulu kerja baru nak pergi
tandas, apatah lagi kalau tandas jauh dari tempat duduk. Berat je bontot nak
bangun kan. No... no.. jangan dok tahan kencing lagi.
3. Kebersihan Alat Sulit
Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas
membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari
belakang
ke depan selepas membuang air besar. Kaum wanita terutamanya, alat sulit
kita
lebih sensitive, perlu di elakkan memegang dengan tangan yang kotor.
Penggunaan pencuci alat sulit yang sesuai juga boleh membantu.
4. Penuaan
Ini merupakan masalah common pada BMW 3series, 4series dan seterusnya. Kalau break pad kereta pun boleh haus, nikan pula manusia. Kan?5. Kencing manis ( diabetes )
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi.Cara Mengatasinya - Petua Lama
Kalau dah terkena, atau tengah mengalaminya sekarang kita boleh pakat
cuba petua ni, petua tradisional dan cara moden, terpulang kepada
pilihan kita, mudah-mudahan membantu.
1. Daun Sirih
Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih
berkenaan dua kali sehari. Air rebusan sirih
juga boleh dijadikan air basuhan alat sulit terutama untuk kaum wanita yang
mengalami masalah keputihan.
2. Air Barli
Rebus sedikit barli hingga kembang, dan minum airnya. Jika
perlu boleh ditambah gula. Air barli ini InshaAllah boleh membantu kita
mengurangkan rasa sakit dan jika diamalkan selalu bagus untuk penyejukan badan.
3. Air Basuhan Beras Terakhir
Simpankan segelas air basuhan beras, dan minum selepas kita
selesai makan tengah hari. Boleh amalkan setiap hari sehingga masalah kencing
tidak lawas kita sembuh. Tapi pastikan air yang kita gunakan itu air bertapis,
bagi mengelak penyakit yang lain pula.
4. Jus Nenas
Nenas yang dimaksudkan di sini ialah nenas muda, hiris
nipis. Kisar dua keping hirisan nenas tadi dengan segelas air masak. Tapis airnya dan boleh
terus di minum.
Supplemen Shaklee Membantu Atasi Masalah Kencing Tak Lawas
1. Garlic Complex
Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang dapat membantu dalam masalah jangkitan kuman dan sebagainya.2. Alfalfa Complex
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.3. Peppermint Ginger Plus
Bagus untuk system penghadaman yang sihat kerana kandungan pudina,
halia, jintan manis dan jintan hitam yang mana dapat memberi rasa nyaman
dan melegakan. Part yang paling best, boleh cairkan dalam tea
o..ala-ala tea halia gitu.Mabeles!
Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas
- Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.
- Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein
- Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing
- Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.
- Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee.
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment