Tuesday, September 6, 2016

Apa itu Lemak Trans dan Bahaya Lemak Trans Kepada Kesihatan



Pernahkah anda ternampak label makanan menyatakan “Produk ini bebas lemak trans”.

Apa Itu Lemak Trans?

Lemak terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu (Unsaturated Fat) samada dalam bentuk Cis Fat atau Trans Fat iaitu bergantung kepada susunan molekulnya.

Lemak Trans ada yang berlaku secara semulajadi dan ada yang buatan (aritificial). Biasanya dilakukan dalam industry melalui proses Hydrogenation (penambahan hydrogen). Perkataan “trans” merujuk kepada perletakan gemotri atom hidrogen pada molekul lemak- iaitu asid lemak. Ya! Lemak tidak tepu tetap merbahaya terhadap kesihatan.

Lemak sayuran wujud dalam bentuk cecair. Atom hidrogen mampu ditambah kepada lemak sayuran melalui proses penghidrogenasi. Pernambahan atom hidrogen akan menyebabkan keadaan “trans” atau separa pepejal. Lemak sayuran ini hanya dihidrogenasi sebahagiannya maka lahirlah nama “minyak separa hidrogenasi”.

Sekiranya proses hidogenasi dibenarkan berlarutan sehingga tiada ruang untuk atom hidrogen terletak lagi, asid lemak akan menjadi tepu, maka lahirlah lemak tepu.

Dah Tahu Lemak Trans Bahaya, Kenapa Masih Guna?

Bagi sesetengah Negara, ada yang dah haramkan (Denmark, Swiss, Kanada dll) penggunaan Lemak Trans dalam makanan. Kelebihan Lemak Trans ini adalah
  • membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Itu merupakan tujuan utama penghidrogenasi apabila proses ini dipaten
  • mudah digunakan 
  • murah untuk dihasilkan
  • Malah tempoh penggunaan adalah panjang. 
  • Ia membaiki tekstur dan rasa yang lebih menarik bagi banyak makanan yang diproses.
  • Penggunaan minyak dari Lemak Trans boleh berulang kali digunakan. Sebab itu jadi jimat. 
Walaupun makanan kaya dengan lemak trans yang kita makan setiap hari sangat lazat, kita harus akui kesan buruk akibat lemak trans terhadap sistem badan kita. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kesan negatif lemak trans terhadap badan.

Bahaya tuuuu

Lemak Trans ni akan meningkatkan ‘Kolesterol Jahat’ (LDL) dan mengurangkan ‘Kolesterol Baik’ (HDL). Makan Lemak Trans juga meningkatkan potensi untuk penyakit hati dan strok. Ia juga berkaitan dengan pengembangan Diabetes Type 2

Makanan Apa yang Biasa Ada?

Kandungan Lemak Trans
Ia boleh dijumpai dalam makanan bergoreng seperti Donut, Kek, Pai, Pizza frozen, ayam goreng, biskut, roti canai dan juga makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak Malaysia. Proses menggoreng turut menghasilkan lemak trans.

Nak tahu makanan itu adalah Lemak Trans atau tidak boleh rujuk Nutrition Fact (label nutrisi) di bahagian belakang pembungkusan makanan. Tapi jangan TERTIPU ye. Walaupun kat situ tulis “0 gram Lemak Trans” tapi sebenarnya ia merujuk kepada kurang daripada 0.5 gram Lemak Trans. Bukan tiada langsung

Kenapa saya harus menjauhi lemak trans?

Penambahan lemak trans di dalam diet harian menambahkan faktor risiko menjejaskan kesihatan yang sedia ada pada setiap individu. 
  1. Lemak trans terbukti mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). HDL merupakan faktor lemak yang paling tepat dalam meramal kebarangkalian seseorang individu untuk mendapat serangan jantung. Lebih rendah paras HDL, lebih tinggi kebarangkalian serangan jantung. 
  2. Sebenarnya, lemak trans itu sendiri mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lapisan dalam salur darah. Bayangkan lemak trans seakan peluru berpandu yang menyerang kubu pertahanan badan atau sel-sel lapisan dalam salur darah manusia. Serpihan yang terhasil akibat serangan ini mampu menyekat laluan darah yang diperlukan oleh jantung, maka meningkatkan kebarangkalian serangan jantung. 
  3. Lemak trans turut menyebabkan insulin, sejenis hormon yang mengawal aras glukosa dalam darah, menjadi tidak efektif. Akibatnya, lemak trans menjadi faktor risiko diabetes. Bagi pesakit diabetik, terutamanya pesakit obes, kawalan aras glukosa menjadi lebih sukar meskipun dengan ubat dengan pengambilan lemak trans.
Walau bagaimanapun, lemak trans wujud secara semula jadi dalam diet harian kita. Ia boleh didapati di dalam daging lembu, daging kambing dan makanan tenusu. Bakteria yang wujud di dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans. 


Secara amnya makanan Malaysia mempunyai kandungan lemak trans yang rendah, makan yang digoreng seperti ayam goreng dan makanan yang menggunakan marjerin seperti roti canai mengandungi lemak trans yang agak tinggi.

Langkah Mengurangkan Pengambilan Lemak Trans 

Sebagai pengguna, terdapat beberapa langkah mudah untuk mengurangkan nafsu pengambilan lemak trans.
    • Pilih produk yang bebas lemak trans. Ini termasuklah produk yang menyenaraikan “minyak separa hidrogenasi” di dalam ramuannya kerana “minyak separa hidrogenasi” adalah nama lain bagi lemak trans.
    • Pilih produk rendah lemak tepu dan rendah kolestrol, sebaik-baiknya kurang daripada 5% peruntukan harian. Lebih rendah nilai ini, lebih rendah kemungkinan pengambilan lemak trans. 
    • Penggunaan lemak monotaktepu (minyak zaitun, minyak canola) atau lemak politaktepu (minyak bunga matahari, minyak jagung) sekiranya resipi memerlukan lemak. 
    • Jangan menggunakan minyak masak lebih lagi sekali. 
    • Elakkan makanan yang mungkin mengandungi lemak trans.Sebagai panduan am, elakkan makanan yang mengandungi marjerin, pastri atau biskut, makanan segera (kentang goreng, ayam goreng dan burger) makanan sejuk beku (pizza beku, nugget beku, pau). 
    • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum dan daging/daging ayam yang dibuang kulit dan lemak.
    Beringatlah sebelum menikmati roti canai atau nasi lemak harian anda, sebelum terlambat.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-

    SMS/whatapps: 013-4505852
    Shaklee ID: 1027990
    Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
     
     
     

    Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    

    0 comments:

    Post a Comment