Saturday, September 3, 2016

Cara Mudah Dan Selamat Mencerahkan Kulit Secara Semulajadi



Saya perhatikan ramainya orang kita yang obses nak jadi putih dan cerah. Ada yang sanggup berhabis duit beli produk mencerahkan kulit tak mengira sama ada ia selamat atau pun tidak. Janji boleh putih dalam masa sekejap walaupun muka dan tangan warna lain-lain. Padahal, genetik kita pun rata-ratanya memang jenis kulit yang tidak cerah.

Cuma bagi yang ada pigmentasi dan juga sunburn, dah tentulah nak cuba mendapatkan kembali tona kulit yang sekata dan kulit yang lebih cerah, betul tak? Yang penting kulit kembali sihat dan cantik. 

7 Fakta Ringkas Tentang Pigmentasi Kulit 

Sebelum tue, jom fahami dulu macam mana pigmentasi kulit berlaku. Inilah penyebab kulit jadi gelap dan kadangkala muncul tompok-tompok hitam (jeragat).

Warna kulit kita datang daripada pigmen yang dipanggil melanin.Melanin dihasilkan oleh melanocytes, sejenis sel yang terdapat jauh di bawah kulit. Warna kulit manusia dipengaruhi oleh melanin.Dengan menggunakan sejenis enzim dipanggil tyrosinase, Melanocytes akan menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada melanin.
 
Melanin yang terhasil ini kemudiannya `dihantar` ke lapisan atas kulit. Semakin banyak melanin terhasil, makin gelaplah kulit kita. Keadaan mereka yang tiada ataupun terlalu sedikit melanin pula dipanggil Albino.
Terdapat dua bentuk melanin; Pheomelanin yang lebih cerah dan kekuning-kuningan, ataupun Eumelanin yang berwarna coklat gelap.
 
Pendedahan kepada sinar UV matahari, ketakseimbangan hormon estrogen, pengambilan ubat tertentu, dll adalah antara faktor yang merangsang penghasilan melanin dan menyebabkan pigmentasi. Sinaran UV, asap dan pencemaran juga menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan meningkatkan pigmentasi.

Jadi, kebanyakan produk memutih kulit @ produk mencerahkan kulit akan bertindak dengan memperlahankan penghasilan melanin ini. Ada yang guna bahan kimia untuk memberhentikan terus aktiviti melanocytes. Sesetengahnya guna teknik pengelupasan (peel), dan ada juga produk yang mengandungi vitamin untuk mencerahkan kulit.

Apapun pilihan anda, elakkan sebarang produk yang sampai boleh menghalang penghasilan melanin (contohnya seperti tranexamic acid) ataupun yang melibatkan pengelupasan (seperti merkuri atau hydroquinone).

Sebabnya, awal-awal memang kulit putih dan cantik dengan cepat, tapi untuk jangka panjang kesannya sangat bahaya! Tuhan dah jadikan melanin untuk memelihara sel-sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV matahari, yang mana kalau terdedah secara berlebihan boleh menyebabkan kanser. Bayangkan kalau penghasilan melanin dihentikan terus, mudaratlah jawabnya, kan.

Berita baiknya, ada cara mencerahkan kulit yang semulajadi dan terbukti selamat iaitu dengan Vitamin C.

Apa itu Vitamin C? 

vitamin C shaklee untuk mencerahkan kulit secara semulajadi
Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Anda boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. 
Vitamin C juga adalah bersifat antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit 

Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet anda untuk kulit yang lebih cantik dan cerah. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit.
Ia didapati boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi dengan cara:
  • Vitamin C mengurangkan penghasilan enzim tyrosinase. Jadi melanin kurang dihasikan.
  • Vitamin C juga adalah sejenis antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan penuaan serta pigmentasi seperti timbulnya tompok-tompok hitam pada kulit. 
  • Vitamin C meningkatkan paras DUA ANTIOKSIDAN KUAT lain
Glutathione (antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak).
  • Glutathione merangsang penghasilan Pheomelanin (yang mencerahkan kulit), berbanding Eumelanin (yang menggelapkan kulit). Ia juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit.
  • Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.
  • Produk topikal (untuk sapuan luaran) mengandungi Vitamin C juga membantu membaikpulih kulit yang terdedah kepada sinaran UV matahari. Vitamin C berfungsi sebagai ejen pengelupas semulajadi yang lembut. Bila sel kulit mati (yang pastinya terkandung melanin) dapat disingkirkan, kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut.
Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. 
Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    
Hubungi saya untuk pembelian dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak  untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

0 comments:

Post a Comment