Sunday, September 4, 2016

Kuman Pemakan Daging Boleh Membawa Maut


Anda semua pasti pernah mendengar cerita tentang ikan piranha yang amat suka memakan daging, bukan? Namun tahukah anda, terdapat juga kuman yang memakan daging manusia?

Keadaan ini dikenali sebagai Necrotising fasciitis di kalangan pengamal perubatan. Ia biasanya sebabkan oleh kuman dari spesis Streptococcus atau secara spesifiknya, dikenali sebagai Group A, beta hemolytic streptococcus. Terdapat juga beberapa kuman lain yang boleh menyebabkan masalah kesihatan ini seperti spesis Clostridium, E. coli dan fungus.

Ia sangat cepat merebak terutama kepada pesakit kencing manis dan kanser. Pesakit ini biasanya lemah ketahanan badan dan tidak mempunyai imun untuk melawan penyakit. Oleh kerana ia sangat merbahaya dan cepat merebak, kebiasaannya ia dirawat menggunakan antibiotik dengan dos yang tinggi dan kaedah pembedahan.

Gejala dan Tanda Penyakit Necrotising fasciitis

Penyakit ini jarang terkena kepada pesakit yang sihat. 70% daripada kes pesakit yang direkodkan adalah mereka yang merupakan penghidap kencing manis, masalah imun yang rendah kerana memakan ubat seperti ubat kanser, pesakit kanser dan penderita penyakit kronik.

Pada awalnya, kawasan yang terkena jangkitan mungkin bermula dari luka kecil. Walaupun luka yang kecil, pesakit merasakan kesakitan yang teramat sangat.

Sebenarnya kedudukan bakteria yang berada bawah di dasar kulit menyebabkan kulit kelihatan seperti tidak ada apa-apa. Dalam tempoh beberapa jam, tisu semakin membengkak dan merah. Ini kerana bakteria semakin merebak ke sekitar kawasan sekeliling. Kulit mula bertukar warna menjadi kebiruan dan keunguan. Blister atau pelepuhan mula kelihatan dan kulit dan sel bawah kulit mengalami kematian (necrosis).



Pesakit yang mengalami necrotising fasciitis biasanya mengalami demam dan kelihatan sangat lemah dan tidak sihat. Kadangkala pesakit muntah dan cirit birit. Sekiranya tidak dirawat 73% daripada penghidap boleh membawa maut.

Pathofisiologi

Bakteria pemakan daging ialah satu misnomer. Bakteria tersebut sebenarnya tidak memakan daging itu. Apa yang bakteria itu lakukan ialah ia merosakkan kulit dan otot dengan merembeskan satu toksin. Toksin ini yang menyebabkan kerosakan kepada sel tubuh. Nama bakteria itu ialah Streptococcus pyogenes.

Rawatan Penyakit Necrotizing Fasciitis

Pesakit akan dibedah sekiranya pesakit didiagnos dengan penyakit necrotizing fasciitis. Tisu-tisu yang dijangkiti akan dibuang secara agressif. Pembedahan adalah pilihan rawatan yang paling utama kerana membiarkan tisu yang dijangkiti akan menyebabkan toksin merebak ke tempat lain pula. dalam masa yang sama antibiotik ke dalam saluran darah vena juga akan diberikan.

Setelah banyak tisu kulit dibuang ia akan menyebabkan luka yang besar terbuka di kawasan pembedahan. Luka yang besar ini akan ditutup dengan kulit yang diambil daripada kawasan badan yang lain. Kebiasaannya pesakit akan di rawat di kawasan rawatan rapi dan sangat ketat kawalannya untuk mengelakkan jangkitan.


Sekiranya masalah itu sangat ekstrim, amputasi organ mungkin menjadi pilihan. Selain daripada itu rawatan hyperbaric oxygen boleh membantu pesakit namun tidak banyak hospital yang menawarkan kaedah ini.

 
 
Sebaiknya, jika anda adalah penghidap penyakit-penyakit kronik, jika ada luka atau digigit serangga atau binatang lebih baik dapatkan rawatan dengan segera. Pastikan dulu jangkitan itu bukanlah necrotizing fasciitis. Kalau NF, kena segera buang tisu mati untuk mengelakkan jangkitan merebak. Jika terlalu serius, anggota badan mungkin perlu dipotong. Jika terlambat lagi, mungkin boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Luka beransur baik dalam 2 minggu Dengan Vivix


Ini adalah gambar isi yang telah dipotong kerana jangkitan yang saya kira necrotizing fasciitis berdasarkan isi yang dibuang akibat jangkitan kuman.Takut kan tengok kalau terdedah macam tu?

Alhamdulillah, luka itu beransur baik dalam masa 2 minggu selepas pengambilan Vivix. Dengan pengambilan yang konsisten dengan sukatan yang betul, in sha Allah Vivix boleh membantu meningkatkan kesihatan kita.

Tapi, harus diingat, Vivix adalah suplemen dan bukannya ubat. Jadi, ia tak boleh bagi kesembuhan serta-merta. Tapi Vivix membantu membaikpulih sel-sel yang rosak dan membantu pertumbuhan sel baru yang lebih sihat. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive