Monday, September 26, 2016

Bahayanya Masalah Telinga Berdesing Dan Tips Mengatasinya



Tinnitus adalah satu keadaan di mana seseorang itu akan mengalami bunyi desingan di dalam telinga. Ia boleh berlaku di kedua-dua belah atau sebelah telinga sahaja. Tinnitus boleh mengganggu aktiviti harian anda seperti mengganggu tidur dan emosi. Jika tidak dirawat, bunyi desingan berkemungkinan menjadi lebih kuat pada masa akan datang dan boleh mengganggu pendengaran anda.

Punca-punca berlakunya tinnitus adalah: 

  • faktor usia yang menyebabkan pendengaran menjadi kurang 
  • terdedah kepada bunyi bising pada jangka masa lama seperti mereka yang bekerja dengan mesin yang bising 
  • telinga tersumbat disebabkan oleh wax 
  • perubahan pada tulang dalaman telinga (otosclerosis) 
  • penyakit Meniere's disease 
  • ketidaknormalan sendi tulang rahang 
  • pernah mengalami kecederaan di kepala 
  • ketumbuhan pada saraf otak 
  • tekanan darah tinggi 
  • pembentukan plak atherosklerosis pada pembuluh darah yang berdekatan dengan telinga 
  • kecacatan salur darah kapilari di dalam otak (arteriovenous malformation) 
  • pengambilan ubat-ubat
    tertentu untuk jangka masa lama seperti aspirin, antibiotik (polymycin B, erythromycin, neomycin dan
    vancomycin), ubat kemoterapi, diuretik, ubat rawatan kemurungan dan
    quinine

Tanda-tanda berlakunya tinnitus

  • pendengaran menjadi kurang
  • sakit kepala
  • pening kepala (vertigo)

Tips untuk atasi masalah Tinnitus

  1. Kurangkan pendedahan kepada bunyi yang bising

Sekiranya anda mudah terdedah kepada bunyi bising seperti bekerja dengan mesin yang bising, dapatkan alat penyumbat telinga seperti plak telinga. Ia dapat membantu untuk menapis bunyi yang berfrekuensi tinggi daripada masuk ke dalam telinga. Plak telinga biasanya dijual di kedai-kedai farmasi

       2. Hentikan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan tinnitus

Sekiranya anda sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat yang mempunyai kesan sampingan untuk menyebabkan telinga berdesing, bincang dengan doktor peribadi anda untuk mengatasi masalah ini.

       3. Alihkan perhatian anda daripada bunyi desingan telinga

Kaedah ini sangat berkesan untuk mereka yang menghadapi masalah untuk tidur disebabkan oleh tinnitus. Menurut Prof. Dr Vernon daripada Jabatan Otolaryngologi di University of Health Science Oregon,
mengalihkan perhatian daripada bunyi desingan dapat dilakukan dengan mendengar bunyi-bunyi tertentu. 
Antara bunyi yang disyorkan oleh beliau ialah bunyi desiran ombak, bunyi kipas berputar, bunyi paip hujan dan bunyi persekitaran yang boleh menenangkan fikiran. Ia dapat dilakukan dengan merakam bunyi-bunyi tersebut dengan menggunakan pita perakam.

        4. Berhentikan tabiat merokok.

Nikotin boleh melambatkan pengaliran darah ke dalam telinga dan menyebabkan berlakunya tinnitus.

        5. Berhenti daripada mengambil minuman keras dan berkafein.

Alkohol dan kafein boleh menguatkan bunyi tinnitus. Namun saintis masih tidak dapat mengaitkan secara jelas bagaimana ianya berlaku.Secara teori, alkohol dan kafein boleh mengurangkan pengaliran darah ke otak dan telinga, dan ini boleh mewujudkan bunyi desingan di dalam telinga.

        6. Melakukan kaedah pernafasan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof Dr Robert E. Brummett daripada Oregon Hearing Research Centre, tinnitus boleh disebabkan oleh kekurangan pengaliran oksigen ke telinga dan tekanan emosi. Beliau mendapati kaedah menarik nafas secara dalam dan perlahan-lahan dan diikuti dengan menghembusnya secara perlahan-lahan di tempat yang berangin (seperti di bawah pokok) dapat mengurangkan bunyi desingan tinnitus.

Rawatan tinnitus atau telinga berdesing

Terdapat 2 jenis ikhtiar yang boleh dilakukan bagi merawat masalah tinnitus.
  1. merawat menggunakan ubat
  2. rawatan tanpa ubat

Rawatan menggunakan ubat

Ubat yang paling biasa diberikan oleh doktor kepada pesakit tinnitus adalah betahistine atau nama lainnya Betaserc. Sesetengah pesakit mengalami kesan sampingan seperti pening kepala apabila mengambil betahistine. Maklumkan kepada doktor kalau dapat kesan sampingan sebegini.

Rawatan tanpa ubat

Orang yang mempunyai masalah tinnitus, biasanya susah nak tido. Sebab dalam keadaan senyap, bunyi desingan dalam kepala tu sangat obvious. Jadi, mereka disarankan untuk memasang bunyi yang perlahan seperti muzik atau alunan zikir/ayat Al-Quran. Jadi pesakit akan fokus terhadap bunyi dari lain bukan bunyi desingan tersebut.

Satu lagi rawatan tanpa ubat yang paling popular adalah dengan mengamalkan supplement yang mengandungi resveratrol seperti Vivix Shaklee.  Di bawah ini merupakan seorang pesakit vertigo + tinnitus yang mengamalkan Vivix. Alhamdulillah. Sangat berkesan untuk dirinya. Dan yang paling penting tiada kesan sampingan yang tidak diingini kerana Vivix Shaklee 100% diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi.

vivix for tinnitus

Kajian yang menunjukkan komponen resveratrol digunakan untuk merawat tinnitus. Untuk pengetahuan semua, resveratrol adalah komponen yang terdapat di dalam Vivix.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma, penjimatan dengan harga Ahli serta konsaltansi Secara Percuma.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya :
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 

0 comments:

Post a Comment