Thursday, September 29, 2016

Tips Menambahkan Berat Badan Bayi Dalam Kandungan



Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil.Tetapi bagaimana kita dapat mengetahui bayi dalam rahem sedang mengalami proses pertumbuhan fizikal yang baik

Apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound. Beberapa parameter yang membantu doktor untuk menganggarkan berat bayi dalam rahem akan diambil.
Antara parameter yang diukur ialah ukur lilit abdomen abdominal circumference-AC), panjang tulang femur (femur length), diameter kepala (biparietal diameter), ukur lilit kepala ( head circumference-HC)

Dari parameter ini, banyak formula yang boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan anggaran berat bayi (BW) dalam rahem. Sebagai contoh, jika umur kehamilan berusia 25 minggu, purata bagi berat bayi adalah 785 gram. Tetapi jika anggaran berat bayi yang diukur ialah 568 gram, ini bermakna bayi mempunyai masalah.

Punca Kurangnya Berat Bayi Dalam kandungan

Kekurangan berat badan bayi disebabkan sama ada ibu hamil mengalami masalah kesihatan seperti :
  • hypertensi kronik, 
  • anaemia, 
  • berat badan ibu sebelum hamil, 
  • pertambahan berat badan ketika hamil, 
  • diabetes ketika hamil, 
  • umur ibu ketika hamil. 
  • Pemakanan

Apa perlunya mengetahui berat badan bayi yang ada dalam rahem?

Doktor selalunya ingin mengambil langkahberjaga-jaga apabila anggaran berat bayi kurang 2500 gram atau terlalu tinggi melebihi 4000 gram. Ini kerana bayi-bayi sebegini selalunya menghadapi masalah ketika dan selepas dilahirkan.

Berat optima seorang bayi antara 3000-4000 gram ketika dilahirkan. Bayi yang mempunyai berat kurang dari 2000 gram ketika lahir selalunya akan dimasukkan ke neonatal ICU untuk pemeriksaan selanjutnya.

Manakala berat bayi yang melebihi 4500 gram atau berat melebihi 4250 gram pada wanita yang mempunyai gestational diabetes, harus dilahirkan dengan cara pembedahan cesarean section untuk mengelakkan risiko ketika melahirkan secara normal. Ini kerana bentuk bahu yang melebar atau kepalanya yang lebih besar menyukarkan bayi dilahirkan. Ramai doktor yang tidak mahu mengambil risiko dengan menyambut kelahiran bayi dengan cara biasa, iaitu normal vaginal delivery.

Jadi mengetahui berat bayi dalam kandungan adalah sebahagian info yang perlu diketahui sebelum bayi dilahirkan. Bukan itu saja, berat badan bayi melambangkan tahap kesihatan bayi ketika itu dan apabila bayi itu membesar nanti.

Tips Meningkatkan Berat Badan Janin Dalam Kandungan

Bagi ibu yang runsing berat baby dalam kandungan kurang dengan kata lain baby kecik tak mengikut perkembangan yang normal... berikut adalah cara menambah berat badan bayi dalam kandungan :
  • Pengambilan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko spina bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect. 

  • Mengambil sarapan pagi yang lengkap dengan nutrisi. Apabila seorang wanita tidak bersarapan, ini akan menyebabkan tubuh badannya mempunyai kurang nutrient yang sepatutnya.Waktu antara pagi dan tengahari yang ‘kosong’ ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrient yang cukup untuk pertumbuhan fizikalnya. Nutrient adalah penting untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika keadaan ini berterusan, risiko untuk kelahiran pramatang dan beberapa kecacatan lagi adalah tinggi.

  • Minumlah susu untuk setiap hari secara rutin pagi dan petang atau malam sebelum tidur. Supplement yang disyorkan ambillah Ostematrix.

  • Perbanyakan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.Supplement yang disyorkan ambillah B-Complex

  • Pengambilan daging ayam atau lembu yang sihat untuk memenuhi keperluan protein tubuh sepanjang tempoh kehamilan. Supplement yang disyorkan ambillah ESP

  • Perbanyak mengambil ikan laut sepeti ikan salmon, ikan tenggiri dan lain sebagianya. Supplement yang disyorkan ambillah Omega Guard

  • Minum suplemen atau multivitamin untuk Ibu hamil. Supplement yang disyorkan ambillah VitaLea

  • Perbanyak minum air putih serta senaman yang seimbang.

Perkara yang perlu dielakkan adalah:

  • Merokok menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah apabila beratnya kurang dari 2500gm. 
  • Alkohol (arak) meninggikan risiko untuk pertumbuhan fizikal yang negatif pada bayi. ”Fetal Alcohol Syndrome” adalah keadaan yang menyebabkan bayi mengalami mental yang terencat. 
  • Hindari minuman bersoda dan berkafein
  • Hindari makanan yang pedas.
Tahniah Anda Hamil. Jom dapatkan Set Kehamilan Terbaik ini

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-


SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    

0 comments:

Post a Comment