Anda malu dengan lutut hitam atau buruk? Tak tahu apa langkah
penjagaan? Cara pemutihan? Ikuti tips berkesan untuk memutihkan
lutut ataupun siku anda.
1.Dengan menggunakan jus lemon
1.Dengan menggunakan jus lemon
Untuk pengetahuan anda, lemon dipercayai
dapat mencerahkan kulit anda yang gelap. Caranya dengan mengoleskan jus
lemon pada lutut atau siku 2 kali sehari. Anda lakukan dengan celupkan
kapas ke dalam jus lemon dan usapkan secara perlahan pada lutut dan siku
anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu bilas dengan
air. Anda juga boleh gunakan kulit limau dengan gosokkan pada lutut dan
siku selama 45 minit. Jangan terus lembabkan kulit lutut dan siku
sebelum/selepas melakukan cara ini. Jika anda melakukannya secara rutin
maka lutut dan siku anda akan kelihatan tidak gelap lagi .
2.Dengan menggunakan skrub gula
Butiran
halus pada gula boleh digunakan untuk hilangkan warna gelap pada lutut
dan siku. Faedah lain ialah nutrisi yg terkandung dapat berfungsi untuk
melembapkan kulit. Cara sangat mudah, anda boleh larutkan dulu di air
kemudian usapkan pada bahagian lutut dan siku anda. Lakukan cara ini 1
kali dalam sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan tentunya
cepat.
3.Memutihkan menggunakan kunyit
Kunyit sememangnya mempunyai banyak
manfaat yang boleh digunakan untuk rawatan badan ataupun untuk putihkan
kulit yang gelap. Bukan itu saja, kunyit juga dapat melembutkan dan
menghaluskan kulit yang kasar serta membuat kulit menjadi kuning
langsat. Bagaimana caranya? Ambil putih telur lalu campurkan dua titis
minyak zaitun dan lemon. Tambahkan kunyit yang telah dihaluskan, akhir
sekali letakkan pada siku dan lutut. Selepas beberapa minit, bilas
dengan air bersih.
4.Dengan minyak kelapa
Caranya dengan oleskan minyak kelapa dan
urut pada bahagian siku dan lutut yang gelap selama 5 minit. Biarkan
selama beberapa waktu kemudian bersihkan dengan air. Dan boleh juga
dengan cara mencampur minyak kelapa dengan beberapa titis jus lemon
untuk mendapatkan kulit yang lebih putih.
5.Dengan menggunakan yogurt
Begini caranya. Yogurt dicampur dengan beberapa titik
cuka, kemudian sapu dan usap di lutut dan siku. Kemudian biarkan selama
15 minit lalu bilas.
6.Herbal Blend multipurpose cream Shaklee
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Krim
yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia
dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku
serta tumit kaki.Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat
daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse
chestnut yarrow dan rosemary.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment