Thursday, November 13, 2014

8 Panduan Makan Malam Yang Sihat

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari. Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang boleh menyumbang kepada kegemukan.

Jadi bagi yang suka makan malam dan tidak mahu gemuk bolehlah ikuti panduan ini.
  1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  3. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  4. Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
  6. Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
  7. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Contoh hidangan makan malam yang sihat


Menu
Kuantiti
Kalori
Nasi putih
1 cawan
150
Ikan bawal goreng
1 kecil
140
Sup sayur campur
1 mangkuk kecil
40
Kerabu pegaga
1 cawan
50
Air kosong
1 gelas
-
Betik
1 potong
60
Jumlah kalori
440


Menu
Kuantiti
Kalori
Nasi putih
1 cawan
150
Terung sambal (panggang)
1 biji sederhana
140
Asam pedas ikan senangin
1ekor sederhana
120
Air kosong
1 gelas
-
Nanas
1 potong
60
Jumlah kalori
470

Menu
Kuantiti
Kalori
Satu mangkuk mihun sup (lebihkan sayur dan kurangkan minyak)
1 mangkuk
260
Teh tarik
1 gelas
130
Epal
1 biji sederhana
50
Jumlah kalori
440
  

Bagi Membantu anda mempercepatkan pembakaran lemak  anda boleh mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!  
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive