Tuesday, March 3, 2015

Cara Mudah Kurangkan Jumlah Kalori Dalam Menu

Boleh kata, setiap makanan dan minuman yang kita ambil ada jumlah kalorinya. Jumlah kalori berlebihan yang kita makan, kalau tak dibakar akan akan ditukar jadi lemak simpanan. Sudahnya, bertambah banyak lemak. Paling banyak, pastinya di perut kita. Tapak simpanan lemak terbesar dan tak terkalah! 
 
Jom kita lihat 5 petua/cara untuk potong jumlah kalori dalam setiap hidangan menu harian kita. Ingat satu perkara, misi utama dalam nak kuruskan badan ni ialah KALORI (kcal). 
 
1. Tukar air minuman 
50 kcal kepada 0 kcal. Teh/Kopi + 1 sudu gula + 1/4 susu rendah lemak (Kalori = 50kcal). Tukar minum minum air kosong yang 0 kalori. Senangkan? Ataupun boleh cuba minum dalam cawan lebih kecil atau kurangkan jumlah gula. Gula mahal sekarangkan? Cara yang ni paling mudah untuk dibuat. InsyaAllah, boleh kurangkan berat badan dalam <1kg dalam masa 1-2 minggu. 
 
2. Hadkan ambil saiz bahagian makanan
Contohnya, ambil potongan ayam yang kecil. Ambil dalam 2-4 potongan dah cukup. Anggaran kalori jumlah berat potongan ayam kecil dalam 170 kcal. Kalau ambil ayam besar berat dalam 120g, kalorinya dah cecah 250kcal. Jadi, tipsnya ialah ambil small portion. Lebihkan hidangan sayur-sayuran. cara mudah kuruskan badan dengan cepat Nak kurus kena bersenam dan jaga makan…hoho 
 
3. Masak sendiri 
Ini paling senang. Kita yang masak, jadi kita boleh kawal jumlah gula, garam dan perasa dalam menu harian. Contohnya, 1 sudu teh gula = 20 kalori. 1 sudu teh minyak masak = 45 kalori. Kalau kita kurangkan penggunaannya, sah-sah menu harian kita lebih sihat dan membantu dalam usaha untuk menguruskan badan. 
 
4. Tukar saiz pinggan 
Ini psikologi. Mungkin tak berkesan, tapi kalau niat kuat nak pakai seluar saiz masa muda-muda dulu, memang boleh menjadi taktik ni. Tukar pinggan lebih kecil, jadi makanan dah nampak penuh sepinggan. Psiko minda kita untuk belajar makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap ikut saiz yang mencukupi. 
 
 5. Makan kek cawan, bukannya kek besar 
Tak dinafikan, coklat dan yang seangkatan dengannya ni memang dah jadi feveret. Mungkin ada yang buat stok dalam peti sejuk. Kalau dah rasa tak boleh hidup tanpa kek dan coklat, cubalah beli yang jenis kek cawan tu. Coklat pulak jenis bar kecil-kecil. Jangan beli yang super jumbo punya saiz. 
 
Semuanya bukan mudah kalau takde ahli keluarga dan kawan untuk support kita. Jadi, carilah geng untuk laksanakan misi murni kuruskan badan ni. InsyaAllah, momentumnya lebih power dan berkesan. Tetapkan sasaran dan cuba capai. 

Berminat Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum Shaklee, anda boleh terus klik link di bawah dan order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment