Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).
Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.
Adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB? Adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah darah haid biasa? Adakah saya boleh mengandung seperti biasa?. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Adakah anda sedang mengalami masalah seperti diatas?
Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) adalah pendarahan yang tidak normal dari rahem yang disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormone.Pesakit yang mengalami DUB akan mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan, sehingga menyebabkan kekurangan sel darah merah.
Punca utamanya ialah
1.kekurangan hormone progesterone (lebih spesifiknya Prostaglandin F2alpha) yang menyebabkan pendarahan yang berpanjangan2. peningkatan enzim ‘tissue plasminogen activator (TPA)’ iaitu enzim yang mencairkan darah.
Diagnosa bagi DUB dilakukan secara “exclusion”, iaitu apabila doctor telah melakukan pemeriksaan makmal, radiologi (contohnya ultrasound) dan histopatologi (untuk memantau kemungkinan punca-punca kanser),dan mendapati bahawa pesakit tidak mempunyai masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau masalah kecacatan struktur rahem.
Rujuk: Bravender T, Emans SJ (June 1999). “Menstrual disorders. Dysfunctional uterine bleeding“. Pediatr. Clin. North Am. 46 (3): 545–53, viii
Sebahagian kecil atau 10% dari wanita yang mengalami DUB masih mengalami ovulasi dan masih subur. Mereka boleh hamil kerana masih terdapat kepekatan hormone progesterone yang mencukupi untuk membantu kehamilan.
Malangnya kebanyakan mereka atau 90% dari wanita ini pula tidak mengalami ovulasi, dan mengalami masalah ketidaksuburan. Oleh itu mereka memerlukan rawatan untuk menstabilkan hormone mereka.
Rawatan
Biasanya doctor akan memberikan ubat hormone progesteron. Ada juga doctor yang memberikan ubat hormone seperti ubat perancang yang mengandungi hormone estrogen dan progestin.Matlamat utama ubat-ubat yang diberikan adalah untuk menghentikan pendarahan, yang boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah yang teruk (anemia).
Ubat transxenamic acid hanya ubat yang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan bukannya ubat hormone.
Dalam kes-kes yang terlalu banyak darah yang keluar dan tidak dapat dihentikan dengan ubat-ubatan, doctor akan melakukan pembedahan buang rahem (hysterectomy).
Kredit: Dr Zubaidi
Diet yang di syorkan :
- Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang baik
- Mengurangkan pengambilan teh, kopi, alkohol, susu, dan produk susu ( hormon)
- Memakan banyak sayur-sayuran /ulam
- Kalsium/magnesium untuk menghentikan/mengurangkan kekejangan otot rahim
- Melakukan senaman ringan 30 minit setiap hari tetapi elakkan sehingga keletihan.
- Sapukan minyak jarak pada perut untuk mengendurkan otot.
Supplement Untuk Haid Berpanjangan Haid Tidak Berhenti
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda akan mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak mendapatkan konsultansi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
0 comments:
Post a Comment