Tuesday, November 26, 2013

Tips Wanita Hamil Mengatasi Sakit Belakang Dengan Tenang



Pengalaman ketika hamil memang banyak cerita suka dan dukanya. Antara sakit popular yang dialami oleh ibu hamil terutama di akhir kehamilan adalah sakit pinggang. Apabila sudah duduk atau berbaring, sukar bagi ibu hendak bangun kerana rasa sakit di bahagian pinggang.

Antara faktor yang menyebabkan ibu mengalami sakit pinggang adalah:

    • Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga kawasasn pelvik mengembang mengikut tumbesaran bayi.
    • Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram sepanjang kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.
    • Perubahan bentuk badan ketika mengandung yang semakin membesar sehingga mengubah kestabilan diri anda. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.
    • Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

      Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)

        • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
        • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
        • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
        • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
        • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
        • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
        • Elakkan berdiri terlalu lama.
        • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.

          Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)

            • Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
            • Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta
            • Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda

              postur berdiri bagi ibu hamil

              postur duduk bagi ibu hamil

              postur tidor bagi ibu hamil

              Lagi satu cara untuk kurangkan sakit pinggang adalah dengan mengambil Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

              ostematrix atasi sakit belakang
              Saya sendiri telah mencubanya. Memang best! Badan rasa segar & tak lenguh bila bangun pagi. Hanya 4 biji sehari. Jom tengok testimoni mereka yang dah mengambil Ostematrix Shaklee ini: 

              testimoni sakit belakang dengan ostematrix

              Jom dapatkan Ostematrix Shaklee untuk hilangkan sakit pinggang anda. Rugi tau tak cuba. :)

              Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
              Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


              https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 

              Atau   

              Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
              Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
              Shaklee ID: 1027990
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
              SMS/whatapps: 013-4505852


              Share:

              Monday, November 25, 2013

              Sakit Tapak Kaki dan Tumit

               Sakit tumit kaki
              Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.
              Antara punca sakit tapak kaki adalah :
              1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
              2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki 
                 -Berat badan berlebihan
                 -Ibu hamil (Pertambahan berat badan menyebabkan tekanan dan sakit tumit kaki)
              3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
              4. Kecederaan tulang seperti retak
              Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

              Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
              Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
               
              Bagaimana mencegahnya ? 
              • Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. 
              • Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
              Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
              Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

              Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
              • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
              • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Caranya dengan balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . 
              • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
              • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
              • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
              • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
              • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
              • Pengambilan Kalsium dan magnesium tambahan untuk sakit tumit. Ostematrix mempunyai kedua-dua ini.
                ostematrix dan sakit tumit kaki
                Jom tengok testimoni mereka yang telah menggunakan produk Ostematrix


               

              Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
              Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
              https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
              Atau    
              Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
              Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
              Shaklee ID: 1027990
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
              SMS/whatapps: 013-4505852
              Share:

              Set Kehamilan Shaklee

              Apabila seorang wanita menjadi hamil, keperluan pemakanan meningkat dengan siginifikan.
              Wanita hamil boleh memenuhi keperluan pemakanan mereka dengan mengambil makanan berketumpatan nutrien yang tinggi. Makanan sebegini dapat membekalkan ibu dan bayi nutrien nutrien yang diperlukan untuk memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan.

              Pengambilan supplements Shaklee boleh membantu anda.Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Dan ia tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakkan vitamin/ supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan.

               Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini kerana:
              • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
              • tahan berbulan-bulan
              • boleh dimakan bersama ahli keluarga
              • harga yang sangat berbaloi
              • semulajadi (bukan sintetik)
              • tidak memberi sebarang kesan sampingan
              • bonus kesihatan dan kecantikan extra
              • juga sesuai dijadikan set berpantang
              • terbukti selamat dan berkesan

              Set Kehamilan Trimester 1,2 dan 3

              ESP 
              membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

              Vita-Lea 
              adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

              OsteMatrix 
              untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

              B-Complex 
              dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acidyang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.

              Vitamin C untuk menguatkan sistem imun badan.

              Omega Guard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplemen ini perlu diambil mulai trimester kedua dan ketiga.

              Untuk mendapatkan Set Kehamilan ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
              Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


              Atau 
              Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
              Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
              Shaklee ID: 1027990
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
              SMS/whatapps: 013-4505852
              Share:

              Sunday, November 24, 2013

              Makanan Tingkatkan Hemoglobin Semasa Hamil

              HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berkait rapat dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

              Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah
              * Teh, kopi, koko, wain merah
              * Bayam
              * Lemak
              * Bijirin. produk soya
              * Susu, produk tenusu, kalsium
              * Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
              * Magnesium, tetracyclines, thyroxine


                Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah
              * Daging merah, telur kuning, ikan
              * Sayuran kecuali bayam
              * Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
              * Gula
              * Cuka
               
              makanan tinggi zat besisayuran tinggi zat besi
              bijirin tinggi zat besi
              TIPS BERGUNA:  
              • Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi.  
              Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren.  
              • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. 
              Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi. 
              • Elakkan pengambilan kafein. 
              Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula (Ia mengandungi Vitamin B12 yang dapat membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Pengambilan Vita-Lea sebanyak 2 biji sehari mampu untuk menambah paras hemoglobin anda) bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

              Testimoni 1
               
              Testimoni 2
               
              Untuk mendapatkan Set Tingkatkan Hemoglobin ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
              Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
              https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
              Atau    
              Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
              Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
              Shaklee ID: 1027990
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
              SMS/whatapps: 013-4505852

               
              * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

              Share:

              Punca Anemia Dan Tanda-Tanda Anemia Semasa Mengandung

              Hb rendah semasa mengandung menjadi punca terjadinya anemia yang boleh memberikan risiko kepada kehamilan. Untuk memastikan proses kehamilan berjalan dengan selamat, adalah penting untuk kita ambil tahu serba sedikit cara naikkan bacaan Hb, punca low hemoglobin, risiko kepada pregnancy dan lain-lain.

              Kalau pernah mengandung mesti ingat lagi kan ada buat pemeriksaan darah masa pregnancy check up. Nurse akan periksa paras hemoglobin. Daripada situ boleh tau Hb tinggi, normal ataupun rendah. Kalau bacaan tak cantik haa siaplah bertanda dalam buku merah (pink) rekod kehamilan tu. Low Hb masa hamil boleh bahayakan ibu dan baby dalam kandungan.

              Punca Anemia Terjadi

              Ibu mengandung ada kebarangkalian tinggi nak kena anemia. Anemia disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada baby dalam kandungan.

              Semasa mengandung badan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Kalau ibu tak dapat secukupnya iron (zat besi) ataupun nutrien-nutrien tertentu yang lain, badan ibu mungkin tak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk menghasilkan darah tambahan.

              Adalah normal kalau terkena anemia yang ringan (mild) semasa hamil. Tapi kekurangan zat besi ataupun vitamin tertentu atas pelbagai faktor, boleh menyebabkan anemia yang teruk. Ini boleh memudaratkan kesihatan ibu dan kandungan kalau dibiarkan. Ibu dalam video ni, kena marah lagi dengan kakak dia. Nak tau sebab apa?


              Jenis-Jenis Anemia Semasa Kehamilan

              Terdapat beberapa jenis anemia yang boleh berlaku semasa kehamilan. Antaranya:

              1. Anemia Disebabkan Kekurangan Iron
              Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil. 

              2. Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik
              Folate ataupun Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir B. 

              3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 
              Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

              Kehilangan darah yang banyak semasa dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan anemia.

              Faktor Yang Menyumbang Kepada Risiko Anemia

              Semua wanita hamil berisiko terkena anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Tapi risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:
              • Mengandung anak kembar
              • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
              • Banyak muntah akibat morning sickness
              • Mengandung diusia remaja
              • Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
              • Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung

              Simptom-Simptom Anemia Semasa Kehamilan

              Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
              • Kulit, bibir dan kuku pucat
              • Rasa letih dan lemah
              • Rasa pening
              • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
              • Denyutan jantung laju
              • Sukar untuk fokus

              Risiko Akibat Anemia Terhadap Kehamilan

              Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:
              • Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir
              • Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
              • Kemurungan selepas bersalin
              • Bayi menghidapi anemia
              • Bayi yang menghidapi lewat perkembangan
              • Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak

              Ujian Pemeriksaan Darah Mengenalpasti Anemia

              Semasa diawal kehamilan, doktor akan lakukan ujian darah untuk pastikan ibu menghidapi anemia atau tak. Ujian darah termasuklah:
              • Ujian Hemoglobin – Mengira jumlah hemoglobin
              • Ujian Hematocrit – Mengira peratusan sel darah merah dalam sampel darah
              Paras Hb normal adalah diantara 11-12g/dl. Sekiranya paras hemoglobin atau hematokrit rendah, itu tandanya anda mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Doktor akan buat ujian darah lain untuk pemeriksaan yang lebih detail.

              Ujian darah akan diulang ditrimester ke 2 dan trimester ke 3 kehamilan.

              Hemoglobin berbentuk ceper bulat dan lekuk di tengah.

              Naikkan Bacaan Hb Dengan Cara Merawat Dan Mengatasi Anemia

              Bagi ibu yang Hb rendah, selalunya doktor akan bagi supplement zat besi ataupun supplement Asid Folik disamping vitamin kehamilan. Selalunya kalau jalani check up di hospital ataupun klinik kerajaan, ibu hamil akan diberi supplement Asid Folik yang berwarna pink.

              Dalam masa sama untuk naikkan Hb, dinasihatkan untuk makan:
              • Daging
              • Kerang
              • Produk tenusu
              • Sayur bayam dan sayuran berdaun hijau
              • Telur
              • Kekacang
              • Jus buah-buahan
              • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
              • Makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti – buah-buahan sitrus, strawberry, buah kiwi, tomato dan lain-lain

              Rahsia Macam Mana Saya Kekalkan Paras Hb Cantik Masa Mengandung

              Sebelum saya mengenali produk Shaklee, Sepanjang 3 kali mengandung bacaan Hb  sangat teruk. Doktor dah bagi ubat untuk naikan Hb saya namun Hb saya hanya cukup2 atas pagar jer. Paling saya ingat masa mengandung anak pertama lepas jer bersalin saya tidar sedarkan diri rupanya saya tumpah darah, dan terpaksa dimasukan darah sebanyak 2 bag.

              Pengalaman paling manis kalo bab Hb cantik ni apabila mengandung anak ke-4. Pada masa ni saya baru mengenali Shaklee. Kerana Set Hb Cun ini jugalah saya terus jatuh hati dan mencuba semua produk Shaklee.

              Saya ingat lagi nurse cakap, “Amboi cantiknyaa Hb awak. Saya yang blur pun tanya lah balik kenapa ada masalah ke sebab saya ingat nurse tu perli. Rupanya tak. Memang Hb saya tu macam perfect sangat katanya

              Ok macam mana saya buat? 
              Rahsianya ialah saya konsisten ambil Set vitamin kehamilan Shaklee sepanjang pregnancy. Kalau perasan, anemia tu sendiri terjadi akibat kekurangan nutrien penting iaitu zat besi, Asid Folik ataupun Vitamin B12. Sebab tu lah sangat penting sebenarnya mengambil vitamin sepanjang kehamilan. Ada banyak vitamin dipasaran. Tapi saya hanya pilih vitamin yang terbukti selamat tanpa bahan kimia bahaya. Masa mengandung memang saya berhat-hati lebih sebab nak pastikan anak dalam kandungan berkembang dengan baik.

              Set Anemia Shaklee

              Ok ini adalah vitamin-vitamin yang saya amalkan masa mengandung dulu untuk tingkatkan HB saya:

              1. Multivitamin Vita-Lea With Iron
              • Vitamin paling utama saya amalkan. Sebab dalamnya lengkap 28 vitamin dan mineral termasuklah diperkaya dengan zat besi yang sangat diperlukan masa hamil.
              • Vitamin ni dah menjalani 340 ujian kualiti maknanya memang selamat.
              • Direka dengan sistem penyerapan Bio-Aktif untuk meningkatkan penyerapan Asid Folik yang juga sangat diperlukan ibu hamil.
              • Sangat cepat dan mudah terlarut dalam air untuk penyerapan berkesan dalam tisu-tisu badan.
              • Dengan formula nutrien lengkap untuk mengisi kelompongan vitamin dalam diet harian. Maklumlah kadang-kadang tak lalu makan segala sebab moring sickness. Jadi badan dan baby tersayang dalam perut masih boleh dapat zat-zat penting yang diperlukan
              • Cara makan Vita-Lea ni ialah saya ambil masa awal pagi lepas breakfast. Tapi elakkan ambil dengan susu kalau tak nanti penyerapan kurang berkesan.
              2. B-Complex 
              • Mengandungi kumpulan lengkap Vitamin B termasuklah Asid Folic dan Vitamin B12 yang sangat diperlukan ibu hamil.
              • Tingkatkan fungsi saraf, elakkan risiko neural tube defects pada bayi, elakkan risiko kelahiran pra-matang.
              • Baik untuk ketenangan emosi dan elakkan kemurungan kepada ibu.
              3. Vitamin C
              • Merangsang penyerapan zat besi dan Asid Folik.
              • Galakkan penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.
              • Meningkatkan sistem imun.
              Semua ibu mengandung impikan proses kehamilan dan kelahiran yang lancar tanpa sebarang masalah. Seterusnya yang paling diharapkan ialah bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna sifat. Walau bagaimanapun, sangat penting itu ibu bertindak ambil langkah penjagaan extra terhadap diri sendiri masa pregnant.

              Salah satunya ialah penjagaan pemakanan dan amalan mengambil nutrien penting yang mencukupi. Pemakanan harian biasa mungkin zatnya tak cukup dan tak seimbang. Sebab proses memasak tu sendiri dah memusnahkan sebahagian vitamin penting akibat suhu panas.

              Jadi pengambilan vitamin kehamilan seperti Multivitamin Vita-Lea Iron Formula adalah sangat baik sebagai langkah pencegahan untuk elakkan masalah kehamilan seperti anemia dan lain-lain yang boleh memudaratkan.

              Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
              Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


              https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
              Atau 

              Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
              SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
              Shaklee ID: 1027990
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

              Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

              Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.
              Share:

              Tuesday, November 19, 2013

              Kencing Manis Semasa Hamil




              Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai gestational diabetes. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 
               
              Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil. Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ia akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan gestational diabetes. 

              Gestational diabetes selalunya akan pulih dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

              TANDA-TANDA KENCING MANIS

              Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. tanda-tanda yg mungkin adalah :

              •  keletihan
              • dahaga yang terlampau
              • membuang air kecil dengan banyak
              • penglihatan kabur

              KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI

              Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah :
              • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
              • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
              • jaundis
              • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.

              GOLONGAN YANG BERISIKO MEGHIDAP KENCING MANIS 

              • Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30 atau 80kg ke atas.
              • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih.
              • ibu yang pernah melahirkan kembar
              • ibu yang pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini.
              • mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.
              Bagi ibu yang menghadapi masalah ini, ibu-ibu dicadangkan untuk mengambil supplemen kehamilan berikut bagi membantu mengawal kencing manis.
                                              

              1. B-COMPLEX
              Menukarkan gula kepada tenaga

              2. VITALEA
              Multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin

              3. VITA-C
              sebagai antioksidan semulajadi

              4. OSTEMATRIX
              sumber kalsium, mangnesium dan vitamin d yg dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis

              5. ESP
              Adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. 

              Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain.  

              Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

              SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 

              Shaklee ID: 1027990 
              Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
              Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

              Share:

              Mengajar Anak Membuang Air di Tandas

              Mesti semua ibu berfikir, bila masa yang sesuai nak hentikan anak kecil dari memakai pampers. Setahun, setahun setengah atau pun dua tahun.
              Sebenarnya tidak ada umur yang khusus untuk mengajar anak kecil buang air sendiri di toilet. Walaupun ada sumber yang mengatakan umur 2 tahun adalah masa yang sesuai kerana pada peringkat umur ini, anak-anak sudah pandai bercakap.

              Jantina anak juga memainkan peranan, biasanya anak perempuan lebih cepat diajar berbanding dengan anak lelaki. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak mengambil peluang mengajar anak untuk membuang air sendiri di toilet tanpa lampin pakai buang. Cuba bayangkan berapa banyak penjimatan wang yang kita boleh buat kalau anak dah tak pakai pampers.

              Antara cara-cara yang digunakan adalah :

                                                                         
                                                                   toilet training

              * Toilet Train
              Sekarang zaman canggih, budak2 pun ada toilet training. Toilet train ni boleh dibeli di kedai2 yang menjual barangan baby atau pun kat pasaraya di 'babies department'. Biasanya setengah jam selepas anak minum susu atau makan, bawa dia ke toilet train untuk melatih dia supaya membuang air di tempat yang betul.

              * Sejam sekali
              Paling kurang pun, setiap sejam kita mesti tanya anak sama ada dia nak buang air ataupun tidak. Kalau anak yang pandai bercakap dan dia menjawab tidak mahu...biasanya aku guna cara pujuk rela. Kita cakaplah dia budak pandai, budak baik dan seumpama dengan nya. Umpan lah sikit dengan biskut ke kuih ke....

              * Ibu bekerjaya
              Kalau ibu bekerja macam mana????. Mulakan mengajar pada hari cuti. Ambil masa anda sedikit. Bayangkan 1 hari ada berapa jam, kalau 1 jam sekali kita latih anak untuk buang air...tak ke dalam satu hari dia dah belajar 24 kali.

              Berpakatlah dengan pengasuh anak anda untuk sama2 membantu mengajar anak anda belajar membuang air sendiri di toilet. Hadkan bilangan pampers yang akan diberikan kepada pengasuh anda. Dengan cara tersebut anak anda akan cepat belajar.

              Bagi mereka yang ada maid kat rumah lagi lah senang. Tegaskan maid anda supaya membimbing anak anda agar belajar buang air di toilet.

              * Waktu malam
              Apabila tidur di waktu malam, kejutkan anak anda setiap 2 jam sekali untuk mengelakkan dia dari 'terbuang' di atas katil.

              * Disiplin

              Apa yang paling penting kita kena disiplin diri kita dulu barulah kita boleh ajar anak kita. Anak kita tak kan pandai dalam masa sehari, tapi tak memakan masa setahun pun. Lebih kurang seminggu dua sahaja.


              Jadi semoga ibu-ibu diluar sana berjaya!!!
              Share:

              Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

                Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

              Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

              VIVIX The Best Antiaging

              Search This Blog

              Powered by Blogger.

              Followers

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
              Free Auto Malaysia Backlinks
              My Ping in TotalPing.com

              Labels