Apakah “Blackhead” dan “Whitehead” ni?
- “Blackhead” – nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar ‘Sebaceous’. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.
- “Whiteheads” – nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam liang pori-pori di muka . “Whiteheads” boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).
Bagi anda yang mempunyai banyak masa terluang bolehlah mencuba tips di bawah ini:
Putih Telur
- Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian kacau / gaul putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih-buih kecil. *mengambil masa yang lama juga tuk gaul putih telur ni.
- Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam kedalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. Avoid eye area.
- Biarkan kering.
- Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.
Perahan limau
- Sebagai tambahan selepas menggunakan putih telur, perah limau ke dalam mangkuk pula k. Buang biji limau tu.
- Rendamkan tisu ke dalam mangkuk yang berisi jus limau, kemudian perah sedikit, untuk hilangkan lebihan limau kat tisu tu.
- Dan letak tisu tu menutupi seluruh muka. Macam pakai mask.
- Selepas beberapa minit, basuh muka seperti biasa.
p/s: pastikan muka anda tidak mempunyai sebarang luka, atau jerawat yang
masih mempunyai kesan luka sebelum menggunakan perahan limau. Sebab
perahan limau sangat sakit bila terkena luka kat kulit.
Tooth Brush
- Guna tooth brush yang bersih( yang baru khas digunakan untuk buat scrub muka), gosok perlahan-lahan secara membulat di sekitar hidung anda menggunakan lotion cleanser yang sesuai.
- Pastu bilas dengan air seperti biasa. Cara ni boleh membuang kotoran dan sel-sel mati yang ada kat area hidung tu dengan lebih sempurna.
0 comments:
Post a Comment