Thursday, October 16, 2014

Penyebab Dan Cara Atasi Gigi Sensitif

Sensodyne Ãœberempfindlichkeit 
Apakah yang menyebabkan gigi sensitif?   
Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.
 
Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:
  1. Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  2. Memberus gigi.
  3. Bernafas melalui mulut.
  4. Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika.
Beberapa kebiasaan sehari-hari yang dapat menyebabkan terjadinya gigi sensitif, diantaranya:

1.Memberus gigi dengan tekanan yang terlalu kuat
Penggunaan berus gigi yang terlalu kasar atau terlalu keras serta cara memberus gigi yang salah adalah faktor utama menyebabkan enamel gigi terhakis.

2.Gangguan pada gusi (Gingivitis)
Apabila gusi mengalami gangguan ataupun pergerakkan struktur gusi (gusi turun) maka akan menyebabkan terdapatnya bahagian pada gigi yang pada awalnya terlindung oleh gusi, menjadi terbuka.

3.Menggetap gigi
Gigi sensitif juga boleh berpunca daripada ‘bruksisme’, iaitu kebiasaan menggetap gigi ketika tidur atau dalam keadaan tidak sedar.
 
Tips Mengatasi Gigi Sensitif
Gosoklah gigi menggunakan ubat gigi yang tinggi kandungan floridanya dan jangan berkumur. Cukup meludah sahaja dan kemudian terus tidur. Cara ini cukup berkesan bagi mengelakkan florida yang terkandung dalam ubat gigi, terbuang ketika berkumur sekali gus mengurangkan kesannya terhadap gigi yang bermasalah. Bagi kes gigi sensitif yang ringan, tip ini mungkin berhasil.
Pastikan anda sering berjumpa doktor gigi secara berkala, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Tahukah anda Kalsium amat Penting untuk kesihatan gigi dan tulang anda?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive