Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.
7 cara bijak dalam penyediaan makanan yang boleh membuatkan sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam dapat mengurangkan kadar lemak dan minyak yang tinggi. Seelok-eloknya
kurangkan pengambilan daging dan lebihkan pengambilan ikan dan
sayur-sayuran. Mengubah cara memasak daripada menggoreng kepada mengukus, memanggang
dan merebus adalah cara terbaik yang boleh menggurangkan penggunaan
minyak serta membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
2.Pastikan membasuh dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan yang digunakan
sebelum memotongnya untuk dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
3.Dalam menyediakan sayuran, tidak perlu menggoreng atau merebusnya dalam jangka masa yang lama hingga sayur itu layu dan tidak segar. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu, dan ketika memasak tutup sayuran itu agar zatnya tidak hilang.

4. Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, masak bersama-sama kulitnya.
5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda.
7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.
Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar. Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.
Ingin tahu Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3 bulan?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment