Wednesday, September 27, 2017

Berak Berdarah Kesan Buasir Atau Kanser?




Buasir benda biasa terjadi kepada lelaki dan wanita tetapi ramai yang masih malu malu untuk mendapatkan rawatan doktor. Bila dah parah baru sibuk mencari penawar.

Bahaya tak Buasir ni? Boleh Jadi Kanser ke?

Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul, ramai pesakit yang tidak mengendahkan untuk mendapat rawatan.

“Apa yang membimbangkan adalah simptom buasir menyamai simptom kanser kolorektal atau gabungan kolon dan rektum iaitu pendarahan.

“Namun, pendarahan bagi pesakit kanser kebiasaannya keluar bersama najis dan kadangkala diselangi dengan lendir,” katanya.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan ketika membuang air besar, seelok-eloknya berjumpa doktor bagi menentukan masalah sebenar

sumber

Perbezaan Buasir Dan Kanser Kolorektal

Walaupun terdapat beberapa tanda-tanda kanser rektum dan buasir mungkin sama, namun kedua-duanya mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

1. Punca Berlaku

Rektum anda adalah beberapa inci terakhir usus besar anda. Kanser kolorektal berlaku apabila sel-sel kanser terdapat dalam rektum atau kolon. Pertumbuhan sel kanser akan menyebabkan rektum tesrsumbat. Kanser rektum boleh menjadi sangat serius atau mengancam nyawa.

Buasir berlaku apabila urat yang mengelilingi dubur anda menjadi bengkak dan radang. Ianya berlaku disebabkan kerap menahan dari membuang air besar, mengandung, penuaan, atau sembelit kronik dan cirit-birit. Dan biasanya tidak mengancam nyawa.


2. Gejala

Gejala kanser rektum termasuk cirit-birit atau sembelit yang tidak hilang, darah gelap dalam najis, najis sempit, mengalami gastritis dan kekejangan, penurunan berat badan, keletihan, dan muntah. 

Gejala yang paling biasa buasir darah meliputi najis anda, darah di atas kertas tandas apabila
anda lap, sakit semasa membuang air besar atau ketulan keras sekitar dubur anda.

3. Rawatan

Untuk merawat kanser rektum anda boleh menjalani pembedahan untuk membuang tumor atau bahagian-bahagian yang rosak usus, terapi radiasi, terapi kimo atau gabungan ketiga-tiganya. 

Buasir dirawat untuk melegakan gejala. Terdapat banyak  krim dan suppositories yang boleh digunakan untuk melegakan tekanan dan kesakitan. Jika buasir yang kronik rawatan yang diambil adalah melalui pembedahan.

Langkah Pencegahan

Bagi memastikan najis lembut adalah penting mengambil makanan yang tinggi dengan serat dan air yang mencukupi dalam diet anda. Mengambil langkah-langkah untuk hidup gaya hidup yang sihat untuk membantu mencegah kanser. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).  

Buasir, Berak Berdarah Kini Tiada Lagi


OsteMatrix

Magnesium dalam OsteMatrix bantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar, sekaligus mengatasi masalah buasir.

OmegaGuard

Anti-keradangan. Membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

Vitamin C 

Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Vitamin C amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Buasir, anda boleh klik link di bawah dan terus order   Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 


Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive