Sunday, July 26, 2015

Anda DiLarang Mengambil Minuman ini Apabila Mengambil Ubat.

Walaupun masyarakat kita mungkin mengetahui bahawa menggunakan air mineral semasa pengambilan ubat sangat digalakkan, namun ramai yang mungkin meminumnya dengan minuman lain. Interaksi ubat dengan minuman tertentu yang anda makan boleh mempengaruhi fungsi ubat sehingga ubat tidak menunjukan kesannya. Interaksi ini boleh menyebabkan kesan yang berbeza-beza seperti menunda, mengurangkan atau meningkatkan penyerapan ubat, serta yang lebih serius lagi menyebabkan kesan sampingan. 

Jika anda tidak mengetahui jenis minuman yang tidak dibenarkan semasa pengambilan ubat, disini di senaraikan beberapa jenis minuman yang dilarang dicampur dengan ubat.
 
1. Minuman berkafein 

                                             
Kafein boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius jika diminum dengan perangsang. Elakkan meminum secawan kopi ketika mengambil ephedrine (penekan nafsu makan), ubat asma dan amfetamin. Beri jarak 2-3 jam selepas minum ubat, baru minum kopi.
 
Ramai mengetahui kafein biasanya terdapat dalam kopi atau minuman bertenaga, tetapi tahukah anda kafein juga terdapat dalam kandungan teh, khususnya teh hijau. Jadi hindarilah minum kopi atau teh ketika meminum ubat atau supplement. Menurut pakar kesihatan, kafein berbahaya jika diminum dengan ubat yang mengandungi stimulah. Biasakan untuk tidak meminum minuman berkafein semasa mengambil pil penahan nafsu makan atau diet, ubat asma atau amfetamin. Jika anda seorang penggila kafein, tunggu 2 hingga 3 jam selepas meminum ubat.
 
Kafein-seperti yang terkandung di kopi-boleh meningkatkan risiko berlebihan antibiotik tertentu (enoxacin, ciprofloxacin, norfloksasin).

Maka, untuk mengelakkan rasa berdebar-debar, gegaran, berpeluh atau halusinasi, yang terbaik adalah, mengelakkan minuman ini.

2. Semua Jenis Susu 
                                                       Image result for minuman susu
Kandungan zat di dalam susu akan mengurangkan daya serap antibiotik dalam tubuh sekaligus menghalang penyerapan beberapa komponen tertentu dalam ubat. Selain itu kandungan kalsium pada susu juga boleh mengganggu keberkesanan ubat. Jadi semasa mengambil ubat, biasakanlah untuk mengelakkan pengambilan susu, sekurang-kurangnya selepas 4 jam.

Ubat atau antibiotik yang diambil secara oral boleh menjadi berkesan bagi seseorang jika diambil dan diserap dengan baik oleh tubuh. Ubat oral harus diserap dari saluran pencernaan hingga boleh masuk ke dalam aliran darah lalu dihantar ke kawasan yang sakit atau mengalami jangkitan untuk rawatan.
 

Beberapa ubat seperti keluarga antibiotik yang mengandungi tetrasiklik akan bertindak balas dengan susu. Kalsium yang terdapat dalam susu akan mengikat ubat atau antibiotik sehingga mencegah penyerapan ubat tersebut di dalam tubuh.

3. Jus Pomegranate (Delima), Jus Grapefruit dan Segala Jenis Jus Lain
                           
Walaupun minuman jus ini mempunyai vitamin yang amat baik untuk kesihatan namun pengambilan minuman berjus ini bersama dengan ubat dapat menghilangkan kesan khasiat ubat yang diambil.
 
Ini berdasarkan penelitian dari Universiti Western Ontario, Kanada oleh Prof. David Bailey. Hasil penelitian ini membuktikan bawa jus boleh mengganggu ketahanan tubuh dalam menyerap sari ubat. Kajian ini dilakukan pada sejumlah orang yang diminta meminum ubat dengan air putih dan jus buah.
Setelah diteliti, ternyata orang yang meminum ubat dengan air putih mampu menyerap kandungan ubat dengan penuh. Kemudian, orang yang meminum ubat dengan jus hanya mampu menyerap sebahagian kandungan ubat. 

Menurutnya, jus buah yang dapat mengurangkan serapan ubat adalah jus oren, jus epal, dan jus anggur. Sedangkan ubat yang kurang diserap akibat jus tersebut adalah ubat antikanser, darah tinggi, jantung, dan ubat-ubat antibiotik lain.

Agar ubat menyerap penuh kedalam tubuh, hindarilah mengambil jus di waktu yang sama. Sayang kan, jika kita meminum ubat namun kurang berkhasiat. Akan lebih baik jika diseling waktu antara minum jus dan minum ubat. Bagaimana pendapat anda?

Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus pomegranate (Delima)

Menurut pakar jus delima tidak boleh digunakan untuk meminum ubat. Zat yang terdapat dalam jus tersebut boleh melambatkan kelajuan hati untuk memecah pencair darah dan menyebabkan berkurangnya keberkesanan ubat. Bukan itu sahaja, para pakar juga mendapati bahawa enzim di dalam jus delima dapat memecah ubat.

Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus Grapefruit
Grapefruit bukanlah anggur, jus ini grapefruit mempunyai khasiat dan manfaat yang hebat untuk tubuh. Tetapi sebaliknya berlaku jika anda mengambilnya bersama ubat. University of Western Ontario menemukan bahawa meminum jus grapefruit boleh mengganggu prestasi lebih daripada 50 ubat. Jus ini boleh meningkatkan penyerapan ubat-ubatan tertentu serta dapat mengubah dos ubat yang diminum dari dos normal menjadi dos berlebihan. Maka dari itu, hindarilah minuman ini jika anda tidak mahu mengalami over dos.

4. Minuman Isotonik

                                                               
Elakkan mengambil ubat kegagalan jantung dan ubat-ubatan hipertensi dengan minuman isotonik. Ini kerana minuman isotonik mengandungi kalium. Kalium berguna bagi pesakit hipertensi, tetapi apabila pengambilan kalium berlebihan boleh membahayakan si pesakit.
Selain itu, kalium yang tinggi juga terdapat pada buah pisang.

Tahukah Anda terdapat minuman Isotonic yang bebas Karbonat?Sila baca SINI. 

5. Minuman Bersoda
                                               Image result for minuman karbonat
Soda memang bukan minuman yang baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kegemukan, osteoporosis bahkan mengurangkan jumlah sperma. Sebaiknya pengambilan minuman ini dikurangkan atau sama sekali tidak mengambilnya. Tak ada manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dari soft drink atau minuman bersoda. Yang anda perolehi hanyalah kalori tinggi yang tidak berguna. Minuman bersoda juga membawa kesan buruk bagi kesihatan.

5. Minuman beralkohol (Wine)
 
Satu gelas minuman beralkohol semisal Wine yang diambil serentak dengan meminum ubat didakwa dapat menyebakan hipertensi, jantung berdetak cepat, sakit kepala hingga serangan stroke. Jika anda masih sayangkan nyawa anda, jangan pernah sekalipun mencampurkan minuman ini dengan pengambilan ubat.

Kesimpulan:
walaupun tidak semua jenis minuman berbahaya jika diminum bersamaan dengan ubat, namun minuman yang paling baik dan dianjurkan adalah air mineral. Lagipula anda tentu tidak mahu ubat yang dibeli mahal itu tidak berguna bukan? Untuk itu masyarakat disyorkan mengambil ubat dengan menggunakan air putih yang diketahui tidak mempunyai kandungan apapun, sehingga tidak mempengaruhi penyerapan ubat. Selain itu air putih boleh membantu melarutkan ubat  sehingga proses penyerapannya menjadi lebih baik dan lebih mudah. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment