Thursday, July 30, 2015

Boleh Ke Menyusukan Anak Bila Hamil?

 
Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
Ramai ibu yang hamil walaupun masih lagi menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang cukup.

Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula. Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula melakukan jima’ bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.

Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.

Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.

Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahem. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja. Sungguh mujahadah wanita-wanita ini.

Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahem (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahem mengecut. Namun rahem hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. 

Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan.

Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina 
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang 
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahem yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahem untuk mengecut.

Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan. Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.

Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahem.

Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahem dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi
daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran. Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.

Benarkah Kehamilan Kerap Menjejaskan Tulang???
Pemakanan mereka harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahem dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.

Tahukah Anda Kepentingan Asid Folic kepada Wanita Hamil?
Pastikan cukup rehat ketika kehamilan berusia beberapa bulan pertama dan beberapa bulan terakhir, sebelum melahirkan. Kalau mampu mintalahbantuan jiran atau saudara bagi menjaga anak kecil yang aktif untuk beberapa jam agar dapat berehat.

Wallahu a’lam.
kredit to :
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270811)

Perkara yang IBU HAMIL WAJIB tahu!!!
 
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh hubungi saya SMS/whatapps: 013-4505852  , ibu-ibu layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive