Sunday, September 20, 2015

Definisi GMO dan Bahayakah Ia?

Pernahkah anda melihat label “non-gmo” atau mendengar istilah GMO's? Jika anda tidak pernah melihat label ini biar saya tunjukan kepada anda.

Bagi saya dan mereka yang mengamalkan pemakanan kesihatan makanan tambahan SHAKLEE pasti pernah mendengarnya. 

Apa itu GMO? 
GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. 

Apakah Tujuan Teknologi GMO's? 
Tujuannya adalah supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat dan tahan rintangan penyakit juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti. 

Bagaimana Sains Kejuruteraan Makanan ini Berfungsi?

Pengubahsuaian organisma secara genetik ini adalah satu kaedah yang mana mengambil atau mengeluarkan satu atau lebih gen dari organisma hidup yang lain dan digabungkan ke pada gen DNA organisma yang ingin diubahsuai. 

Contohnya, Ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit. 
Apabila pokok ini ditanam di ladang atau kebun. Gen Bt sebagai satu novel protein dengan cepat bertindak membunuh serangga yang memakan buah jagung tersebut dengan membebaskan kimia racun sendiri pada dirinya. Dengan itu, pokok jagung sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Bukan itu sahaja, serangga pendebunga seperti lebah juga terkesan sama.

Satu masalah besar mengenai pengubahsuaian genetik ini adalah dalam proses memasukkan gen ke dalam DNA tanaman secara rawak, para saintis tidak mengetahui ke mana gen-gen itu pergi atau tidak diketahui jejaknya. Ini boleh menjejaskan fungsi kepada gen yang lain dan mencipta novel protein yang tidak wujud sebelum ini dalam tanaman. Ia juga menghasilkan toksik penyebab alergik dalam makanan.

Kita juga sangat mustahil mengetahui apakah item-item atau bahan-bahan yang digabungkan ke dalam gen tumbuhan yang ingin diubahsuai. Tidak ada spesifikasi jelas yang boleh dijadikan ukuran tentang penggabungan gen-gen yang berbeza ini.  

Apakah Tumbuhan atau Tanaman Yang Sering Diwujudkan Melalui GMO's?
Antara tanaman yang diwujudkan melalui kejuruteraan genetik ini ialah:
  • Kacang soya
  • Jagung manis
  • Alfalfa
  • Canola 
  • Kapas
  • tomato
  • squash
  • Kentang
  • pokok padi (Filipina)
  • Terung
  • Dan sebagainya 
Apakah Kesan produk GMO ini?
Berdasarkan kajian, sifat produk GMO yang tidak stabil dan melanggar fitrah berpotensi mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. 
  • Meningkatkan risiko kanser dengan meningkatkan potensi pertumbuhan sel pra-kanser
  • Sistem imun yang rendah
  • Otak, hati dan organ reproduksi yang lebih kecil
  • Sel nukleus yang tidak normal
  • Kadar kematian yang lebih tinggi
  • Pencemaran herbisid yang lebih tinggi kerana kebanyakan tanaman GMO lebih tahan kepada racun serangga, oleh itu lebih banyak racun perosak yang digunakan. Kadar penggunaan racun serangga yang lebih tinggi mencemarkan persekitaran
  • Meningkatkan kes alahan, autism, masalah penghadaman kerana sebahagian produk ini boleh berada di dalam tubuh kita sepanjang hayat dan mengakibatkan kesan buruk dalam jangkamasa panjang.
Kanak-kanak paling terdedah kepada bahaya jika mereka mengambil produk GMO kerana:
  • Tubuh mereka yang muda dan cepat membesar
  • Mereka paling mudah menghadapi masalah dengan susu
  • Mereka paling mudah terdedah kepada masalah nutrisi 
  • Mereka paling mudah terdedah kepada bahaya akibat rintangan antibiotik
Tiada kajian jangkamasa panjang terhadap manusia dilakukan, kerana adanya kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang tamak untuk mengaut  keuntungan. Paling menakutkan, kesan terhadap manusia jika telah berlaku tidak dapat ditarik balik kerana ianya telah ada dalam tubuh manusia.

Percaya atau tidak terlalu banyak makanan di pasaran yang GMO. Produk GMO berleluasa di pasaraya sehingga kita sendiri sudah lali dengannya. Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa kuasa membeli di tangan kita, Jika permintaan terhadap produk GMO adalah rendah, kita boleh elakkan produk ini daripada berleluasa di pasaraya kita. Secara tidak langsung, jika kita membeli produk organik atau non-GMO, kita dapat membantu mereka meningkatkan produksi, mengurangkan kos operasi dan seterusnya mengurangkan harga makanan organik. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

0 comments:

Post a Comment